Friday 12 January 2007

takdir dan waktu

tadi masa tgh drive aku terdengar lagu " takdir dan waktu ..nyanyian kumpulan mega..lagu ni ciptaan rahim othman lirik mama juwie ku sayang..lagu ni mama juwie buat khas untuk kekasih mama.. papa syonwie yg meninggal semasa bulan ramadhan tahun 1992 ke 1993 tak silap aku..papa syonwie ni abang angkat aku masa kat kedah..masa dia meninggal..aku call mama juwie..malam tu mama juwie dapat lagu ni terus dia buat utk abg syon..kami sama sama meraung malam tu..selepas dari tu aku lama tak berhubung dgn mama juwie..yg macam mama aku ni..sekali tahun 2004..aku terjumpa mama kat muzium kaabah di mekah semasa kami sama buat umrah..tapi aku tak tegur dia..sebab aku kenal dia..dia belum tentu kenal aku kut..skrg ni..mama ..i lap u..auwww..

Mega

Takdir Dan Waktu

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah
Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku
Untuk melepaskanmu
demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

No comments: