Friday 15 June 2007

HADIAH DARI MA..

Ma...esok 15 june...genap 4 tahun ma pegi tinggalkan E...
E terasa kehilangan,kesepian yg tiada berpenghujung. 6 bulan Ma menderita barah pangkal rahim.selepas operation Ma menjalani kimoterapi...habis rambut Ma gugur...berat Ma turun sampai 46 kg..

sebulan sebelum Ma pergi Ma asyik pakai baju E. Sebelum ni ma paling pantang pakai baju orang walaupun baju anak. Ma kata baju ma semua besar sekarang ma dah kurus jadi ma pakailah baju E.

7 june 2003 - Ma minta E masakkan ikan kerapu sweet sour. Ma kata E masak kerapu sedap...E masakkan utk Ma. Tapi Ma makan sikit je...

8 june 2003 - Ma suruh E masak spaghetti. Jam dah pukul 9 pagi. E sibuk nak ke ofis, Ma sibuk nak makan spaghetti. Dalam hati aku merungut. Tapi E buat juga. Ma makan bertambah 2 pinggan...hilang marah E.

12 june 2003 - Ma nak makan roti jala kari ayam. Pagi-pagi Ma bangun siapkan semua bahan. Ma minta tolong E buatkan...Ma kata Ma tak larat nak berdiri lama-lama. E suruh Ma berehat. E siapkan semuannya. Ma makan bukan main berselera. Ma kata lepas ni Ma tak payah buat roti jala dah sebab E dah terror tirai roti jala.

13 june 2003 - Ma batuk tak henti. E bawa Ma jumpa doktor. Doktor bagi ubat suruh Ma berehat. E telefon 2 lagi anak Ma suruh balik tengok Ma. Abang sulung kata tunggu hujung bulan. Anak no 2 ma dah 3 bulan tak balik tengok Ma. E call dia cakap dia sibuk projek belum siap...kalau E nak pakai duit sebab jaga Ma cakap berapa banyak E nak dia boleh bayar kat E...E geram. Sakit hati dengar anak kesayangan Ma cakap macam tu...E sembunyikan dari Ma apa abang cakap. Ma kata tak apalah anak Ma semua kerja besar...masing-masing sibuk.

14 june 2003 - Ma kata esok harijadi E Ma nak beli kek 3 tingkat...Ma nak buat pulut kuning hantar kat surau sebab anak perempuan Ma dah besar. E malu dengar...Ma beriya-iya nak buat.

15june 2003 - E bangun nak panggil Ma solat subuh...Ma dah kaku...keras tubuh Ma dah sejuk...Ma inikah hadiah hari lahir E dari mak ?

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AKU…genap 4 tahun Ma pergi.....

No comments: