" kesilapan serupa..tak kan ku ulangi...cukuplah sekali menyakiti mu.."
itu antara bait bait lagu nyanyian Jay Jay - Cukuplah Sekali...
tapi entah kenapa setiap kali aku ungkap perkataan silap ni..aku selalu terfikir.. setiap kali aku melakukan kesilapan..setiap kali aku mencetus kemarahan seseorang..aku selalu cakap cukuplah sekali...lepas ni tak nak buat dah..mcm lagu jay jay tu.. TETAPI dalam kita cuba membaiki keadaan..selalu yang terjadi kat aku..sebaliknya..aku semakin buat SILAP..semakin banyak kesalahan yg TERKELUAR..dalam kita mencuba menciptakan kesempurnaan tu terlalu payah sebenarnya hendak mendapat kesempurnaan tersebut..dan apa yg pasti .. ianya hanya mengeruhkan lagi keadaan... itu yg aku alami... ingin memberi yg terbaik..tetapi hasilnya mengecewakan..
orang selalu kata belajar dari kesilapan .. semakin kita belajar dari kesilapan tersebut..semakin terkeluar perkara perkara yg tidak diingini..terkupas dan terhurai segala salah dan silap...tetapi adakah ianya semakin memulihkan keadaan ? mungkin ya..mungkin tidak..mungkin semakin bertambah elok..atau semakin bertambah keruh...
arriza : salah dan silap memang boleh dimaafkan..tetapi kita boleh pastikan ianya tidak akan berulang ??
coretan pagi jumaat..selepas bangun tido lewat..gara gara layan casino sampai pukul 4.30 pagi...
2 comments:
Kemaafan itu sukar untuk ditatang, tetapi yang jelas... ia terlalu mudah untuk berulang. Berapakah harga sebuah kemaafan yang sebenarnya andai meminta maaf itu semudah untuk melukakan??
Setiap hari dalam kehidupan kita, kita melalui proses pembelajaran. Belajar mengenali diri sendiri, belajar mengenali orang sekeliling, belajar menghargai ruang dan peluang.
Setiap kesalahan yang tercipta memberi peluang untuk kita memperbaiki diri.
Macam Ajipp, bila buat salah... Ajipp sentiasa mengaku. Tapi tak semestinya Ajipp mengaku depan orang. Kadang-kadang Ajipp mengaku sendiri dalam hati... "...owhh... aku dah buat salah... aku kena perbaiki...". Ajipp rasa tu lebih baik dari dah buat salah, lepas tu cari pula salah orang lain untuk menutup salah sendiri. Biasalah tu, masing-masing ada ego masing-masing.
Hari ni, Ajipp buat salah lagi. Ajipp dah janji dengan orang tu, kesilapan serupa takkan berulang kembali. Takkan sesekali. Ajipp tahu, dah banyak kali Ajipp janji benda yang serupa. Tapi kali ni, Ajipp akan pastikan ianya betul.
Dalam hidup kita, kita sentiasa mahukan yang terbaik... lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayang. Tapi adakalanya juga... semakin kita mencuba untuk berikan yang terbaik, semakin buruk pula jadinya. Tu semua diluar kemampuan dan kemahuan kita sebenarnya.
Apa pun buat insan yang Ajipp kasihi, segala apa yang telah berlaku itu sebenarnya mendekatkan lagi hati kita. Itu pengajaran yang Ajipp nampak dari apa yang telah terjadi... (kuii kuii kuii...)
Dari satu bahagian yang lain, 2, 3 menjak ni ramai pula yang datang meminta maaf kepada Ajipp atas salah dan silap mereka. Ajipp fikirkan mereka dah betul-betul sedar atas kesilapan mereka. Tapi selang beberapa hari kemudiannya, belum sempat untuk Ajipp memaaf dan melupakan apa yang telah berlaku antara kami selama ini, sesuatu yang Ajipp tak ingin untuk terjadi tercetus lagi. Lama kelamaan benda ni semua buat Ajipp berfikir, apa perlunya mereka memohon maaf sekiranya tak mampu untuk perbaiki... dan apa perlunya untuk Ajipp memaafkan andai ianya tak membawa perubahan apa-apa.
"Sedangkan Nabi sendiri mengampunkan umatnya... inikan pula sesama manusia."
Itu betul. Tiada siapa yang dapat menyangkal kenyataan itu. Tapi kita ini cuma manusia biasa... tak dapat dijangka apa yang ada dalam hati sesama kita.
Maafkan Ajipp, wahai kak Wiet... panjang pulak Ajipp merapu kat ruang komen kak Wiet malam ini.
ajipp sayang...kak wiet dah silap letak email kat blog ajipp..akhirnya..akak sendiri tak dapat panjat itu pagar...ehehhehe
Post a Comment