Friday, 8 January 2010
chess dibumi malaya...
baru ni aku terbaca MSSM menggugurkan sukan catur untuk kejohanan tahunan majlis sukan sekolah sekolah malaysia..satu perkara yang bagi aku cukup menggambarkan betapa dungunya orang yang buat kerja kat kementerian yang berkenaan...
aku cukup pelik..catur...sukan yang cukup murah kos dia...tetapi boleh dianaktirikan oleh kerajaan malaysia...mana pergi Tan Sri Ramli Ngah Talib selaku presiden catur malaysia ni...sukan yang tidak memerlukan belanja yang mahal..tetapi cukup mencabar minda...kenapa mesti digugurkan awal awal lagi penyertaan dia diperingkat sekolah....sedangkan sekarang kita boleh lihat penglibatan murid peringkat sekolah begitu membanggakan..mengapa perlu disekat kemaraan anak anak muda yang minda sedang segar untuk dijana bagi permainan catur ni...
amat memalukan..malaysia negara yang jauh lebih maju ke depan berbanding Iran...Iraq...Afghanistan..Palestin yang sedang bergolak dengan peperangan mampu melahirkan GM (Grand Master)...tetapi malaysia...satu GM pun tak lahir kan lagi...punyalah tandus malaysia nak melahirkan seorang grand master....tak ada siapa ke yang perasan benda ni ?...
Malaysia ni sanggup berhabis untuk ambil jurulatih import latih pasukan bola lah..badminton lah... tapi untuk chess apa yg kita lihat....? tak malu ke bila check rating pemain catur kat FIDE tu...senarai pemain malaysia nun jauh kebawah...tambah sekarang nak check rating kt situ pun susah..khabarnya yuran tak bayar ke...tak ada yang prihatin ke apa aku tak pasti...yang pasti catur akan jadi sukan terpinggir....siapa rajin gi lah jenguk kat sini tengok...berapa usia dan dari negara mana yang ramai melahirkan pemain catur ?
http://ratings.fide.com/top
sedangkan kita...kononnya pepatah melayu berbunyi..melentur buluh biar dari rebung...tapi ni baru peringkat rebung dah kena masak lemak cili api...ehehehe...
aku harap nama nama besar dalam bidang catur ni seperti Mashafizul...Nicholas Chan...tak tenggelam mcm tu jer...sekarang ni pun kalau buat kaji selidik..sebut nama pemain catur yg ada kt sini dikalangan 10 orang rakyat Malaysia...9 daripada mereka mungkin tanya balik...siapa tu ? percaya atau tidak ?
kita tengoklah sejauh mana kerajaan prihatin dan ikhlas untuk memartabatkan catur malaysia dimata dunia...kesian kat kelab kelab yang ada...terpinggir..
arriza: sib baik dah pencen layan chess...kalau tak kesian kat aku gak...kena ikut abg aku migrate kat rusia gamaknya....ahaks...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apa yang perlu kita pertahankan chess hanya permainan untuk kaum yang sering menindas agama kita
Post a Comment