Friday, 20 June 2008

Harga Sebuah Kemaafan...

" selemah-lemah manusia adalah mereka yang tidak tahu dan tidak pernah mahu mengaku tentang kesilapan dan kesalahan sendiri...dari itu mereka sering berat seringkali tidak tahu untuk memohon kemaafan di atas setiap kesalahan mereka kerana yang sebenarnya mereka tidak pernah merasa bersalah..."

aku renung ayat di atas...mengapa jadi begitu ? ego ?..memaafkan memang mudah tetapi untuk melupakan ??...berapa harga sebuah kemaafan kalau ianya boleh dijual ?

maaf..itulah ungkapan yg terlalu mudah kita dengar jika sesuatu kesilapan berlaku...untuk mengucapkan mmg mudah jika ia merupakan satu kesilapan yg remeh... tetapi bagi satu kesalahan yg besar...jika di bawa ke mahkamah pun..belum ada pihak yg sanggup untuk mengaku salah tersebut...kerana apa ? kerana sifat manusia takut dihukum...bukanlah menjadi kesalahan untuk memaafkankannya..tetapi yg sering terjadi..adakah dia ikhlas memohon maaf ? adakah maaf tersebut hanya untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan ? atau maaf tersebut sekadar sandiwara untuk menutup pandangan terhadap apa yg berlaku ... pernah jua terjadi...apabila maaf sering diungkap...ianya seolah tidak mempunyai nilai...sampai ego datang menjelma buat penerima maaf..sebab maaf tersebut terlalu murah harga..tetapi bagi aku...pengirim maaf mungkin terlalu sayangkan perhubungan..biar dia saja yang mengalah...demi kebaikan bersama...manusia boleh bertindak luar biasa bila emosi dah menguasai diri...selalu bila kedua dua pihak ego...sukar untuk melafazkan maaf...itu yg sering menjurus rosaknya sebuah perhubungan...tetapi mcm aku tulis awal tu..untuk memaafkan memang mudah..tetapi untuk melupakan ??

sebab tu...sebelum mengucapkan sesuatu...berfikirlah dahulu..apakah kata-kata yang di ucapkan akan menyakiti seseorang ..jika rasa akan menyakitikan.. sebaiknya jangan pernah dilafazkan...berfikirlah dahulu.. apakah kata-kata yang akan dilafazkan setimpal dengan akibat yang akan diterima ??..kemudian dengan mudah memohon maaf dan minta dilupakan apa jua yg pernah keluar dari mulut....tidak semudah itu seseorang akan menerimanya... berbanding dgn apa yg telah dia rasa...

ntahlah...aku tulis ni..sebab aku melihat pada sekeliling aku...aku bicara pada diri melalui apa yg aku lihat...dan akhirnya kat sini lah coretkan...

aku renung sebuah hadis dan cerita mengenai Harga Sebuah Kemaafan ni...

"Sesiapa yang memohon maaf walaupun sebenarnya pihak yang satu lagi yang bersalah, InsyaAllah dia dijanjikan syurga"

Harga sebuah kemaafan

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi,lalu Anas bertanya :

"Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.

Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.

Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.

Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas Nabi kepada Anas.

Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."

Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.

"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.

" Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.

"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."
Jelas Tuhan.
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu.

" Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."

"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata:
"Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.

arriza : dendam kemaafan yang terindah....kita sedia memaafkan..tapi adakah ianya tak akan berulang ?...ermmm

1 comment:

a r e s said...

nice.. ak sgt ske isi2 kt post nih