aku ingat aku nak tinggal lama di kuantan sampai semuanya selesai..2 1/2 hari kat sana cukup buat aku penat..smlm bos no 3 call kata aku perlu balik sebab aku kena pegi meeting kat mandarin oriental..pukul 1 karang..esok ada meeting kat opis aku..terpaksa lah aku balik sini semula..tak sempat blog aku nak bersawang..ahahaha..tapi lepas ni aku memang betul betul bz selagi belum 3/2 tak selesai benda yg aku nak buat ni..Alhamdulilah ksibukan aku membataskan aku dalam mengingati banyak perkara..tawaran bos no 2 aku untuk aku buat CIMA pun aku tak sempat nak pikir..pasal 2 buah rumah aku dah dapat pembeli pun aku serahkan semua kat hubby..aku harap maal hijrah tahun ni bawa banyak perubahan dalam hidup aku..dan yang pasti aku perlu BERHIJRAH...kalau semuanya selesai..aku harap apa yang aku impikan selama ni Allah makbulkan..sempat juga aku berbincang dgn hubby kalau semua selesai seperti apa yg dirancang aku ajak dia buat umrah..aku rindukan ketenangan di sana...hubby kata InsyaAllah...cuma aku minta buat masa skrg aku di beri kesihatan yang cukup sekadar sihat untuk lakukan semua..aku kesian kat hubby..tiap kali aku balik kerja dalam seminggu mesti 3..4 kali aku habiskan masa terlantar atas katil..menanggung sakit..tak per..aku yakin ni semua ada hikmah yg aku tak tahu..
" jangan kamu sikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman - Al Imran ayat 139.."
tadi dalam perjalanan ke office...aku tersangkut dgn jammed kat simpang nak ke ampang ..tiba tiba mata aku tertumpu melihat satu peristiwa disebelah kiri aku..ada kedai runcit..seorang wanita indon mengendong bayi kecil dgn kain batik..disebelah dia ada anak kecil dlm lingkungan 4 tahun..aku melihat kanak kanak tu berlari menuju ke rak rak yg tergantung keropok..lalu dia mengambil sebungkus mamee…tiba tiba mamee tersebut di rentap oleh ibu dia..dan ibu dia meletakkan balik ke tempat asal…budak tu terus berguling ke lantai..
aku jatuh kan cermin kerete untuk mendengar butir bicara ibu dan anak tersebut..anak kecil tu berguling guling sambil berkata “ ibu.. mahu keropok..” berulang kali dia menjerit sambil menangis nangis..tiba tiba ibu tersebut membuka selipar yg dia pakai dan memukul budak tu di seluruh anggota badan….sambil berkata “asal ke kedai mahu keropok “..teruk jugak budak tu di belasah dgn selipar..kanak kanak tadi menangis sambil menjerit “ ampun bu..ampun bu “..aku yg menyaksikan peristiwa tu rasa berbaur..antara geram dan sedih...rasanya mamee yang berharga 30 sen tu apa sangat ertinya berbanding dgn kesakitan dipukul dgn selipar..di sebabkan leka melihat , kereta belakang hon aku…..nak jer aku turun belikan..tapi aku sendiri kat tgh jalan...sayu aku…teringat semasa kecil ibu selalu bagitahu aku…kenapa dia selalu penuhi impian kami adik beradik..kata ibu :
Jangan sesekali kita menghampakan permintaan orang..kerana mungkin itu permintaan terakhir dari dia…dan kalau kita penuhi impian seseorang…sekurang kurangnya kita dah buat orang tu tersenyum…tak susah untuk menggembirakan orang sebenarnya..asalkan nawaitu kita ikhlas..“
sampai kat office dah pukul 10 lebih..aku terus singgah kiosk kat bawah ofiice aku ni..satu lagi peristiwa buat aku termenung panjang..ada seorang remaja lelaki berpakaian elok..tido di tepi kaki lima kiosk tu..aku tengok dia..elok..aku tunduk tengok kuku tangan dia ..kuku kaki dia..bersih..kalau orang tak siuman dah tentu kotor..comot..nak jer aku gerakkan adik ni tanya..kenapa tido kat sini..kalau boleh aku nak ajak dia naik tido kat opis aku...lama aku tercegat kat situ..nak tunggu dia buka mata..nyenyak betul dia tido..akhirnya aku naik kat opis..macam macam aku pikir pasal dia..sempat juga aku ambil gambar dia..simpati aku kat adik tadi..kejap lagi aku nak turun tengok dia ada lagi ke tak..
No comments:
Post a Comment