Thursday, 3 January 2013

PALESTIN AKU DATANG - part 3



Keesokan harinya..setelah penat melepaskan lelah semalam selesai sarapan pagi iaitu roti bersama Hummus, aku berjalan-jalan di tepi pantai yang terletak di belakang hotel kami menginap. Pantai ini merupakan kawasan nelayan menangkap ikan.Di pantai ini, nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan sejauh 6 batu nautika.Melelbihi jarak itu nelayan akan di tembak oleh tentera Israel. Bayangkan di kawasan yang agak sempit,sampan dan bot-bot nelayan begitu padat antara sama lain.Sekarang musim sejuk jadi hasil tangkapan agak memberangsangkan.Tetapi bila tiba musim panas hanya anak-anak ikan sahaja yang mampu.

Dapat dilihat anak-anak nelayan ini begitu berdikari.Ada batu di tendang batu.Ada tangga dimainnya tangga itu.Ketika ini aku berbual bersama kanak-kanak Palestin ini.Mereka mudah mesra.Ada yang menanya kepada aku, Malaysia tu jauh tak ? Aku jawab jauh ,20 jam baru sampai.Anak tadi terdiam sambil memikirkan sesuatu.Aku tanya mengapa.Dia berkata, kalau selepas ini aku datang kembali dia mahu memesan sebiji bola untuk di main bersama rakan-rakan. Jawapan itu buat aku tersentuh.  Sebiji bola d main beramai-ramai hampir 30 orang.Terbayang anak-anak di Malaysia, sebiji bola di longkang, sebiji lagi di bawah kereta.Bola di merata-rata.Tak pun anak-anak bumi Malaya di tangan berkepit bersama psp, ipad, tab dan bermacam gadget lain.Tetapi anak-anak Palestin tiada itu semua.Mereka mampu ketawa bersama-sama.

Selesai jalan di pantai, aku kembali ke hotel.Rombongan kami akan di bawa ke Masjid Palestin untuk solat jumaat.Kaum wanita turut serta solat jumaat.Di sini kita dapat melihat bagaimana anak-anak kecil dari usia 2 tahun telah di ajar ke masjid.Yang paling mengagumkan aku, seorang kakak berusia 5 tahun memimpin adik kecil berusia 2 tahun ke masjid tanpa ada orang tua bersamanya.MasyaAllah bagaimana amannya bumi Palestin ini.Anak kecil bebas kesana ke mari tanpa perlu si ibu gusar.Hanya serangan bedilan laknat dari yahudi yang cukup menakutkan mereka.Tetapi dari segi lain, tiada jenayah,tiada maksiat di bumi ini.

Anak-anak Palestin cukup berbudi bahasa,lemah lembut.Dalam masjid dapat di lihat bagaimana kusyuknya mereka menghayati khutbah.Waktu itu khutbah dibaca oleh seorang Menteri sempena meraikan rombongan kami.Berkali disebut penghargaan kepada kami atas kunjungan dari jauh ini.

Selesai solat, kelihatan peniaga menjual buah, manisan dan kacang di luar masjid.Tetapi waktu aku mahu membayarnya, peniaga tersebut menolak bayaran.Katanya aku tetamu Allah.Tetamu perlu dirai, rezeki dia Allah akan beri lain.Dia memberi hasil jualan dia secara percuma kepada aku.Ya Allah, hebatnya penduduk bumi ini.Di saat mereka sendiri memerlukan belanja tetapi dia sendiri sedekah sahaja hasil jualannya kepada aku.Bukan aku seorang sahaja yang di beri percuma tetapi begitu juga dengan rakan-rakan lain.Rakan-rakan rombongan aku berkata, sebaik sahaja mendengar kami dari Malaysia terus dia membahagikan hasil jualannya.

kemudian kami dibawa ke rumah yang telah dibom oleh Israel.Aku antara orang terawal tiba di situ.Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menanti bersama rakan-rakan yang lain.Aku disambut oleh jiran kanak-kanak tersebut.Dia menangis memeluk aku.Ketika itu rombongan yang lain sibuk melawat tapak rumah yang musnah dibom.Jiran tersebut menceritakan dengan tangisan penuh esakan dalam bahasa arab kepada aku tetapi aku tak faham.Tidak lama kemudian ahli rombongan Amie Sofia dari TV Al Hijrah yang merupakan juara program Soleha tiba.Amie fasih berbahasa arab dia terjemahkan setiap butir yang keluar dari mulut wanita itu. Rupanya kanak-kanak lelaki itu telah kehilangan 14 ahli keluarga dia dalam serangan baru-baru ini. 4 adiknya meninggal di depan mata dia.Turut terkorban ibu, datuk, nenek, makcik, pakcik dan sepupu beliau.Bangunan yang menempatkan mereka sekeluarga musnah dibom.Anak kecil ini trauma hampir 4 hari tidak boleh bercakap, kerana ketika itu dia sedang bermain bersama adik-adiknya.Aku memeluk erat adik ini. Sayu yang teramat sangat. Hanya dia bersama bapanya sahaja yang tinggal.
 Gambar ehsan dari Shahrina Ahmad Shakawi ahli rombongan yang turut serta. Si ibu sedang memasak untuk juadah malam ketika rumah mereka dibedil. Ya Allah..kejamnya yahudi.Anak-anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan mereka.Aku melihat pinggan kanak-kanak yang retak.Terbayang ketika itu anak kecil ini sedang makan pinggan ditangan.

Ketika itu, tiada yang mampu berkata apa.Dapat di lihat mata masing-masing berair.Baik lelaki mahupun perempuan.Semua kelu.Aku yang sempat memeluk adik Jaluo, satu-satunya anak Al-Dalou yang tinggal.Aku  hulurkan sedikit wang kepada dia.Dia seboleh-bolehnya menolak pemberian aku.Aku berkata buat beli gula-gula.Dia menggelengkan kepala.Ya Allah, sekali lagi aku di uji.Anak sekecil ini menolak pemberian aku di saat orang lain sibuk mengejar wang.Aku selitkan juga di dalam poket seluar yang dipakai.Ketika ini bukan aku sahaja mengalami nasib yang serupa.Rakan lain turut mengeluh kerana ketika mereka mahu memberi sumbangan jiran-jiran yang menjaga adik ini semuanya menolak pemberian tersebut.

Mereka tidak meminta-minta.Walaupun diberi mereka menolak.Duit tidak memberi sebarang makna buat mereka.Tambahan pula apa yang mereka ada telah musnah dan mereka kehilangan segala.Syukurlah kita yang masih punya kehidupan yang sempurna di bumi bertuah ini..

bersambung...

3 comments:

plug2pin said...

sedihnya...baca citer akak pun dh rs sebak..apatah korang yg pi sana, lihat sendiri keadaan kat sana

miss Zue said...

Nk tya sis...camne nk g sana jd sukarelawan mcm sis...sis under ngo ke..brapa perbelanjaan yg kite kne tnggung sndiri nk ke sana....teringin sngat nk kesana...

Unknown said...



A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

LOAN APPLICATION FORM.

(1)Full Name:
(2)Country:
(3)State:
(4)Address:
(5)Sex:
(6)Occupation:
(7)Amount needed:
(8)Loan duration:
(9)Loan purpose:
(10)Telephone

Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)