Thursday, 8 May 2008

dia yang melankolia...

menangis..menangis dan terus menangis..itulah dia ! dia sendiri keliru dgn diri dia..dia tahu..masa yang ada untuk diri dia di sini tidak lama..salahkah dia cuba mencari kebahagiaan atas ihsan orang lain ? susah kah orang lain untuk menggembirakan dia buat seketika ? dia ingin disayangi dan menyayangi..dia ingin dikasihi dan mengasihi..dia ingin dicintai dan mencintai..dia ingin dirindui dan merindui..tetapi apa yg dia dapat..hanya dia yang memberi rasa itu semua..sedangkan hakikatnya..dia sendiri tidak menerima itu semua..dia hanya mampu menggembirakan orang..sedangkan hati dia sendiri merintih..terluka..dia hanya perlu faham perasaan orang..sedangkan diri dia yg kehilangan semua..apa yang ada hanyalah kosong dan sifar dalam hidup dia..masih mencari cari sebuah cinta yang hilang...tetapi terlalu sukar untuk dimengertikan buat orang lain..

dia sendiri bosan dengan diri dia..adakalanya dia rasa dari hidup menyusahkan sekeliling mengapa tidak ajal saja yang menanti...dia cuba mencipta kebahagiaan sendiri..tapi terlalu sukar rupanya untuk menemui titik permulaan kebahagiaan tersebut..dia keliru..bagaimana hendak buat diri dihargai ? tidak cukup ke diri dia dihargai ? atau sememangnya dia sendiri tak pernah merasakan dia dihargai ! siapa dia untuk dihargai ? hanya seorang insan yang cuba menagih simpati kasih sayang dari insan yang dikasihi...tapi mengapa sukar untuk dia mengerti...dia hanya menangih simpati barang sekelumit..bukan untuk memiliki...sekadar menumpang...

hari ini..dia rasakan..dia perlu sedar..bangun dari terus membuat diri rasa terhina..beri lah penghargaan buat diri sendiri...jika yg lain tidak mampu melakukannya...berilah pengorbanan untuk yg dikasihi jika itu yg sebaiknya..mengapa perlu dia menjadi lilin..cuba menerangi orang lain..sedangkan diri dia sendiri terbakar...tetapi mungkin itu yang terbaik..berkorban..biar diri terbakar..memberi cahaya buat tersayang...jika tersayang pun sukar untuk melafazkan sesuatu yang bermakna buat diri dia..apa ditunggu lagi ? masih tidak sedar diri ?..semoga dia kuat dan tabah..walaupun dia tahu kemungkinan dia akan sekali lagi kehilangan...apa ditangis lagi...bukankah kehilangan itu makanan jiwa dia ? ..bukan dia tidak tahu..kehadiran dia dimuka bumi ini hanya untuk menerima kehilangan...apa yang ada didepan mata akan hilang dan terus berlalu..kerana dia sukar difahami..sukar untuk org mengerti apa yang dia lalui...jika semalam dia bersendirian..hari ini sendirian itu tetap milik dia...

dia marah dengan diri dia..mengapa dia begitu..sampai bila dia akan terus terusan begitu..berubahlah wahai diri..tetapi dia tak nampak jalan..siapa yg boleh pimpin dia untuk berubah ke arah itu...jika ada mungkin sehari 2..seterusnya..sendiri dia berjalan dalam kegelapan mencari sedikit patulan cahaya buat diri dia..

sekarang..dia terasa..dialah manusia paling dungu di muka bumi ini..dipijak..dicampak..diherdik..masih berdiri di situ...tetapi dia punya alasan untuk itu..walau apa yg terjadi dia tetap bertahan...kuatkah dia untuk bertahan ? sedangkan ada masa dia juga rebah tersungkur..dia gagah bangun walaupun sakit..tetapi dalam kesakitan itu..tiada yg cuba mengerti jiwa dia parah..sendiri merawat luka...tanpa ada yang memperduli...

jika dulu dunia dia terbatas ditaman melankolia...hari ini taman itu masih wujud untuk dia huni..kembalilah dia ke taman melankolia yg sememangnya tempat dia membesar sedari kecil..itulah sebenarnya dunia dia..sendirian ditaman melankolia tanpa ada penghuni lain...

arriza : jangan dicari selepas ini...sedar diri orang dah bosan..

No comments: