Thursday, 24 February 2011

5 panorama...

1. seorang makcik datang menghampiri aku di meja makan.. lewat 50an mungkin.... "nak ...nak minta tolong sikit..boleh tak bagi derma...makcik nak bayar duit cukai tanah tak cukup.." aku kaget sebentar...cukai tanah ? patutkah kita hulurkan derma bagi membolehkan dia bayar cukai tanah ? sekurang-kurangnya dia punya tanah....dari orang lain yang tak punya apa...aku serba salah...aku hulurkan $1...dia membalas..." tak cukup...bagi lah lagi $5"...waduh....memang jadi tak ikhlas langsung nak tolong...selagi tak dihulur...selagi itu dia tidak berginjak...kemudian dia berlalu ke meja lain....

2. seoarang remaja lelaki jalan seperti tempang...datang menghampiri aku.." kak...saya nak balik rumah tak cukup tambang...boleh bagi $3 tak ?" sejurus aku hulur duit dia berlalu ke orang lain dengan ayat yang sama...

3. seorang lelaki mengesot disebuah pasar malam beralaskan kotak meminta sedekah dari orang yang lalu lalang...hampir setiap orang menghulur derma apabila tangan dia ditadah...tiba waktu lewat malam setelah peniaga pasar malam sibuk mengemas barang untuk pulang...lelaki tadi mengesot disebuah lorong yang kebetulan aku parkir kereta disitu..dia tegap berdiri menyalin baju dan seluar yang diguna sebagai peminta sedekah tadi kepada pakaian yang sempurna elok...tergamam aku melihatnya...beg yang digalas penuh dengan duit kutipan derma hasil pengunjung pasar malam tadi...sehingga waktu dia hendak membuka beg yang mengandungi duit tadi...hampir terkeluar duit kerana terlalu padat...tadi bukan main sakit menderita dia mengesot...kini gagah berdiri bersama pulangan hasil lakonan seketika....

4.seorang peminta sedekah buta (sekadar memejamkan mata) datang meminta derma disebuah medan selera...dipimpin oleh seorang yang celik...tiba-tiba sewaktu pengunjung hendak menderma...wallet yang dibuka terjatuh dan duit berterabur...sibuta tadi terkejut lalu tunduk kebawah sambil mengambil wallet dan mengutip duit yang berterabur tadi...hebat betul deria rasa sibuta ini... aku sekdar tersenyum melihat...

5.seorang lelaki tua datang menghampiri aku dihadapan stesen lrt masjid jamek...ketika itu jam pukul 11 pagi...memberita dia baru tiba dari gemas negeri sembilan...hendak melawat isteri yang sakit dihospital kuala lumpur...tetapi duit ditangan hanya tinggal $5 memandangkan teksi yang dinaiki kononnya mengenakan bayaran yang tinggi semasa hendak ke kuala lumpur...dan pakcik ni memberitahu kononnya teksi mencadangkan dia mengambil bas dari lebuh ampang berdekatan masjid jamek terus kehospital kuala lumpur. Pakcik ni pun mengadu dia seharian belum makan apa-apa dan wang hanya tinggal $5...dah lah nak tunggu isteri diwad... Aku pun teringat...yerlah orang-orang tua dikampung turun bandar mungkin bawa wang sekadar mencukupi...aku pun hulurlah sekadar yang mampu bersama simpati aku...pakcik ni tak henti mengucap syukur ditemukan orang seperti aku...kalau tidak tak tahulah apa nasib dia..(aku tulis seperti kata dia)...3 hari kemudian ketika aku hendak membeli makanan tengahari...aku melihat pakcik yang sama ditempat yang sama bersama cerita yang sama...ketika itu dia sedang meraih simpati bersama sekumpulan pekerja bank lebih kurang 4 orang dihadapan stesen lrt....masing-masing menghulurkan derma yang aku lihat mungkin agak lumayan buat pakcik ni...

5 panorama bersama cerita yang berbeza...tetapi semuanya mempunyai nawaitu yang sama....terdesak sangatkah hidup mereka sehingga perlu perilaku sedemikian ?

arriza : walaupun aku ni kepala batu...tapi hati bukan kristal....cuma adakala...ego mengatasi sesuatu...

3 comments:

Rin Ahmad said...

dorang lagi kaya dari kita yang makan gaji!

arriza said...

Rin...tu lah...rezeki cari mudah kan...tak payah byr tax lagi...ehehhee

Fashionable wife said...

sebab mcm ni la laki saya mmg suh kasi singgit jer kat diaorg nih. tapi saya ni selalu kesian dekat org, kena belajar keras hati sikit lepas nih