Monday 23 June 2008

rindu datang lagi..

kubah hijau tu terletaknya Makam Rasulullah S.A.W
masjid nabawi madinah

sebenarnya semalam aku plan nak naik kuda..sekali hujan lebat...so terpaksalah aku terperap kat rumah..line tenet pulak slow...dengan petir kilat semua cukup..so aku malaslah layan tenet..sebab sebelum ni dah 3 kali modem aku kena sambar petir utk tahun ni...ganas betul...bila tak tahu nak buat apa..aku suka buka album gambar..tengok pic lama lama.. smlm aku buka album ni...album ni masa aku kat madinah 4 tahun lepas...pemandangan gambar yg aku ambil ni..masjid nabawi dari jendela bilik aku..masa kat sana..aku sewa 1 bilik..apartment tu 2 bilik...apartment aku ni dengan masjid nabawi jarak dia dalam 300m..lama juga aku bawa diri duduk situ...bilik aku betul betul mengadap masjid nabawi ...arah depan ni..asal aku celik jer mata terus aku tengok masjid ni...katil aku tepi tingkap...sepanjang kat sana mmg aku habiskan masa duduk kat situ jer...petang petang pegi Raudhah..ziarah makam Rasulullah S.A.W...lepas subuh cari kebab dgn yougurt...penuh pak arab meniaga depan masjid tu.. area apartment aku pulak..lepas pukul 9 mlm sampai pukul 2 pagi org meniaga mcm pasar malam tu...tapi kebanyakan baju..kain..kalau rajin memang lepas isyaq jer aku nanti merayap...belinya tidak..saja tengok panorama kota madinah...masa nak balik malaysia baru aku sakan memborong...memang tenang sungguh time ni..aku pergi sana pun sebab tunaikan amanat arwah ma ...dari madinah aku ke saudi arabia..mekah..jeddah..riyad..

ni pulak pandangan sebelah kiri tingkap aku...perkuburan Baqi...area sinilah tempat tanah perkuburan kaum keluarga Nabi Muhammad S.A.W..para syuhada yg terkorban dalam perperangan Uhud..dan semua sahabat handai Rasulullah S.A.W..jarak dengan masjid Nabawi dalam 100 km jer..penuh burung merpati kat situ...kalau aku buka jendela ..kiri aku akan renung perkuburan Baqi..di tengah pula melihat Masjid Nabawi yg penuh dengam ketenangan... bila fikir balik..aku rasa..baik aku balik kampung tinggal kat sana dari bersusah payah nak migrate tempat org..ibarat camar pulang...

sepanjang aku kat sana..aku tak teringat langsung malaysia...padahal kat sana aku bukan buat kerja pun...pagi pegi sembahyang..balik cari makan..tghari aku akan habiskan masa sampai asar kat dlm tu...lepas asar jalan pegi Raudhah...Raudhah tak buka tiap tiap hari untuk kaum wanita...isnin..rabu..sabtu kut..lupa dah...aku rasa nak berjalan aku berjalan pegi bandar..jabal uhud( kat sini tempat makam saidina Hamzah yg hatinya dilapah oleh hindun semasa perang uhud...masa first time aku lawat makam ni..ada rombongan dari indon sedang berdoa..aku terdengar ustaz tu baca doa..tiba tiba..perasaan aku sayu ..airmata berlinang )....banyak lah kenangan kat kota madinah yang buat aku rindu nak kesana...

sorrylah aku malas nak scan gambar...tengok jer lah pic dari webcam ni...

Friday 20 June 2008

kan dah kena..

kejap ni sia sia jer sorang staff aku ni kena tengking dgn aku..tak pasal aku campak fail depan muka dia...ni lah padahnya bila aku mula naik angin..aku dah lama diam... sabar jer dgn karenah dorang ni..

sebelum tu..dalam pukul 2 lebih ..aku dah terdengar perbualan telefon dia dgn staff kat kuantan..sakan bergayut mengutuk aku..kata aku lambat approved claim dorang... then kutuk tak puas hati masa function kat kuantan baru ni...kata aku berlagak...bla bla.. kebetulan aku lalu kat tepi dia..dia tak perasan..aku pun bukan nak menyibuk..tapi bila nama aku disebut sebut..aku pun pasang telinga mendengar setiap butir bicara apa yg diperkatakan...

then ..kejap ni..dia datang bagitahu aku..staff kat kuantan minta aku cepatkan payment dorang...aku pandang muka dia..dia pun bagitahu...staff kat kuantan kata aku mcm mcm...tak ke batu api n talam dua muka ? padahal aku dah dengar apa yg dia cakap sebelum tu...so..aku pun tunggu jer lah apa yang dia sampaikan..dah habis..aku jawab.." kalau cheque tu saya yg sain..skrg juga dah clear payment semua..masalahnya..saper yg sain semua ? tahu ke tidak saper yg sain cheque selama ni ? "..slow dia jawab.."tahu...tapi tak boleh ke cepatkan.." aku jawab... " kalau t***ku kata dia tak nak sain seminggu..ok nah ..u ambil benda ni..u mengadap dia suruh dia sain jugak..nak ??? " masa ni pitching aku dah lari...minah ni umur dia 38 tahun..tua sgt dari aku.. dia terdiam...then dia komen pasal satu perkara lagi..time ni aku betul betul angin..sebab perkara yg dia komen ni tak ada kena mengena dgn kerja dia..semua tu dia tak berhak ambil tahu...dan aku rasa dia macam nak melangkau apa yg aku dah buat..masalahnya dia tak tahu apa apa..tapi nak tunjuk pandai...so..aku bangun..aku ambil file yg mengandungi detail mengenai perkara yg dia komen tu..aku campak kat depan muka dia..tersentap dia..aku cakap " lain kali ..tak tahu apa benda ..jangan nak sedap mulut cakap itu ini...ambil file ni tengok semua dari mula sampai habis...lepas tu baru boleh nak komen ..ok ?? " .. dia belek..dia cakap.." mana saya tahu ni semua " aku jawab..." tak tahu jangan cakap !! "..mmg tinggi tone aku time ni...sampai colleague kat bilik sebelah aku terkejut terus bangun berdiri depan pintu aku tengok...ehehhee...aku pun cakaplah.." ni lah manusia...tak tahu apa..nak tunjuk pandai..lepas tu sedap mulut mengutuk...salah sendiri tak nak tengok..sibuk cari salah org..." ..terus minah ni bangun keluar bilik aku ambil air sembahyang..pegi sembahyang...ehehehe...colleague aku pun yg mmg dah sedia maklum dgn perangai dorang ni pun selamba jer perli dia tadi...ni payah kalau staff bawahan tua dari kita...rasa tak puas hati tu sentiasa ada...

bila pikir balik...garangnya aku kejap ni...tu padahnya kalau aku naik angin...sampai colleague aku cakap...nampak jer lembut..mcm singa rupanya..ahahha

arriza : tiada lagi kelembutan bila diri sendiri bangkit...

Harga Sebuah Kemaafan...

" selemah-lemah manusia adalah mereka yang tidak tahu dan tidak pernah mahu mengaku tentang kesilapan dan kesalahan sendiri...dari itu mereka sering berat seringkali tidak tahu untuk memohon kemaafan di atas setiap kesalahan mereka kerana yang sebenarnya mereka tidak pernah merasa bersalah..."

aku renung ayat di atas...mengapa jadi begitu ? ego ?..memaafkan memang mudah tetapi untuk melupakan ??...berapa harga sebuah kemaafan kalau ianya boleh dijual ?

maaf..itulah ungkapan yg terlalu mudah kita dengar jika sesuatu kesilapan berlaku...untuk mengucapkan mmg mudah jika ia merupakan satu kesilapan yg remeh... tetapi bagi satu kesalahan yg besar...jika di bawa ke mahkamah pun..belum ada pihak yg sanggup untuk mengaku salah tersebut...kerana apa ? kerana sifat manusia takut dihukum...bukanlah menjadi kesalahan untuk memaafkankannya..tetapi yg sering terjadi..adakah dia ikhlas memohon maaf ? adakah maaf tersebut hanya untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan ? atau maaf tersebut sekadar sandiwara untuk menutup pandangan terhadap apa yg berlaku ... pernah jua terjadi...apabila maaf sering diungkap...ianya seolah tidak mempunyai nilai...sampai ego datang menjelma buat penerima maaf..sebab maaf tersebut terlalu murah harga..tetapi bagi aku...pengirim maaf mungkin terlalu sayangkan perhubungan..biar dia saja yang mengalah...demi kebaikan bersama...manusia boleh bertindak luar biasa bila emosi dah menguasai diri...selalu bila kedua dua pihak ego...sukar untuk melafazkan maaf...itu yg sering menjurus rosaknya sebuah perhubungan...tetapi mcm aku tulis awal tu..untuk memaafkan memang mudah..tetapi untuk melupakan ??

sebab tu...sebelum mengucapkan sesuatu...berfikirlah dahulu..apakah kata-kata yang di ucapkan akan menyakiti seseorang ..jika rasa akan menyakitikan.. sebaiknya jangan pernah dilafazkan...berfikirlah dahulu.. apakah kata-kata yang akan dilafazkan setimpal dengan akibat yang akan diterima ??..kemudian dengan mudah memohon maaf dan minta dilupakan apa jua yg pernah keluar dari mulut....tidak semudah itu seseorang akan menerimanya... berbanding dgn apa yg telah dia rasa...

ntahlah...aku tulis ni..sebab aku melihat pada sekeliling aku...aku bicara pada diri melalui apa yg aku lihat...dan akhirnya kat sini lah coretkan...

aku renung sebuah hadis dan cerita mengenai Harga Sebuah Kemaafan ni...

"Sesiapa yang memohon maaf walaupun sebenarnya pihak yang satu lagi yang bersalah, InsyaAllah dia dijanjikan syurga"

Harga sebuah kemaafan

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi,lalu Anas bertanya :

"Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.

Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.

Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.

Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas Nabi kepada Anas.

Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."

Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.

"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.

" Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.

"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."
Jelas Tuhan.
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu.

" Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."

"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata:
"Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

arriza : dendam kemaafan yang terindah....kita sedia memaafkan..tapi adakah ianya tak akan berulang ?...ermmm

Thursday 19 June 2008

permintaan hati...


Terbuai aku hilang..
terjatuh aku dalam..
keindahan..penantian..
Terucap keraguan hati yang bimbang..
yang terhalang..kepastian cinta..

Aku… hilang..
Aku… hilang..

Tersambut kabut malam..
terbiasnya harapan..
yang tersimpan..
suci tak bertuan..
Terasa kerinduan hati yang bimbang..
yang terhempas..
kepastian cinta..

Dengarkanlah permintaan hati..
yang teraniaya sunyi..
Dan berikanlah arti pada hidupku..
yang terhempas..
yang terlepas..
perlukan mu..bersamamu..dan tanpamu..
aku hilang selalu..

Aku… hilang..
Aku… hilang..

bersamamu..dan tanpamu..
aku hilang selalu...


aku suka tengok video clip permintaan hati ni...tengok pompuan tu kecewa..dia sanggup buat apa jer..sampai nk bunuh bf dia..ehehehe...bf dia dtg di saat dia perlukan seseorang...aku layan skrip dlm video clip ni...waduh...sedih bangat sehh...part bf dia hantar surat tu...sayu jer...aku bayang pompuan dlm citer ni aku...bf marsya yg tak tahan dgn perangai awek dia ni..aku bayangkan konon konon bf aku...ahahhaaha...

arriza : dengarkanlah permintaan hati..yang teraniaya sunyi..dan berikanlah arti pada hidupku..yang terhempas..yang terlepas..perlukan mu..bersamamu..dan tanpamu..aku hilang selalu..

Tuesday 17 June 2008

OH TIDAK...

yeah baru sebentar ni aku dapat tiket ke NZ untuk 2 org..Alhamdulillah..rezeki orang teraniaya kut..ehehehe...dia bagi sampai september ni...nanti aku pikir..aku nak pegi ke..aku nak bagi member..

ari ni aku masuk opis lewat pukul 12.30...aku lunch dgn agent FD aku dulu..baru masuk opis..6 bulan pertama ni..aku berjaya buat 5 mil sales kat dia...dia tatang aku mcm puteri...ehehhe

sekali masuk opis...sekali lagi aku dapat mssg yang aku tak tahu apa motif dia...aku dah penat..tolong lah..aku tak layan dah benda benda macam ni..sekarang aku nak ambil mudah untuk semua perkara...aku malas...sebab hati dah letih...tak perlu apa apa perjelasan lagi...bagi aku ..sekali aku dipermainkan...sampai bila bila aku akan ingat benda ni...aku seorang pendendam yang baik...bukan pemaaf yang baik..itu sifat buruk aku...tapi selagi aku mampu bertahan ..aku bertahan..bila aku tak mampu bertahan..awas...jangan sesekali mencabar aku...kesabaran aku ada had dia... macam sekarang aku memang cool dgn apa yang berlaku... tapi jika masih ada pihak yang bermain dengan ego.. dan disebelah pihak masih nak mempertahankan benang yang basah...konon apa yang dibuat adalah untuk aku..untuk membuka mata hati aku di dalam menilai orang..ok ..terima kasih untuk itu..aku tak perlu semua itu...perasaan aku dipermainkan sewenang wenangnya...umpama aku lahir ke muka bumi ini tanpa hati dan perasaan...hanya untuk diketawakan...

sekarang...tak perlu lah nak minta maaf...bukan semudah ini untuk lafazkan maaf...setelah hati sakit diperlakukan sedemikian...sebelah pihak mengatakan sebegini..sebelah pihak lagi perang psiko...no deal lagi dgn org sedemikian..tetapi atas rasa sayang..aku masih bertahan untuk sebuah perhubungan..sebab ia dah terjalin indah...cuma ..jgn sesekali cabar aku...org mungkin boleh bermain tarik tali dgn aku..tetapi tak mustahil..tali tersebut putus..lalu aku belit badan org tu...ehehhee..ganasnya ayat...

sekarang..aku hanya minta pengertian..jika aku boleh selembut ini..mengalah sehabisnya...tetapi masih juga si luncai dgn labu labunya...biarlah masa yang menentukan semua...untuk seseoarng tu...sekali aku terluka..selamanya aku terasa..aku takkan toleh kebelakang untuk mengingati kembali saat indah ..konon akulah kakak..engkaulah adik...tidak sama sekali..aku bukan kejam...tapi bila kekecewaan melanda diri..perasaan terguris sebegini..hanya Allah Maha Mengetahui...mmg hebat ujianMU...

teringat kata kata arwah ma...bila kemiskinan berdiri dipintu..kita akan kenal mana kawan..mana sahabat..dan mana rakan...mana teman...semua itu berbeza..yeah...yang aku temui..semua hanya kawan..teman...rakan....sahabat ? ntah...
dalam aku mencipta seorang sahabat..sahabat aku perlakukan aku sebegini...

tapi setiap apa yang sahabat aku buat aku tulis kesalahan dia di pasir laut..sekali air datang...terhapuslah semuanya...padam segala kesilapan tersebut.... moga ia mematangkan lagi sebuah perhubungan.. tetapi..seperti aku kata..aku bukan sempurna..sampai satu tahap..kesabaran aku akan berakhir jua...

dan jika kita mahu orang mengikut rentak kita..sedangkan rentak kita sumbang...apa perlu aku buat ? seperti aku..aku hanya mahu org hormat sebuah perhubungan...tetapi ternyata ia merupakan beban..tak kan aku nak paksa..ko tak nak ikut .. ok aku buka tembelang ko..oh tidak..itu bukan aku... benda dilakukan tanpa keikhlasan.. hasilnya mengecewakan...tetapi...tidak boleh ke..bertolak ansur ? susah jugak kan... ok...kita tunggu dan lihat... sejauh mana sebuah bongkah kekerasan itu cair... aku tak paham..dia pun tak pandai bermain psiko dgn aku...ehehhee..sebelum ni..aku dengar jugak dia cakap... ai ada cara nak handle dia mcm mana..(masa berdepan dgn satu peristiwa dulu) tetapi dgn aku...mengecewakan sungguh...sampai ke satu tahap..aku terfikir..perlukah aku berbuat sedemikian... (apa yg sedemikian ..hanya aku yg tahu...tapi aku belum sezalim itu..sbb tu aku sebut...sabar aku ada had...aku masih mampu bertahan..cuma aku lihat..ego dia masih melangit...seteguh hati wanita bila dah kering..tiada siapa yg siram dan peduli ia akan bertukar menjadi barah...ketika itu kesakitan tidak dirasa... jadilah aku manusia yg tidak punya perasaan...yes..tidak mustahil bila diri terlalu kecewa...)

arriza : untuk buat org tersenyum bukan lah satu dosa..tetapi masih sukar untuk melakukan nya...kan ?..

Sunday 15 June 2008

happy birthday to me...

http://arizona-1506.blogspot.com/2007/06/ma.html

aku baca kisah tahun lepas...missed u mom..
terima buat semua yg sms wish hepi besday to me..seawal pukul 12 mlm...ada yg aku sempat reply...ada yg tak sempat..so sorry...until now sms masuk bertubi tubi ... terima kasih semua...

SMS oh SMS...


kereta yg membawa SMS ni belakang aku..kami bertolak dari KL khamis pagi..

sebelum acara bermula...aku suruh dia berposing..byk juga pic aku dgn dia..sampai kuar surat khabar smlm...

majlis beramah mesra dgn kanak kanak...

byk pic nak tempek..tapi slow sgt...nantilah aku sambung tempek..
alahai camera aku tak setting date...

Saturday 14 June 2008

akhirnya...


akhirnya aku berjaya online jgak sepanjang dikuantan ni...setelah tak berkesempatan berbuat demikian untuk tempoh 2..3 hari ni...

banyak yg aku nak tulis...jap aku nak load pic sepanjang meraikan angkasawan tu ke kuantan...aku berkonvoi dgn dia dari KL ke kuantan...

dan byk insiden yg buat aku happy sepnjang aku kat kuantan ni..

Thursday 12 June 2008

kuantan..i'm back..

sebelum berangkat ke kuantan...

aku nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat seseorang yang akhirnya berjaya secara psiko melakukan apa yg dia mahu...aku jugak yg terduduk akhirnya setelah aku buang segala....ibarat permainan kehidupan...apa yang dikata kepada aku umpama cakap tak serupa bikin..aku tak tahu apa motif dia...setelah aku letak kepercayaan buat dia..tetapi sehingga pagi ni...aku check semua yang dia lakukan sehingga pagi ni...yeah..keputusan dia..aku tewas jua akhirnya...

thx..

Wednesday 11 June 2008

bintang kehidupan...



dulu aku selalu ikut arwah ma pergi tanjung rambutan...ma buat volunteer kat situ..masa tu aku kat MRSM ..bila cuti aku ikut..paling lama masa aku tunggu result SPM..boleh dikatakan sepanjang minggu aku join sekali..tu yg aku rasa nak sambung buat medic..kat Tanjung Rambutan ni..aku byk belajar tentang sakit jiwa..orang melihat gila tu sebagai penyakit jiwa..tapi ada dua penyakit yg hampir dengan penyakit jiwa..iaitu SKIZOFRENIA dan KEMURUNGAN..tak ada siapa dapat membaca apa yang bergolak dijiwa pensakit ini...5 tahun lepas aku ambil risiko untuk berdepan dengan seorang pesakit skizofrenia..dia seorang yang normal zahirnya...tetapi jiwanya sentiasa bergolak..aku dekati dia..akhirnya aku dapat jawapan ..masyarakat sekeliling boleh mengatakan dia tak senyuman apabila dia bertindak di luar kawalan...tetapi untuk memahami dia memang payah..sebab kita tidak berada di situasi dia..tetapi makin lama..doktor yang merawat dia bagitahu aku..orang seperti ini..kita hanya boleh membantu dengan menjadi pendengar yang setia..tetapi ada masa nya..apa yang dia cakap buat orang sekeliling bosan..kadang kadang mengarut dan tak masuk akal...memang susah untuk memahami...bukan setakat skizorfrenia...penyakit KEMURUNGAN turut menyelubungi dia..antara faktor yang menyumbang ke arah ini..adalah sejarah silam...tekanan sekeliling dan latar belakang keluarga..orang luar boleh bercakap apa sahaja mengenai mereka..tetapi untuk memahami mereka mmg susah...aku teringat tahun 2005..kat amnet ada satu forumer nama shikin dapat title skizofrenia..admin crayon bagi gelaran tu sebab suka sangat bukak thread mengarut...memang lawak time tu kalau baca thread yg dia buka..tapi yang best..thread yang dia buka sentiasa dapat sambutan...sampai ada yg sanggup bayar sebab suka layan thread dia..kalau tengah tension..layan amnet baca thread dia..mmg sakit perut gelak..enjoyed..banyak yang kutuk..tapi mmg menghiburkan..akhirnya sishikin ni dapatlah title skizofrenia...banyak banyak thread yg dia buka yang aku ingat sampai skrg..pasal kisah dia dgn suami orang..kena pr*j*k 2 hari sekali ..sebab laki orang tu migrain..kalau tak ..boleh membahayakan nyawa...ehhehe..aku rasa topic ni dekat sebulan dapat sambutan..ahhaha..cara dia jawab menghiburkan...itu skizofrenia alam cyber..ni di alam nyata...

kenapa tiba tiba aku citer bab ni yer...ntah..sebab smlm...aku pegang gelas..secara tak langsung gelas tu pecah...tangan aku mengigil..aku kena penyakit kemurungan ke ? ... ehehhee...pukul 2 pagi aku boleh meraung sorang sorang... aku tahu..aku mengalami situasi yang sukar...tapi aku sendiri bosan dengan diri aku..rasa kosong...

aku keliru sebenarnya..sedang aku berdiri ditengah..sebelah kiri aku datang seseorang yang aku rasa dia menikam aku dari belakang...walhal dia terlalu baik untuk aku...banyak bantuan ikhlas dia yang dia hulurkan untuk aku disaat aku terdesak...manakala di sebelah kanan aku...orang yang aku cukup jaga...tetapi tidak pernah memahami aku..akhirnya terkeluar juga benda yang tak sepatutnya aku buat..aku tak nak mengungkit..aku benci ungkit mengungkit semua ni..mcm dia cakap..bila ungkit jadi tak ikhlas...aku cuba ikhlaskan diri aku seadanya...tetapi semalam sebab aku rasa aku diketawakan oleh orang disebelah kiri aku...perasaan aku tercalar...dengan siapa aku perlu percaya bila terjadi situasi semalam...hari ni bila aku kenang balik apa yang berlaku semalam...waduh....sekali lagi..aku tak patut sebegitu...dia terlalu baik untuk aku...aku faham apa yang bermain difikiran dia...tapi bila diselubungi rasa tak puas hati tu..marah mengatasi segala...hilang kesabaran semua...kalau lah diwaktu ini dia ada didepan aku..ingin aku peluk cium mohon kemaafan itu...memang...dah terlalu banyak perkara yang buat dia sakit jiwa dengan aku...maaf..itu sahaja yang aku boleh katakan...walaupun kadang aku diselubungi rasa dipermainkan...

sebentar ni..aku berbual panjang dengan sahabat lama...sedikit sebanyak aku faham begini rupanya perit akibat rasa yang aku alami...benar kata dia...walaupun sekeliling kita ada semua..tetapi hakikatnya..bila jiwa terasa kosong..kita tidak dapat lari dari situasi itu....itu yang aku alami...

mlm ni aku kena packing beg..nak ke kuantan..khamis rehearsal..jumaat ni aku ada function dengan sheikh muzaffar...sabtu aku nak jalan jalan kat cherating...ahad aku balik KL ...

arriza : aku ingin menjadi sesuatu yang bisa kau rindu...moga bintang kehidupan aku kan cerah..menyinari hidupku...

Tuesday 10 June 2008

menjaga hati...



aku suka dengar lagu ni 2..3 hari ni...menjaga hati...dengar mudah...tapi susah sebenarnya nak menjaga hati ni..tak kira lah..hati kita ke..hati orang ke...byk perkara..kadang secara halus boleh buat kita berkecil hati...tapi siapa kita kan nak minta org disekeliling kita menjaga hati kita...

ntahlah...aku rasa kepercayaan aku dgn sekeliling senipis kulit bawang...semuanya menyakitkan hati...dalam kita berkongsi sesuatu..masih ada tindakan secara halus yg menyakitkan hati...apa yg aku rasa...tak semua org ikhlas dgn kita...dimulut lain...di hati ketawa riang lihat ada org mampu bersedih...menangis...janji diri sendiri tersenyum bangga ..puas dapat buat org bersedih...


mlm hening mcm ni...aku rindu arwah ma...ahad ni harilahir aku..genap 5 tahun ma pergi...tiada hadiah harilahir yg paling bermakna aku terima selain dari pemergian ma sempena hari lahir aku...aku cuba dalam minggu ni untuk menggembirakan diri sendiri...aku cuba untuk tidak bersedih sepanjang june ni...jika 5 tahun lalu seminggu sebelum 15 june..aku byk habiskan masa dgn ma...sehari sebelum ma pergi aku baring atas riba ma...sambil ma belai rambut aku...tapi tu semua dah berlalu..aku cuba untuk tidak ingat semua tu...tapi mlm ni...aku betul betul rindu....

Thursday 5 June 2008

sakit paler ...

ari ni semua orang sibuk pasal harga minyak naik..tapi aku sakit kepala yg teramat..migrain aku dari smlm tak elok lagi...tadi meeting...tak sabar aku nak keluar..masa dorang dah habis discuss ..aku terus blah..tekak loya yang amat...telan ubat kurang lah 30%...masuk forum ..semua merungut harga minyak naik...sikit pun buat aku tak minat nak join..memandangkan kepala aku berdenyut denyut..

minggu depan aku turun kuantan..berkampung di sana seminggu...hujung minggu ni pun aku kena turun PD & melaka..banyak benda aku kena settlekan..masih byk yg tak settlekan lagi...dah lah semalam aku bengang dgn sheikh muzaffar tu...agak agak kalau aku luah kat sini kena saman tak ? uhuhuhuuhu

tadi...dalam aku pening pening tu..sekali lagi aku rasakan...aku sendiri bingung...kadang aku rasa akulah manusia paling bodoh dalam membuat keputusan...keputusan kalau ditimbang kati...berat sebelah...aku singkap kenangan silam...terlalu manis...maka tidak hairan lah wujudnya pepatah " habis madu sepah dibuang..."

aku nak taip banyak hal ni..tapi migrain aku mengatasi segala...nasib baik AS cancelled untuk ajak aku join team dia...kalau tak aku dihukum rasa bersalah yg teramat ..sbb smlm aku kata aku setuju...tapi bila meeting tadi..aku dapat rasakan aku tak boleh bg komitmen sepenuhnya..seperti biasa..aku tak suka kerja main main...dan sekerap jalan..aku serius dalam semua perkara...kalau tidak...never begin...sebab tu masa OS minta bantuan aku..awal awal aku reject...sbb aku tak mampu lakukan..dan aku tahu dia tentu kecil hati dgn aku...tapi aku punya sebab untuk semua ni..ada sesuatu yg aku inginkan dalam pertandingan ni..biarlah ianya tinggal jadi kenangan..dia tahu apa yg aku inginkan... :)..tapi walaupun kalah..aku dapat 2 sms sebaik jer result terkuar..dari PL n TS.."walaupun dirimu tewas..engkau tetap juara dihatiku..." tergelak aku baca masa tu..PL byk support aku dari minggu pertama..aku berhutang pizza dengan dia..tadi masa tgh pening..laju jer tangan aku sms PL.."kang kita balik jalan kaki sama sama"..tak smp 30 saat dia reply.."boleh aje..ehehehe".. nak tergelak aku...TS pulak..seperti biasa..sentiasa prihatin tentang aku...

minggu depan 15 june harilahir aku...ni lepas aku tulis ni..aku tak rasa aku dapat online sampai 15 june..kalau online pun mungkin untuk seketika..aku ada banyak urusan untuk diselesaikan...sesiapa yg nak bagi hadiah harilahir kat aku..make sure benda tu berharga..ada nilai..setakat murah murah ni..apa class...ahahahaha...

arriza : kadangkala pedih ini mencabarku melupakan semua...