Tuesday 9 January 2007

mutiara hati

aku selalu tengok cerita mutiara hati lakonan nabila tu..budak yg kehilangan ibu..setiap kali menonton cerita ni..hati aku mesti terusik..sebab aku pun teringat kat arwah ibu..aku dapat rasa macam mana nabila ni ketandusan kasih sayang seorang ibu..

aku kehilangan ibu masa 15 June 2003..itulah hadiah harijadi yg paling hebat aku terima..3 hari sebelum harilahir aku..arwah mum sibuk nak tempah cake 3 tingkat utk aku..dia kata tahun ni dia nak sambut harilahir aku secara besar besaran..nak jemput ramai org..sebab aku satu satunya anak perempuan dia..2 hari sebelum ibu meninggal..dia minta aku masak mcam macam utk dia makan..sehari sebelum harilahir aku..ibu nak buat pulut kuning hantar di surau sebagai tanda kesyukuran aku dah besar..malu aku..terdetik jugak di hati " mummy ni buang tabiat apa " sekali esok pagi waktu subuh aku nak gerakkan ibu solat subuh..aku tengok tubuh ibu dah kaku..sejuk..menjerit aku panggil ibu..masa tu tinggal kami berdua..hubby aku kerja..aku tak sangka itulah hadiah harilahir dari ibu yg aku terima..

aku teringat ibu seorg yg sangat tegas tapi di sebalik ketegasan tulah kami jadi seperti sekarang..lepas SPM kami adik beradik diwajidkan ambil lesen memandu..alasan ibu dia tak nak kami 3 beradik buat kesalahan lalulintas memandu tak tentu arah tak de lesen..berhemah betul mak aku ni...lagi satu arwah mak walaupun belajar tak tinggi..sebab dia kawin awal umur 14..meninggal umur 48..muda sangat..tanyalah apa soalan semua mak aku tahu jawab..sebab dia seorang yg sangat suka membaca..aku didedahkan dgn dunia buku seawal umur 3 tahun..nanti mak akan hantar kami 3 beradik ke perpustakaan negara masa tu terletak di jalan raja laut (skrg jadi cosmopoint kolej ) 1 jam di situ seminggu 2 kali..kalau tak kami akan dihantar ke perpustakaan DBKL dekat dataran merdeka tu atau pun pustaka islam dekat pusat islam..seawal umur 3 tahun aku dah mula meminjam buku di library. masa tu aku tak pandai baca just tengok gambar jer..tapi bila lama lama umur aku 4 tahun aku dah mula pandai baca sikit sikit..dan umur 5 tahun aku dah lancar membaca hasil usaha arwah ibu..kami dididik dgn budaya membaca...sehingga ibu arwah..bilik ibu penuh dgn bermacam macam jenis buku..aku teringat lagi bagaimana ibu cerita perihal Saddam Hussien yg terlibat dgn perang dgn iran masa zaman Ayatollah Komeini..Saddam terlibat dgn perbunuhan puak kurdish..padahal zaman tu tahun 90 an..skrg orang sibuk meperkatakan nya..aku dah tahu lama dari mak aku..tengok bertapa celiknya minda ibu membicarakan bab politik dunia..ibu sangat prihatin dgn perkembangan politik timur tengah..mungkin sebab ibu rindukan kampung halaman dia dari sana..sebab tu ibu terlalu ambil berat pasal bumi arab ni..

dan aku bangga mempunyai mak seperti ibu aku ni..bukan je cantik..bijak..dan semasa hari dia meninggal itulah wajah paling cantik ibu yg aku pernah lihat..muka dia tenang..putih bersih..bercahaya..tersenyum..semoga mum ditempatkan bersama orang yg beriman..AMIN

No comments: