sekadar renungan hari ini...
aku terfikir sejenak...selepas aku terima sms dari kawan aku mengenai satu perkara yg amat aku tak senangi...kami terus berbual panjang...kesimpulan aku dapat...apabila mendengar berita sebegini :
Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang disampaikan kepadanya cerita yang berbau fitnah hasutan?
Al-Imam Al-Ghazali menegaskan, setiap orang yang diceritakan kepadanya tentang sesuatu dengan maksud menyebar fitnah hasutan, umpamanya diceritakan kepadanya: “Si anu mengatakan kamu begini begini”, maka hendaklah dia mengambil enam tindakan di bawah ini:
1) Tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan kepadanya, kerana pengadu domba itu adalah orang fasiq, dan orang fasiq itu berita yang dibawanya tidak dapat dipercayai.
2) Melarang perbuatannya itu serta memberinya nasihat dan menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah tidak baik.
3) Membencinya kerana Allah, sebab Allah Ta‘ala amat membenci pengadu domba, dan membenci kerana Allah ketika itu adalah suatu kewajipan.
4) Jangan sekali-kali berperasangka buruk tentang apa yang disampaikan itu, kerana Allah Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah Al-Hujuraat, ayat 12)
5) Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya, sebab Allah Ta‘ala berfirman yang tafsirnya:
“Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)
6) Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu.
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Umar Abdul bin Aziz Radhiallahu ‘anhu, dia menceritakan sesuatu tentang seorang lelaki lain, lalu Umar Abdul Aziz berkata: “Jika kamu mahu diperiksa, kami akan memeriksa ceritamu itu. Jika ternyata kamu berdusta, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 6)
Jika kamu benar dalam menyampaikan cerita ini, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini:
Tafsirnya: “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecahbelahkan orang ramai).” (Surah Al-Qalam, ayat 11)
Jika kamu mahu minta maaf, kami sedia memaafkan kamu.” Lelaki itu pun berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku tidak akan mengulangi perbuatanku ini selama-lamanya.”
Mengumpat:
Mengumpat adalah di antara seburuk-buruk kejahatan. Yang dimaksudkan dengan mengumpat ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disukainya, sama ada pada badannya, agamanya, dunianya, bentuk kejadiannya, perangainya, hartanya, anaknya, orang tuanya, suami/isterinya, pembantu rumahtangganya, serbannya, pakaiannya, gaya berjalannya, gerakannya dan sebagainya yang bersangkut paut dengan dirinya. Tidak kira sama ada menyebut-nyebut itu dengan percakapan, tulisan ataupun dengan isyarat melalui mata, tangan, kepala atau sebagainya.
Hukum mengumpat itu adalah haram menurut ijma‘ seluruh umat Islam. Dalilnya adalah jelas tersebut di dalam Al-Qur’an, Sunnah dan ijma‘.
Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :
Dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi amat Mengasihani.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengumpamakan orang yang mengumpat saudaranya sendiri seperti memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai. Setiap manusia sudah tentu tidak mahu makan daging manusia. Apatah lagi daging saudaranya sendiri, dan daging itu pula sudah menjadi bangkai. Ini menunjukkan betapa buruk dan kejinya perbuatan mengumpat itu di sisi Allah Ta‘ala.
=================================
aku teringat satu peristiwa sewaktu aku disebuah forum tahun 2005...2006..bagaimana teruknya aku dikutuk dan difitnah oleh satu mamat ala ala bob marley..ketika tu Allah jer yg tahu apa yg aku alami waktu tu..hanya disebab aku tolak permintaan dia secara elok..aku diperlakukan sedemikian rupa..kesannya tunang dia ketika itu turut menghentam aku tanpa usul periksa bersama puak puak futsal waktu tu..buka thread org masuk guna nick lain dituduhnya aku..kononnya aku menyamar..dan aku masih ingat lagi satu minah ni yg mengata aku dgn mcm mcm tohmahan...tapi dunia ni kecil..ALLAH MAHA KUASA..minah yg menghentam aku ni akhirnya ter"makan" juga belanja aku baru baru ni di satu function anjuran I*...janji aku ikhlas bukan nak mengungkit..cuma kesal diperlakukan sedemikian rupa dengan hanya berlandaskan satu fakta dari satu pihak...dan mamat tu pun dah menghilang senyap terus entah kemana..aku amat berterima kasih pada sydney bristow (dell) waktu tu..yg bagitahu aku siapa mamat ni yg sebenarnya..tapi biarlah cerita lama...dah 2008..cuma terpalit secebis kekesalan saja..sebab mamat ni aku kenal bukan sehari dua..tapi dari tahun 2003..dan aku anggap dia macam abang...
kini..bila aku berbual dgn kawan aku tadi..aku rasanya isunya masih sama...cuma skrip yang berbeza..apa yg boleh aku katanya...sama sama lah kita renung dan baca ayat ayat diatas...sesungguhnya hidup kita di muka bumi ni hanya sementara...tapi jika kita rasa bahagia membina kebahagiaan atas kesengsaraan orang lain..teruskan...
sesungguhnya doa org yg teraniaya tu dimakbulkan ALLAH...
1 comment:
ala2 bob marley?
tunang dia?
function kat I*?
ekekeke...ku sudah tahu...ala tunang munang kunang pun dh melingkop...ekeke..tuh la jeles tak tentu hala sgt
Post a Comment