Thursday 31 January 2008

sinar bertemu cahaya

semalam arwah loloq telah kembali ke Rahmatullah...antara lirik lagu arwah yang paling aku minat..sinar bertemu cahaya..nyanyian awie..lagu ni dari tahun lepas aku cari..tapi semalam baru dapat...hasil pencarian otai MP3 IG...thx dear ! sebenarnya aku mmg minat apa sahaja lirik hasil nukilan arwah..masa form 5..aku mmg fanatik NURBISA..NURBISA ni antara nick yg arwah guna selain loloq...



Mata yang berkaca
Jernih bagaikan cermin
Menggambarkan yang rahsia

Resah yang terpendam
Jauh di lubuk hati
Mendambakan pengertian

Cinta yang sebenar
Kunci pencapai maksud
Panji kasihku berkibar oh...

Jiwa yang cedera
Sudah bertaut luka
Bersemangat dan membara

Melunaskan impian
Doa serta perjuangan
Di penghujung kalimah
Tanpa huruf dan ayat
Sinar bertemu cahaya

Kasih memerlukan
Pengorbanan yang tulus
Tanda kesetiaan

Kasih memerlukan
Kekuatan dalaman
Baru padu dan teguh
(Cerah kemenangan)


aku cari youtube dia tak der...tapi bila dengar mmg sayu..

No comments: