Friday 29 February 2008

SALAH DAN SILAP

" kesilapan serupa..tak kan ku ulangi...cukuplah sekali menyakiti mu.."

itu antara bait bait lagu nyanyian Jay Jay - Cukuplah Sekali...

tapi entah kenapa setiap kali aku ungkap perkataan silap ni..aku selalu terfikir.. setiap kali aku melakukan kesilapan..setiap kali aku mencetus kemarahan seseorang..aku selalu cakap cukuplah sekali...lepas ni tak nak buat dah..mcm lagu jay jay tu.. TETAPI dalam kita cuba membaiki keadaan..selalu yang terjadi kat aku..sebaliknya..aku semakin buat SILAP..semakin banyak kesalahan yg TERKELUAR..dalam kita mencuba menciptakan kesempurnaan tu terlalu payah sebenarnya hendak mendapat kesempurnaan tersebut..dan apa yg pasti .. ianya hanya mengeruhkan lagi keadaan... itu yg aku alami... ingin memberi yg terbaik..tetapi hasilnya mengecewakan..

orang selalu kata belajar dari kesilapan .. semakin kita belajar dari kesilapan tersebut..semakin terkeluar perkara perkara yg tidak diingini..terkupas dan terhurai segala salah dan silap...tetapi adakah ianya semakin memulihkan keadaan ? mungkin ya..mungkin tidak..mungkin semakin bertambah elok..atau semakin bertambah keruh...

arriza : salah dan silap memang boleh dimaafkan..tetapi kita boleh pastikan ianya tidak akan berulang ??

coretan pagi jumaat..selepas bangun tido lewat..gara gara layan casino sampai pukul 4.30 pagi...

Monday 25 February 2008

ayuh mengundi...




suka aku tengok gambar pak lah dalam ni...comel jer pak lah tido..mcm baby jer..ahahhaa...pemimpin mcm ni yg kita perlu utk bersuara di parlimen...ehehehhee
so renung renungkan lah...

Wednesday 20 February 2008

jauh...

hari ni sampai ofis mcm biasa ...pukul 10.30...setelah layan roti canai banjir dgn teh tarik...pergghhh dah lama tak mkn macam ni...lepak warong mamak tepi jalan...dah tahu lewat boleh sembang hu ha hu ha lagi..smlm tido 2 jam jer..aku layan poker sampai pukul 3 pagi..tu pun sebab streamyx buat hal...kalau tak rasanya aku tak tido terus..tepat pukul 4 baru aku masuk tido..setelah line masih down...kesannya bangun tido pukul 7 lebih...subuh gajah lagi...ahahhaha...pukul 9 masuk ofis..pukul 9 baru aku keluar rumah...bestkan..

sampai ofis..aku termenung..rasa mcm nak menangis...air mata tunggu masa nak jatuh...tiba tiba rasa sayu...sedih tanpa sebab...walaupun orang ramai disekeliling tetapi rasa terlalu sunyi...pasal yer..teringat kata kata seorang kawan...

Kesunyian akan dirasai apabila bersendirian namun kesunyian yang lebih akan dirasai apabila terasa bersendirian di dalam keramaian.

jauh aku mengelamun...kadang aku sendiri tak faham dengan rentak kehidupan...terasa jauhnya aku...jauh dgn siapa ? jauh ...ntah..jauh dgn siapa yer...

Thursday 14 February 2008

valentine...

ari ni 14 feb..valentine day...aku tak sambut..sebab tahu bukan budaya kita...
tapi pagi ni celik jer mata..hubby "adik" aku send bunga... ehehehhe...romantik mamat ni..

14/02/08
1:34:11 AM You were sent the item Single Red Rose from kev_in_payne with the message: happy valentines day.... hope u like it...

laki aku abg pendekar tu...huhuhhu...dia kata dah kawen lama tak der masa nak romantik semua..hampehh jer mamat ni...ahaks..
Marital Status: Married to Pendekar-Laut for 118 day(s)belek belek profile dah 118 hari kami kawen....bergaduh jangan citer lah..pernah sekali aku " terkick" dia kuar ranch dulu...adeeeiii...rasanya jadi pengajaran seumur hidup...tendang suami kuar rumah...now aku dok palace..kick spouse dgn peti besi simpan duit atas bawah jer...mmg berhati hati aku...takut tersilap mcm hari tu...tak pasal pendekar mengamuk...huhuhuhuu...saper pendekar ni ? lawyer..majistret..doctor....ahahahha...adalah....


"adik" aku pulak baru 19 hari kawen..kira tempuh bulan madu lah...ni aku tempek profile my sister..profile aku esok esok aku abadikan...alamat next week lah..pas ni aku nak kena kemas beg outstation...aku tengah sengkek kat TC now...2 hari lepas buat mission level 20..dapat upah 2.5 m..tak sampai 10 minit aku joli kat casino...tinggal lah 10k..ahahhaha now..buat crime lepas bayar duit maid jer... huhuhuhu..adik aku lagi byk duit dari aku..

Name: girl-N-roses
Money: $-15,379
Level: 20

sian aku...bank due lambat lagi...nak minta duit suami...dia pun sama jer senasib dgn aku..so now aku duduk diam diam tunggu sampai bank due... xanax..point..DP..segala aset yang berharga semuanya dah habis aku gadai...hehehehhe

kejap ni aku send chocolate kiss kat pandekar dgn kevin...kevin jadikan siggy...ahaks

You were sent the item Chocolate Kiss from Puteri-Bongsu with the message: i want to trade this kiss for one of your kisses which are a million times sweeter and better...happy valentine day !..ehhehee best tak ayat

kat pendekar..aku tak letak yg hujung .best tak ayat..sampai kat happy valentine day tu jer....ahahhaha...sajer jer...sembang ym dgn kevin kejap ni..sebut pasal ni..nak tergelak aku...

arriza ahmad (9/24/2002 4:37:46 AM): You were sent the item Chocolate Kiss from Puteri-Bongsu with the message: i want to trade this kiss for one of your kisses which are a million times sweeter and better...happy valentine day !..ehhehee best tak ayat
frock_hell (9/24/2002 4:37:56 AM): :)
arriza ahmad (9/24/2002 4:38:01 AM): :)
frock_hell (9/24/2002 4:38:11 AM): cilok kt mn nye ayat ni...
arriza ahmad (9/24/2002 4:38:19 AM): tu lah pasal
arriza ahmad (9/24/2002 4:38:21 AM): ahhahaha
arriza ahmad (9/24/2002 4:38:59 AM): kat pendekar pun saya send benda yg sama dgn ayat yg sama..
arriza ahmad (9/24/2002 4:39:03 AM): :) (icon gelak guling guling)
frock_hell (9/24/2002 4:39:13 AM): :( (icon sedih)
arriza ahmad (9/24/2002 4:39:19 AM): :) (icon sengih nmpk gigi)
frock_hell (9/24/2002 4:39:33 AM): hahahaha...

akhirnya..tepat pukul 4.15 petang waktu malaysia...

14/02/08
8:15:01 AM You were sent the item Audi S4 from Pendekar-Laut with the message: juz 4 u.... hepi valentine day.. muahhss


ahahhaha....ahaks

*nasib lah saper yg tak paham apa yg aku tulis..hanya untuk mereka yg memahami...ahahhaha

Tuesday 5 February 2008

sekadar renungan

sekadar renungan hari ini...

aku terfikir sejenak...selepas aku terima sms dari kawan aku mengenai satu perkara yg amat aku tak senangi...kami terus berbual panjang...kesimpulan aku dapat...apabila mendengar berita sebegini :

Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang disampaikan kepadanya cerita yang berbau fitnah hasutan?

Al-Imam Al-Ghazali menegaskan, setiap orang yang diceritakan kepadanya tentang sesuatu dengan maksud menyebar fitnah hasutan, umpamanya diceritakan kepadanya: “Si anu mengatakan kamu begini begini”, maka hendaklah dia mengambil enam tindakan di bawah ini:

1) Tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan kepadanya, kerana pengadu domba itu adalah orang fasiq, dan orang fasiq itu berita yang dibawanya tidak dapat dipercayai.

2) Melarang perbuatannya itu serta memberinya nasihat dan menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah tidak baik.

3) Membencinya kerana Allah, sebab Allah Ta‘ala amat membenci pengadu domba, dan membenci kerana Allah ketika itu adalah suatu kewajipan.

4) Jangan sekali-kali berperasangka buruk tentang apa yang disampaikan itu, kerana Allah Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah Al-Hujuraat, ayat 12)


5) Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya, sebab Allah Ta‘ala berfirman yang tafsirnya:

“Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

6) Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Umar Abdul bin Aziz Radhiallahu ‘anhu, dia menceritakan sesuatu tentang seorang lelaki lain, lalu Umar Abdul Aziz berkata: “Jika kamu mahu diperiksa, kami akan memeriksa ceritamu itu. Jika ternyata kamu berdusta, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 6)


Jika kamu benar dalam menyampaikan cerita ini, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini:


Tafsirnya: “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecahbelahkan orang ramai).” (Surah Al-Qalam, ayat 11)

Jika kamu mahu minta maaf, kami sedia memaafkan kamu.” Lelaki itu pun berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku tidak akan mengulangi perbuatanku ini selama-lamanya.”

Mengumpat:

Mengumpat adalah di antara seburuk-buruk kejahatan. Yang dimaksudkan dengan mengumpat ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disukainya, sama ada pada badannya, agamanya, dunianya, bentuk kejadiannya, perangainya, hartanya, anaknya, orang tuanya, suami/isterinya, pembantu rumahtangganya, serbannya, pakaiannya, gaya berjalannya, gerakannya dan sebagainya yang bersangkut paut dengan dirinya. Tidak kira sama ada menyebut-nyebut itu dengan percakapan, tulisan ataupun dengan isyarat melalui mata, tangan, kepala atau sebagainya.

Hukum mengumpat itu adalah haram menurut ijma‘ seluruh umat Islam. Dalilnya adalah jelas tersebut di dalam Al-Qur’an, Sunnah dan ijma‘.


Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

Dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi amat Mengasihani.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

Allah Subhanahu wa Ta'ala mengumpamakan orang yang mengumpat saudaranya sendiri seperti memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai. Setiap manusia sudah tentu tidak mahu makan daging manusia. Apatah lagi daging saudaranya sendiri, dan daging itu pula sudah menjadi bangkai. Ini menunjukkan betapa buruk dan kejinya perbuatan mengumpat itu di sisi Allah Ta‘ala.

=================================

aku teringat satu peristiwa sewaktu aku disebuah forum tahun 2005...2006..bagaimana teruknya aku dikutuk dan difitnah oleh satu mamat ala ala bob marley..ketika tu Allah jer yg tahu apa yg aku alami waktu tu..hanya disebab aku tolak permintaan dia secara elok..aku diperlakukan sedemikian rupa..kesannya tunang dia ketika itu turut menghentam aku tanpa usul periksa bersama puak puak futsal waktu tu..buka thread org masuk guna nick lain dituduhnya aku..kononnya aku menyamar..dan aku masih ingat lagi satu minah ni yg mengata aku dgn mcm mcm tohmahan...tapi dunia ni kecil..ALLAH MAHA KUASA..minah yg menghentam aku ni akhirnya ter"makan" juga belanja aku baru baru ni di satu function anjuran I*...janji aku ikhlas bukan nak mengungkit..cuma kesal diperlakukan sedemikian rupa dengan hanya berlandaskan satu fakta dari satu pihak...dan mamat tu pun dah menghilang senyap terus entah kemana..aku amat berterima kasih pada sydney bristow (dell) waktu tu..yg bagitahu aku siapa mamat ni yg sebenarnya..tapi biarlah cerita lama...dah 2008..cuma terpalit secebis kekesalan saja..sebab mamat ni aku kenal bukan sehari dua..tapi dari tahun 2003..dan aku anggap dia macam abang...

kini..bila aku berbual dgn kawan aku tadi..aku rasanya isunya masih sama...cuma skrip yang berbeza..apa yg boleh aku katanya...sama sama lah kita renung dan baca ayat ayat diatas...sesungguhnya hidup kita di muka bumi ni hanya sementara...tapi jika kita rasa bahagia membina kebahagiaan atas kesengsaraan orang lain..teruskan...
sesungguhnya doa org yg teraniaya tu dimakbulkan ALLAH...

tenang...

selasa - 4.20 pagi

entah kenapa waktu ni aku rasa tenang sangat...ketenangan yang sama dgn suasana pagi yg hening now...walhal tadi fikiran aku kacau dgn beberapa perkara yang kurang menyenangkan...aku ingat nak masuk tido terus..tapi hati ingin bangun solat minta ketenangan dariNYA...ternyata permintaan aku dimakbulkan...aku rasa satu nikmat dalam suasana hening sebegini aku sujud mohon pertunjuk dariNYA agar jiwa tenang...tenang dari rasa berbaur sebentar tadi...antara geram..sedih...terkilan..

aku layan poker dari pukul 12 tadi sampai pukul 3..sempat pegi gym...buat crime... aku rasa kehidupan aku sekarang cukup terisi dan seronok dengan adanya TORNCITY..aku tak kacau orang...habis kuat aku attacked org yg kacau aku kt TC..tapi tu lah...dalam kita sibuk dgn kehidupan kita...masih ada sang tenuk yang suka bergelumang dikandang orang...masih ada badak air berpasangan berlari lari di laman kita...dan masih wujud ultraman yg cuba menyelamatkan makhluk di planet bumi ? ehehehhe...tak wujud...yg wujud superman pakai spender kat luar nak tunjuk macho tapi hancur...konon bertindak dgn tepat dan sahih..hakikatnya dia tak sedar spender dia pakai diluar...

renung renung kan lah...apa yg aku merepek di waktu 4.37 pagi waktu malaysia ni..

*thx abg bagi nasihat kejap ni..." adat dunia cyber..pedulikan..ok sayang..gi tido....muahhh...:-)"

Monday 4 February 2008

antara sibuta dan sikudung

semalam...pagi sabtu...aku pegi pasar tani...rutin mingguan aku...sejak aku malas pegi pasar pudu..selalu pasar tani tmn melawati jadi pilihan aku..tapi semalam...entah kenapa..satu peristiwa buat aku terpikir sehingga balik..

sedang aku leka pilih barang semalam...sebelah aku ada org buta sedang menyanyi sambil bermain keyboard...memang lunak suara dia...saje aku pilih barang tu lama lama..sebab aku nak dengar dia nyanyi sampai habis..masa tu dia dendang lagu "kucari damai di hati" ..tersentuh aku dengar..

aku rasa kat area pasar tani ni mmg banyak org minta sedekah...ada pompuan myanmar bawa anak berderet lah...sikudung lah..org minta derma anak yatim lah..bina masjid lah...tapi yg org buta ni aku tak terasa sangat..sebab dia menghiburkan pengunjung pasar tani...

tiba tiba..dalam aku leka pilih barang sambil dengar lagu tu..ada satu ibu dengan anak dia..anak dia lelaki lingkungan 4..5 tahun..ibu tersebut suruh anak dia masukkan duit dlm tong org buta tu..tiba tiba anak tu bertanya kat si ibu tu..

anak : mama..kenapa kita mesti bagi duit kat orang buta ni ?

ibu : bagilah...sebab penat dia nyanyi...

anak : kenapa dekat org yg tak der kaki tu mama tak kasi ?

ibu : org tak de kaki tu dia tak buat apa..dia minta duit je...

anak : org tak der kaki tu dia tak de kaki...mcm mana dia nak buat apa...patut mama bagi duit kat dia...

ibu : tapi org buta ni menyanyi...kesian dia kena bawa barang banyak...

anak : org tak de kaki dia mcm mana nak bawa barang...org buta dia cuma tak nampak jer..org tak der kaki lagi kesian...dia kena heret nak jalan...

lepas tu aku tak tahu apa lagi perbualan si ibu dan si anak tersebut... aku harap si ibu dapat bagi satu jawapan yg buat sikecil tersebut faham tentang erti kehidupan...

balik dari pasar tani aku melayan TC sampai ke mlm...hasilnya aku migrain...lepas jer solat magrib...tekak aku mual..kepala aku berdenyut denyut..aku tido pun tak lena..kejap pusing kiri...kejap pusing kanan...

pagi ahad - lepas solat subuh...badan aku panas...deman..teruk sangat melayan tenet..aku gagah kan jugak bangun buat apa yg patut..dah settle semua keja rumah..aku sambung tido..tu pun aku sempat juga pegi gym..buat crime..lepas mandi aku telan ubat..then hentam tido smp tgh mlm..bangun aku rasa mata aku dah cukup segar...hasilnya sampai now aku melayan TC..melayan perasaan...walaupun badan still panas lagi...

ni tunggu mata nak terlelap sambil dengar lagu ogy..senandung duka...

*dulu kalau ma ada..migrain ma nanti picitkan kepala sambil baring atas riba ma..kalau tgh tido...ma masuk bilik senyap senyap letak air limau nipis segelas tepi katil...ingat lagi..ma lumur asam jawa kat kepala utk kurang panas...aku bebel kata habis rambut kotor..rupanya utk sejukkan kepala aku yg berangin ni...lamanya tak ziarah kubur ma...