Aku tak tahu bagaimana aku boleh terfikir untuk menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 sebaik sahaja aku terbaca iklan dia di Facebook.Sebenarnya aku didedahkan mengenai Palestin sedari kecil.Arwah Mak selalu menceritakan jahatnya Israel terhadap bumi dan penduduk Palestin.Aku sering diberitahu bagaimana tanah Palestin dirampas oleh Israel.Masa itu usia aku masih anak-anak kecil.Terlalu mentah untuk mengetahui masalah Palestin.Tetapi melalui mak cerita-cerita Palestin kepada aku dan abang-abang membuat kami buka mata bahawa ada orang yang lebih menderita.Mak mengajar kami supaya memahami erti syukur dengan menyedarkan kami betapa kita bertuah duduk di bumi yang aman tiada peperangan.
Pada usia aku 8 tahun..aku melihat Allahyarham Zubir Ali menyanyikan lagu Balada Seorang Anak Kecil yang mengisahkan penderitaan kanak-kanak Palestin.Dari situ aku semakin berminat terhadap Palestin.Aku sentiasa mengikuti perkembangan Palestin dari semasa ke semasa.Sehingga aku tamat sekolah menengah aku mendaftar menjadi sukarelawan untuk kerja kerja amal Palestin. Sehinggalah tarikh 6 Dis 2012 aku akhirnya menjejakkan kaki di bumi Palestin.
5 dis 2012 aku dan rombongan berlepas dari KLIA.Rombongan kami seramai 120 orang yang terdiri dari pelbagai golongan.Yang paling muda berusia 18 tahun dan yang paling emas nenek berusia 78 tahun.
Bersama aku ada artis,peguam,arkitek,doktor,wartawan,jurutera,pelajar dan pelbagai golongan lagi.Ada juga wakil rakyat dari PKR,Pas dan Umno. Tetapi semua bersatu atas nama Palestin.Rombongan kami terbahagi kepada 2, satu menaiki Egypt Air dan satu lagi menaiki Ettihad. Aku menaiki Ettihad. Ettihad transit di Abu Dhabi manakala Egypt Air transit di Bangkok. Semua menghala ke Kaherah.
6 dis 2012 kami tiba di Kaherah lebih kurang pukul 4.30 pagi.Perbazaan waktu Malaysia 6 jam awal daripada Mesir.Waktu mesir dan Palestin adalah sama.Melalui Kaherah kami terus menuju ke Rafah yang merupakan sempadan Mesir-Palestin.Perjalanan dari Kaherah ke Rafah mengambil masa 8 jam masa datang.Selalunya kami diberitahu antara 8-14 jam.Ini kerana kita terpaksa melalui 14 check point.Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah kerana setiap check point semasa datang lebih kurang 5 minit sahaja. Biasanya sebelum ini hampir 1 ke 2 jam.Misi Solidariti Gaza 2012 (MSG2012) telah mendapat kerjasama yang baik dengan polis dan tentera Mesir.Rombongan kami melalui ke semua check point ini di iringi kereta kebal dan polis pengiring.Polis pengiring dan tentera lengkap bersenjata di atas bas kami.Betapa keselamatan kami dijaga.
Akan bersambung part 2..
No comments:
Post a Comment