susah sangat ke nak buat orang tersenyum ? aku tak faham..ada masa kita terlalu berhati hati menjaga hati dan perasaan orang..tetapi di waktu yg sama hati dan perasaan kita terluka.kita cuba untuk membuat orang tersenyum..sedangkan kita merintih..kita cuba hendak membahagiakan orang tetapi hakikatnya..manusia tidak pernah puas..ada masa tidak bersyukur dgn apa yg ada di depan mata..yang menatang bagaikan minyak yang penuh tak dihargai..ada ketika tak ubah nasib seperti sampah..dicampak masuk tong bila tidak diperlukan..diri tak ubah seperti jambatan..sampai ke seberang..kita ditinggalkan..
kecewa ? pasti..
bohong jika aku masih tersenyum..hati didalam tiada siapa yang bisa menafsirkan..sekuat mana pun hati..sampai masa terluka juga..walaupun tidak menjadi kudis..tetapi tetap meninggalkan parut..
kalau di depan bahagia yg menanti mengapa perlu bertahan pada sesuatu yg tidak pasti ? entahlah..
bila sesuatu tidak dihargai..hati akan jadi letih..
letih..mengapa susah sangat nak menghargai ? semasa ada ni hargailah aku..kalau hati bisa luahkan bicara..kadang aku terfikir..kalau kita boleh berikan yang terbaik untuk orang..mengapa orang tidak boleh buat sedemikian untuk kita ? mungkin org lain tak boleh jadi kita..tetapi susah sangat ke nak cuba jadi yang terbaik ? memang tiada manusia yang sempurna..tetapi cukup kalau kita bisa buat orang tersenyum..jika kita tidak mampu beri kegembiraan untuk dia..janganlah kita cuba menambahkan kesedihan dia lagi...
mengalah bukan kalah..pergiku bukan lari..bukan mudah jika pengertian tak setaraf menagih korban yang lebih dalam..kadang kala pedih ini mencabarku melupakan semua..
No comments:
Post a Comment