Monday, 14 March 2011

hanya diradio....

aku kadang pelik dgn stesen radio yang ada kat malaysia ni...lately ni dah macam satu fenomeno pulak apabila masing-masing berlumba-lumba mengambil golongan artis atau pelawak menjadi penyampai radio...adakah tugas penyampai radio itu sama seperti seorang pelawak ? sekadar merapu apabila ke udara di radio dan membuat lawak yang kadang kala bodoh untuk pendengar....dengan itu timbullah watak-watak mak neng lah...abg jem lah...honestly...aku rimas bila buka radio dengar suara-suara sebegini keudara...tu pun ada jugak pendengar melayan....memanglah lain orang lain citarasanya....tapi tak ke rasa pendengar seolah diperbodohkan ? atau aku je yang rasa?

teringat zaman sekolah dulu...masa tu nama seperti Ainul Jamal Zainal...Noramin...Zainal Din Zainal...Ismahalil Hamzah adalah deejay yang aku tunggu-tunggu setiap kali mereka bersiaran...arwah ma kalau masak kat dapur mesti suruh aku buka radio malaysia kuala lumpur semata-mata nak dengar celoteh noramin dgn zainaldin zainal...cukup menghiburkan hati...masa tu deejay bertugas seorang diri tak perlu berpasangan pun boleh menghiburkan pendengar...apa yang disampaikan aku rasa berbeza dengan penyampaian zaman sekarang...

tak boleh ke stesen radio yang ada sekarang terus mencari deejay berbakat lagi menghiburkan seperti khairil rashid...kieran....najman...faizal ismail...fafau....lindo onn...abby fana...(sekadar menyebut beberapa nama) sememangnya itu bidang mereka....hentikanlah mengambil deejay-deejay yang bukan bidang mereka....hasilnya ntah apa apa....dulu aku suka jugak dengar pak nil...tetapi kebelakangan ni bila dengar suara paknil...aku rasa terlalu riuh dan menyemak kepala otak aku nk layan era dah...mengapa perlu terjerit jerit....dah lah kita memandu nak kepejabat kadang kala tu...dengan keadaan lalu lintas yang sesak...buka radio sakit kepala dengar suara suara sumbang dok terkinja kinja....mak neng lah...apa lah...

mengimbau zaman sekolah menangah dulu...kawan sebelah aku...suka betul jadi deejay bila cikgu lambat masuk kelas...habis SPM aku suruh minta jadi deejay....dia kata nak kelulusan sekurang-kurangnya mass communication...sekarang ni...aku rasa pak lawak yang jadi deejay ni SPM tak lulus pun ada....sorrylah...bagi aku...bila ambil mereka taraf pendidikan tak setimpal dengan apa yang mereka buat....maka hasilnya...tu yang jadi merapu dan ntah apa-apa...pendengar call pun jadi bahan lawak untuk dipersendakan....sorilah....tengok masa dan topik lah kalau nak melawak pun...

masa aku dikedah dulu...hanya radio pengubat bosan kami diasrama...dan radio alor star time tu deejay kegemaran aku...azarudin aziz ke apa nama..aku lupa dah...dah lama...tapi yang paling best radio sempadan siam...deejay Pak Mei...pak mei ni suka pasang lagu rock kapak yang tengah femes time tu...yang tak best radio siam ni bila hujan sama macam astro....mula lah bunyi sumbang dan susah nak dapat siaran....aku memang pengikut setia pak mei ni....ehhehehe...balik KL...haram sorang pun tak tahu kewujudan pak mei ni....hanya aku dan kawan-kawan dikedah je yang tahu...dan aku bayangkan pak mei ni seorang tua yang rock...sembang dia memang gaya orang tua...tapi memang best...dia bertutur didalam loghat kelantan....dan kawan aku yang bercita-cita nak jadi deejay tu amatlah suka meniru gaya dia....

kerjaya deejay ni aku rasa satu bidang yang cukup glamour buat masa sekarang....sebut nama stesen radio....nama deejay...siap ada website dan blog masing-masing untuk kita ikuti perkembangan mereka....dari situ boleh tengok deejay fevret kita...teringat masa aku remaja sekolah-sekolah dulu...aku menang kuiz RMKL...hadiah dia berupakan tiket concert gloria estefan untuk 2 org...masa tu gloria estefan datang malaysia buat show...so happynya aku dapat tiket...VIP seat lagi...dalam $400 kut harga satu tiket VIP masa tu...deejay ni telefon aku suruh datang ambil hadiah di konti RMKL...aku punyalah teruja...sebab deejay ni pun antara deejay yang terkenal masa tu...sebaris dgn deejay RMKL yang lain seperti noramin dan zainaldin zainal...seronoknya dapat jumpa deejay tersebut...selama ni hanya suara jer yang kedengaran....muka dia tak pernah langsung aku jumpa dimana-mana akhbar atau majalah time tu berbanding deejay lain yang terkenal....mula aku suruh dia pos jer hadiah tu...tapi dia kata dia dah siapkan berberapa hadiah sampingan seperti barangan keluaran pepsi yang akan dijual time konsert tu...konsert tu anjuran pepsi...jadi aku pun pergilah ke angkasapuri...setelah dapat pas masuk ke stesen RMKL...aku pun bagitahulah nak jumpa deejay berkenaan...bertemankan abang aku masa tu yang jadi driver aku...maka bertemulah aku deejay yang selama ini aku dengar suara sahaja...seorang lelaki pendek...agak gempal dan berkepala botak tengah....dia menyapa aku lembut....suara masih sama seperti radio...romantis bila dengar dia keudara....kini dia dihadapan aku...selepas ambil hadiah..dia ajak aku minum-minum dikantin...tapi aku mengelak bagi jawapan...aku nak cepat memandangkan abang tunggu dikereta...jadi tamatlah pertemuan setakat itu....dan selepas itu apabila dengar dia keudara...aku terus tukar siaran lain....ehehehehe...ada jugak dia call aku 2..3 kali selepas tu ajak jumpa...macam-macam alasan aku bagi...sebabnya....kalau dia yang muncul time tu seperti khairil rashid ke...dah tentu aku available...ehehehehe...see...berbezanya kecanggihan teknologi zaman sekarang....nak tengok muka orang...google jer...jumpa wajah yang dicari....

aku juga pernah dibayar sebanyak $120 kerana bersiaran selama 1 jam diradio 3 shah alam..masa tu aku form 5...aku menang pertandingan menulis sajak peringkat negeri selangor...dan aku dihantar untuk menyertai program remaja segmen "wajah-wajah harapan"...konon wajah aku ni harapan negara lah kut time tu....hasilnya...aku dapat banyak surat untuk berkenalan terutamanya dari abang abang tentera yang kesunyian...ahahahaha...maaf yer bro....itulah pengalaman pertama aku masuk konti dan keudara secara langsung diradio...(dan mungkin yang terakhir...ehehehhe)

itulah antara nostalgia aku dengan radio...kalau dengar lagu juruhebah pujaanku nyanyian norliza yusof (juara bintang RTM tahun berapa aku dh lupa ) dgn lagu headwind...hanya diradio...sememangnya buat aku tersenyum sorang.....

kita boleh memilih antara deejay yang berkualiti dan deejay yang merapu umpama tin kosong...pendengar yang menentukan...sebuah stesen radio yang berjaya mencatatkan rating yang tinggi pun tak guna jugak kalau tak mampu menjana minda pendengar sekadar mengejar keuntungan dari syarikat iklan....celoteh seminit...iklan 15 minit....

arriza: suka dengar suara kak yong....

No comments: