Thursday, 10 March 2011

antara alasan...

baru-baru ni kawan aku mengadu perihal bf dia yang dah couple dalam 4 tahun mungkin... dia jauh dgn bf dia kerana seorang diselatan dan seorang diutara...baru ni setelah sekian lama mereka tidak berhubung melalui phone...dia pun call lah bf dia untuk berbual...tapi tak sampai seminit berbual..bf dia memberi alasan mengantuk...disebabkan bosan...dia pun putuskan talian...padahal katanya dah hampir sekian lama tak dengar suara...sekadar bertanya khabar melalui email dan ym chat..tu pun amatlah jarang...

aku kata...kalau orang dah mula memberi alasan kepada kita...itu tandanya dia sudah tidak berminat...jika kita mahukan sesuatu...kita akan cari jalan...jika tidak...kita akan mencari alasan.....lihat sahaja diawal perkenalan dalam sebuah perhubungan....bukan main lagi...cakap telefon sampai merah telinga pun tidak mengapa...sekarang belum sampai seminit dah mengantuk...ahahhaha...

dengan aku mudah jer...buat apa hendak membazirkan masa untuk perhubungan sedemikian? kalau betul-betul ikhlas...seseorang itu sentiasa prihatin dengan kita...setiap saat kita sentiasa diingatan...bukan perlu tunggu ada hal baru nak berhubung...baru berkawan dah sebegini...kalau kahwin macam mana agaknya ? kawan aku kata...alasan bf dia...banyak perkara lain yang hendak difikir dari memikirkan perhubungan mereka sahaja...aku balas...dan akhirnya ko jadi penunggu tua menunggu jantan yang tak pasti ?

aku sendiri bosan apabila orang memberi alasan demi alasan untuk sesuatu perkara...baik dalam kerja sekali pun...kalau banyak sangat alasan...dah...tak payah buat...biar aku jer yang buat...sebabnya...aku meluat aka menyampah dengan spesis sebegini...

pernah terjadi kat kawan aku....dia memberi pinjaman kepada seorang kawan dengan jumlah yang agak banyak...dan syarat yang dikenakan sepanjang tempoh pinjaman...500 sebulan seperti yang diminta oleh kawannya mengikut kemampuan dan dia pula minta serta sediakan hadiah harijadi atau ole-ole hariraya sebagai interest....ehhehehe...aku pun tak penah dengar syarat macam ni...tetapi setelah hampir setahun setengah berlalu...jangankan hadiah...hutang pun masih banyak berbaki...hanya sempat bayar 2 kali sahaja kut...alasan yang diberi oleh kawan dia...pokai...nak beli hadiah pun tak mampu...logik ke ? ko dah hutang orang...kemudian bagi alasan pokai memanjang...kalau nak seribu daya...hadiah tak semestinya mahal...memandangkan kawan aku kata dia tak demand apa-apa pun...cukup sekadar hadiah sebagai ingatan....tapi haram satu apa pun dia tak terima....aku kata...kawan aku ni mungkin lembut sangat...hutang bank pun 2 bulan tak bayar interest dok naik...ni dah hampir setahun setengah...dia menanti hadiah yang masih tak kunjung tiba...

itu lah perangai manusia...alasan demi alasan...bila orang berbudi...diambilnya kesempatan...bagi betis nak peha...lagi ? bagi nasi nak nasi beriani...ehhehehe
layanlah lagu toki ni...lagi best...ahaks


arriza: apasal aku sibuk hal orang erkkk...??

No comments: