semalam hari bermakna aku dgn hubby..ingat nak raikan ..walaupun aku tak sebut apa kat hubby sebelum ni..sekali hubby aku call bagitahu dia tak dapat balik smlm..kerja dia masih tergendala..huh dah 3 hari..tido malam sorang..ehehee..nak buat cam ner..tak perlah..setiap hari adalah bermakna untuk aku dgn dia..(kata kata nak pujuk diri...ehehehe)
pagi ni..sampai jer kat opis ..dah pukul 10.45..teruknya aku..tiap tiap hari masuk opis lewat..aku layan tenet dulu..lepas ni baru aku nak buat kerja ..radio kat pc aku ni tak boleh buka pulak..selalu sambil buat keja aku layan ERA ..setakat ni ERA jer lah yg masuk dengan halwa telinga aku..teringat dulu zaman study tengah malam aku suka layan radio muzik..dengar Ismahalil Hamzah bertugas..calling calling..sampai pukul 3 pagi aku layan sambil baca buku..(konon)..masa tahun 1999 kut ismahalil ni kena tukar pegi stesen radio lain..aku punyalah frust menonggeng..lama dia menyepi sebelum muncul semula..aku siap tulis kat forum utusan malaysia ..tajuk " ismahalil punya kelebihan kendali radio muzik.."..panjang lebar aku komen dalam forum tu.. ehehehee..dari sekolah dulu aku tak puas hati aku luahkan semua kat ruangan forum tu..aku ingat lagi artikel aku yg pertama aku mula tulis masa form 4 pasal gejala buli...lepas tu pasal kerosakan akhlak muda mudi..setiap kali artikel aku keluar cikgu BM aku akan tampal kat papan kenyataan sekolah..ehhhehe sampai aku dah kawin pun aku hentam yusuf haslam kat forum tu jugak ..artikel aku bertajuk " filem kurang bermutu galakkan cetak rompak "..sekarang ni aku dah kurang kan sikit aktiviti aku..cukuplah aku jadi penulis kat blog aku ni jer..bila pikir balik..patutlah aku jadi pelajar terbaik subject BM masa SPM dulu..ahhahaha dari dulu ada tokoh nak jadi minah kepoh..ehehhehee..sebenarnya aku memang minat nak jadi penulis ni..tak pun aku minat nak jadi ahli psikologi..tapi bapa aku cakap dalam anak anak dia tak ada satu lagi pisang yg busuk atau tak menjadi..jadi dia nak aku jadi pisang yg elok macam abang abang aku..so malas nak jadi anak derhaka aku pun ikut jerlah apa yg dia suruh..jadilah aku seperti sekarang..pisang yg tunggu masa nak kena buat cekodok..ahhahaha
No comments:
Post a Comment