pagi ni aku bangun..aku masih bermalas malas atas katil..semalam tido lewat..dah 3 malam tido lewat..ni lah padahnya ambil hotel ni..dah ibarat rumah kedua aku..ingat nak duduk kat town..last minute aku tukar..sebab aku nak senang..hotel ni dgn office yg aku nak buat keja ni tak sampai 2 k.m....pemalas punya arriza..tak mau penat sikit..padahal aku dah jemu duduk sini..tapi entah kenapa..aku masih gatal nak duduk sini jugak..kat sini kalau aku nak apa..angkat phone semua dapat..staff sini layan aku best..tu yg sebetulnya..semalam staff kat kuantan ni temankan aku sampai lewat malam..nasiblah kan..sesekali kena buat keja lebih sikit..
tadi masa aku lalu kat lobby..aku teringat peristiwa setahun yang lalu..setiap kali ingat peristiwa tu mesti aku senyum sorang..
setahun yang lalu..aku temankan bos aku..bukan big bos tapi bos no 3 (anak dia)..dia ada lawatan ke satu rumah kebajikan kanak kanak di sini..dia minta aku temankan dia untuk lawatan ni..padahal tak related langsung dgn bidang kerja aku..tapi dia cakap.." saya nak awak tengok berapa budget diperlukan kalau kita nak buka rumah kebajikan macam ni " sajer jer taww..nak aku ikut cakap jer..lagi nak suruh aku tengok budgetlah..yang sebenarnya..anak anak bos aku ni mengada-ngada taw..pegi mana mana suka org ikut montot dia..aku selalu jadi mangsa keadaan..
so..aku pun datanglah sehari awal..sebab lawatan tu pagi khamis..aku datang petang rabu..samalah anak bos aku ni pun..dia datang petang rabu gak..dia pesan kat aku esok pagi pukul 10 tunggu kat lobby..pergi sama sama dgn dia..
keesokan paginya..pukul 9.30 aku dah terpacak kat lobby tu..takkan bos tunggu aku..akulah kena tunggu dia..kadang angin dia tak betul..cakap pukul 10..tapi pukul 9.30 dah ada..tu yg aku tunjuk baik..tunggu dia awal setengah jam..kononnn ..masa aku tunggu tu ..aku nampak kat tangga lobby ada kereta rasmi tuanku (sultan p ni)..lepas tu penuh tentera laut berbaris kat situ..aku bayangkan alamak..sultan p ada kat sini ke..macam mana aku boleh tak tahu ni..aku nampak 2..3 org dari pejabat protokol..ok lah..aku tak per..aku buat bodoh jer tunggu bos aku ni kat tengah tengah lobby ni..di sisi aku ada sorang mamat pakai uniform navy..kami duduk bertentangan..orang semua tak der kat lobby tu..aku pun pelik..kenapa semua pakat bangun..aku dgn mamat ni jer yg berada duduk tengah tengah tu..kalau sultan nak turun..turun jerlah..takkan tak boleh nak duduk..mamat ni tengok aku..aku senyum kat dia sambil angkat kening..dia senyum kat aku..aku pun duduk silang kaki sambil main main pashmina yg aku pakai tu mengadap dia..dia pulak tengok jer aku tak buat apa..aku cakap dalam hati..bangun jerlah..orang semua sibuk berbaris dia rilex kat sini..tapi muka dia aku familiar..cuma tak perasan kat mana..masa tu aku rasa..banyak betul mata yg memandang aku..kiri kanan tengah tepi..dan yang pasti..semua staff kat hotel tu..tunduk beri hormat kat aku..semacam tau..aku dok kata..dorang ni mentang mentanglah orang besar nak turun..masa ni nak berlakon tunjuk baik..
jam dah 10.15..aku masih berdua dgn mamat ni..di sebabkan boring aku pun sms bos aku..kata aku dah ada kat situ dari 9.30..sekali bos aku reply..dia jawab " sultan s dah berangkat ke belum ..saya tunggu dia berangkat baru saya turun.." masa baca sms tu..aku tengok muka mamat depan aku ni...slow jer aku bangun..sambil senyum kat dia..aku terus jalan turun bawah tak tengok kiri kanan dah..masa tu aku nampak mamat dgn aku ni check perbarisan n then terus naik kereta rasmi dia yg baru sampai..rupanya dia sultan s....macam mana aku boleh tak perasan..nasib baik bukan sultan j..kalau tak mau aku kena lempang sbb tak hormat dia..
rupanya kereta yg ada depan tu..bos aku pinjam untuk kegunaan kami hari tu...aku cerita kat bos aku..aku duduk berdua dgn sultan s tadi..sbb aku ingat dia tentera laut mana ntah yg mengelat nak baris..ehehhe bos aku cakap.."lepas ni saya nak kenalkan awak dgn dia.." sajer jer nak buat naya kat aku..
tu lah..tiap kali lalu lobby ni mesti aku senyum sorang..teruk punya arriza..sure org ingat aku ni ala ala kavita kaur kut...aahhaha boleh main main mata lagi..
apa apa pun ampun tuanku..patik tak kenal tuanku..tapi tu lah..sproting dia..humble jer..tak pun mesti dia ingat aku ni pelancong asing dari india ke..myanmar ke..tu yg tak kenal dia..
No comments:
Post a Comment