lama aku tak memblogkan diri di sini...kebizian aku membuat aku terleka seketika dalam melayani perasaan bicara buat diri...aku menikmati cuti panjang bermula dari sebelum krimas sampailah awal tahun...tu yg tak sempat nak menjiwang karat kat sini....kesannya blog aku berkarat...
check inbox punyalah berlambak mail...dalam byk byk tu ...ada 2 mail yg buat aku tersenyum...PL (bukan pendekar laut) send lagu afgan dgn lagu kak nita kat aku...terus tangan aku laju sms dia.." u send bisikkan cinta ni...u tuju kat i ke atau u nak suruh i tuju kat sidia ?"...dia reply..." i tuju kat u...tapi kalau u nak tuju kat dia..apa i boleh buat" ...ermm..suatu ketika dahulu di satu daerah terpencil kami sama sama tercampak disana...penghuni di daerah itu tak sampai 10 org...walaupun terpencil tapi kehidupan disitu bagaikan sebuah keluarga...sehinggalah aku ditarik keluar dari daerah itu...dan sehingga kini aku tak menjenguk lagi ke situ...tapi aku tak sangka...tahun lepas aku disapa oleh PL yg sewaktu ketika dulu pernah ketawa riang bersama...tapi sapaan kali ini dalam situasi yg jauh berbeza....setelah sekian lama akhirnya kami bertemu semula...kini dia umpama tuan penasihat aku...mmg aku cari dia bila aku lost..."ingat...u ada i.." tu kata kata dia yg sentiasa terngiang kat telinga aku...
dan kalau org tanya aku apa azam tahun baru....setiap hari aku sentiasa berazam untuk ini..untuk itu...tak perlu tunggu tahun baru...tapi untuk tahun ni berbeza sedikit...sebab kehidupan aku dah jauh berubah tidak seperti yang lepas...banyak perkara yg aku perlu langsaikan tanpa perlu menoleh kebelakang lagi....aku ingat nak berhenti kerja...nak beralih angin...tapi PL kata kat aku...aku dah mempunyai satu kerja yg cukup bagus...so terpaksa aku lupakan hajat tu dulu...now bagi sepenuh perhatian terhadap apa yg aku ingin kecapi....
cuba lately ni aku rasa bertuahnya jadi aku...tak semua org berpeluang menikmati kehidupan yg cukup sempurna...hari hari dunia disogok dgn kekejaman di gaza...aku pun dah lost contact dgn sahabat aku di sana...apa citer agaknya mohamad kat sana....last kami berhubung selepas raya...dia bagitahu keadaan dah semakin teruk...tapi dia tetap tak akan keluar dari sana...hanya doa yg mampu aku titipkan buat dia dan semua rakyat sana...kat kepala aku mcm mcm aku nak buat kalau aku ada kuasa...aku nk bom white house...aku nk send bantuan bawah tanah...tapi saper lah aku...cuma aku berhajat sangat kalau ada program anak angkat palestin ni memang aku nak ambil bela..
last...aku rasa permulaan tahun yang baik buat aku...jalani kehidupan dgn penuh bermakna...kerana tak semua org berpeluang menikmati sebuah kehidupan yg sempurna....
aku masih banyak perkara nak lunaskan....chow
arriza : tersenyum dan ketawalah walau dunia tak seindah syurga....
No comments:
Post a Comment