Friday, 14 August 2009
checkmate
Aku selalu baca..orang selalu tulis..hidup ini satu percaturan…kadang aku pelik..kenapa mesti CATUR ?...apa kaitan catur dgn hidup…catur ni permainan…dimana kita berlawan untuk mempertahankan raja..askar dan menteri berjuang habis habisan untuk selamatkan raja dari dicheckmate…..
Sedangkan hidup…kita berjuang habis habisan...sendirian…tak der saper nak tolong selamatkan kita melainkan diri kita sendiri…(ko ingat ko raja nak ada orang jaga ??)..so aku anggap…ayat hidup satu percaturan tu tak boleh pakai…definisi catur walaupun ditambah imbuhan per dan an masih berbeza buat aku..
Sebut pasal catur ni…sedari kecil aku didedahkan dgn permainan chess ni…seawal umur 4 tahun..aku asyik tengok abang sulung dgn abang no 2 aku main chess…bila aku kata nk join sekali…abang sulung selalu cakap…budak kecil tak boleh main chess…aku tanya kenapa tak boleh…dia jawab…sebab chess ni susah..nak kena pikir…aku kata..aku boleh pikir…ajarlah aku…abang sulung kata…budak kecil pikir tak sama dengan orang besar…dengar macam tu..aku tak puas hati…aku suruh arwah ma ajar…arwah ma pulak cakap…manalah ma pandai main chess…yang ma tahu..kuda jalan L…queen jalan bebas…yg lain ma belum belajar lagi…ma kata..kita main dam jer lah…lagi senang…aku tak puas hati…aku pujuk abang no 2 suruh ajar aku main chess…abang no 2 kesian tengok aku beriya nak main chess..dia pun kata ok…
Bermula dari waktu itu..umur aku 4 tahun aku dah terdedah dgn permainan catur ni…masa mula mula aku main dgn abg no 2 aku…memanjang aku menang…sengaja dia bagi aku menang…sebab dia malas nak layan aku main lama lama kut….bila dia pergi sekolah..aku ajar ma main pulak…akhirnya masuk sekolah rendah..aku wakil sekolah untuk permainan chess sampai peringkat negeri…abang sulung pun sampai jadi jurulatih chess…memang chess ni sinonim buat kami satu family…
Yang aku ingat…masa aku kecil…aku cukup cemburu tengok abang abg lawan chess dgn baba.. aku sekadar memerhati jer… naik sekolah menengah…chess jugak lah yg jadi penghubung aku dgn puppy love aku…balik jer sekolah..kami lepak kat library lawan chess…bila dah remaja…cinta beralih arah…tersangkut dgn mamat sorang ni pun melalui chess jugak…ntah…aku rasa lelaki yg terror main chess ni smart thinking…huhuhu…sampai lah kini…chess jugak yg jadi penyebab aku tersangkut untuk beberapa perkara….
Baru ni angin aku…bila chess kristal yg aku jadikan perhiasan kat meja bali pecah sebiji… budak yg bagi pecah ni jenis selamber jer…tak rasa bersalah langsung…Cuma sebut…sorry..pecah satu…hampehhh…
Masa aku tulis ni…berita permergian ustaz asri rabbani sedang kedengaran…zaman remaja aku..aku membesar dengan lagu lagu nasyid ustaz asri..bermula dari Nada Murni lagi aku mengikuti perjalanan nasyid ustaz asri…teringat masa kat kolej..bila time nak balik rumah…kena menapak kat bus stop..tunggu bas mini nak sampai dari lembah pantai ke chow kit… dalam masa dok tunggu tu..lalu lah pemuda belasan tahun…berjubah hijau pekat or hitam…berserban…kadang kadang kanak kanak…sambil memegang majalah terbitan Al-Alqam…dan beberapa barangan keluaran Al-Alqam…aku pun tak pernah lepaskan peluang..memang sentiasa beli majalah dia…aku suka baca...termasuklah kaset nasyid Nada Murni ni…mmg aku tak pernah miss beli…lagu lagu yg dialunkan oleh ustaz asri mmg menusuk jiwa…hari ni aku dengar lagu arwah dari album pertama Nada Murni…pondok kecil…selimut putih…ibu mithali..zikir munajat…sayu jer rasa…sampai yg terkini Rabbani berduet dgn amy search untuk lagu mentari merah diufuk timur…pun terasa sangat… Kelunakan suara arwah..lembut jer..mmg tiada saper yg dapat menandingi…Al-Fatihah buat arwah…
Apa yg pasti..pergi tak kembali….teringat kata kata dari mulut ma sehari belum pergi…”ma kalau nak meninggal biarlah ikut umur nabi…sekitar 60 an…ni baru 47..rasa muda lagi kalau nak meninggal pun...tapi hati rasa sayu…umpama hendak berjalan jauh…”…kalaulah aku tahu esok tu adalah hari terakhir ma…dah tentu aku berjaga setiap saat.. biarkan ma meninggal dalam pangkuan aku….
Bila aku terbaca arwah yasmin ahmad meninggal…cerita dari ibu arwah mengenai kebaikan arwah terhadap ibunya…airmata aku mengalir laju…kerana apa yg arwah lakukan buat ibu dia..itulah yg berlaku terhadap aku dan ma…setiap hari paling kurang 3 kali ma akan called aku…tanya dah sampai office ke belum…tengahari tanya makan apa..pukul 5 tanya nak balik pukul berapa…bila aku tinggal asing..sabtu ahad jangan citerlah…berpuluh kali called selagi aku tak muncul kat rumah ma…bila ma pergi..semua itu hilang..tiada lagi panggilan telefon buat aku…tiada siapa lagi yang akan berbual dgn aku panjang lebar mengambil tahu mengenai kegiatan harian aku… kadang pukul 2..3 ma akan call semata mata nak bercerita mengenai apa yg ma tonton di tv…hanya kami berdua perempuan dalam keluarga ini…aku bukan sekadar seorang anak..tapi aku ibarat kawan buat ma… ma boleh meluahkan apa sahaja masalah dia kat aku….dan sehingga saat ini aku masih terasa kehilangan yang tidak berpantai…
Tak mampu nak coret lebih lagi…hanya orang yang rasa akan memahami….bagi yang tidak pernah melalui ini semua…apa yg aku boleh cakap…setakat bercakap..semua org boleh…
Arriza : mati adalah pasti..hidup InsyaAllah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apa yg dimaksudkan catur kat situ bukan chess la PB. percaturan tu kira mcm satu cabaran/pertandingan. kene bukak kamus dewan. uhuhuh
Post a Comment