Tuesday 23 January 2007

PERSAHABATAN

Persahabatan~
Seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami erti persahabatan.Lalu dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati,yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendiangmu.kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya" Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya;kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkira.Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan;hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu,biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan...kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

**************************************

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri..tetapi didalam kita bersendiri,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia..
tetapi kita sering terlupa akan hal itu
kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita..

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya..

Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan
dan membela diri..kita terlupa,kita juga pernah membiarkan
dia ternanti-nanti..
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati
kita beri seribu alasan,memaksa dia menerima alasan kita

Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya???
seperti kita,dia juga tahu rasa kecewanya..tetapi kita sering terlupa!

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
disisi kita pada waktu kita memerlukan dia..

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah..

Selalunya kita asyik bercerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita..

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbangnya,rasa takutnya?pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..
bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali,jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita..
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga
seorang manusia,dia juga ada rasa takut,ada rasa..bimbang,sedih dan kecewa!

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..
jadilah kita kawannya itu!kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..
disebalik senyuman itu,mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan..disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan
seribu kekalutan..kita tidak tahu!
tetapi jika kita jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu..

No comments: