Wednesday, 16 May 2012

Pengemis Muda

Wah...tajuk entry mcm lagu Sheila Majid...ahaks...

baru-baru ini..ketika aku di Jeddah...aku melihat panorama yang membuat aku sentiasa berfikir panjang. Salah satu antaranya ketika aku menunggu di dalam kereta sewaktu rakan aku sedang membeli dunkin donuts...ehehehe...punya berlambak donut ada kat Malaysia...sampai bumi Arab sibuk nak cari dunkin donuts...sebenarnya kami dah terlalu jemu dengan makanan Arab..jadi aku pun ajak dia keluar cari makanan seperti donut..pizza. Tekak dah tak boleh nak telan nasi maydi arab tu...

Dipendekkan cerita...sewaktu menuggu rakan didalam kereta, cermin kereta aku diketuk oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 7 tahun. Tangan dia menunjuk isyarat 1. Mengertilah aku...anak ini mahu minta sedekah.Aku pun buka pintu kereta keluar. Aku cari 2 riyal didalam purse...sebelum beri aku tanya dia dari mana...sebab muka tidak seperti kanak-kanak tempatan.Lagi pun orang arab sini kaya-kaya.Tapi anak itu tidak faham pertanyaan aku. Dia hanya mampu tersenyum...aku pun hulurkan 2 riyal kat dia..terus dia berlari meninggal aku.

Walaupun aku telah dipesan banyak kali jangan sedekah bagi anak-anak jalanan ini. Sekali kita beri tidak berapa lama kemudian segerombolan datang.Tapi apalah sangatkan nilai duit yang ada jika dibandingkan dengan keriangan anak-anak ini sewaktu kita memberi. Rata-rata mereka dari negara miskin timur tengah seperti Sudan..Yaman. Ada juga kanak-kanak seperti muka bakal menantu Najib dan kak Mah tu...dari Kazakhstan aku fikir.Mata sepet, hidung mancung dan kulit cerah.Jauh mereka tersasar.Persoalan yang bermain difikiran aku, bagaimana mereka boleh merantau jauh dibumi arab ini. Ada dikalangan mereka aku tengok hari-hari sesama mereka sahaja tanpa ada ibu bapa atau orang tua yang mengawasi. Atau mungkin ibubapa mereka mengemis dibahagian lain.Tapi ada satu ketika aku melihat bagaimana anak-anak ini tidur merempat beralaskan kotak dikaki lima dilorong-lorong apabila malam menjelma.

Berbalik kepada cerita anak kecil tadi..selepas dia berlari..tidak lama kemudian datang 2 orang lagi kanak-kanak lebih kurang yang tadi. Aku pun bukalah purse cari wang kecil. Aku hulurkan 1 riyal seorang. Elok dapat je...terus cabut...Aku masuklah balik dalam kereta. Kawan aku bagi isyarat dia mahu ke kedai sebelah beli roti dan makanan ringan. Tidak sampai seminit...cermin aku diketuk lebih kurang 5 orang kanak-kanak ..Aku dah ketawa. ahahaha...tu lah padahnya bila mula memberi...tak per tak per...tak ada apa pun...kali ni aku cuma turunkan cermin kereta sambil hulurkan 2 riyal seorang. Apa lagi suka dorang. Aku cakap kat dorang...guna bahasa melayu " angkutlah geng lagi ye.." sah-sah seorang pun tak paham kan..ehehehe

elok berlalu kanak-kanak ni...datang pulak sekumpulan lagi...kali ni aku nekad...nak habiskan semua wang kecil yang ada pada aku..jadi aku keluarkan semua riyal 1..2..dan 5. aku pun agih-agihkan duit tu pada pengemis-pengemis muda ni..Lega rasa...kali ni aku pasti..tiada lagi kanak-kanak datang kut. Duit kecil aku pun dah habis. Kawan aku pun dah turun tangga kedai menuju ke arah kereta. Elok kawan masuk nak startkan enjin kereta...cermin tingkap aku diketuk oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berumur lebih kurang 10 tahun aku kira. Dia menadah tangan kepada aku. Aku pun cakap kt kawan aku..."alamak...serius...duit kecil tak ada...tadi dah habis bagi" kawan aku pun buka beg dia cari duit kecil...dia pun tak punya wang kecil..tadi baki dia dah sedekahkan kat anak kecil depan kedai...aku bagitahu kanak-kanak tu sambil buat isyarat tiada wang kecil ..." la " (tiada)...nak cakap arab lebih-lebih tak reti...tu lah dulu mak suruh belajar bahasa arab main-main...sekarang tengok...tahu  la naam je...ehehehe

Budak tu tak berganjak...yang ada pada aku waktu ni  paling kecil 100 riyal..kawan aku pulak dok cakap..." bagi je lah berapa ada.." aku korek-korek purse...ringgit malaysia...singapore dollar dengan rupiah indon  adalah...Aku betul-betul kesian dengan  anak ni...dia merenung sayu tepat muka aku mengharap simpati. Aku dah mati akal...aku tarik dua keping RM10 aku hulur kat dia.. Dia pandang wajah aku sekali lagi sambil berlalu perlahan. Kawan aku undur kan kereta dan nak berlalu pergi. Kanak-kanak tadi membelek wang yang aku bagi sambil menggaru-garukan kepala.Sesekali dia asyik memandang aku sampai kereta kami berlalu pergi hilang dari pandangan dia. Tiba-tiba aku teringat cerita  Slumdog Millionaire watak Jamal dapat dollar dari mat saleh tu...sebijik macam kanak-kanak tadi.

Aku cuma berharap dia tahu nilai yang dia terima tu lebih dari apa yang kawan-kawan dia dapat. Semoga dia panjang akal pergi tukar duit tu kat money changer...tapi difikirkan balik...apa salahnya kan aku tarik jer 100 riyal tu hulur kat dia..apalah sangat nilai 100 riyal tu kan...jika dibandingkan dengan keperluan dia...menyesal pun ada...

Masa dalam perjalanan balik..kami melewati kawasan tempat hukuman pancung dijalankan. Teringat tahun lepas sewaktu aku berkunjung ke Jeddah. Ruyati rakyat Indonesia yang membunuh majikan dia.. dikenakan hukuman pancung. Masa peristiwa tu aku baru tiba 3 hari...jadi agak panas lagi dan menjadi topik perbualan...dan kawan aku gatal bawa aku ke tempat tu..siap tunjuk video lagi kat aku...sebab dia sendiri pergi tengok...Entah kenapa..setiap kali lalu kawasan tu...perasaan aku terasa berbaur...

dan setiap kali berada dibumi arab....aku selalu terfikir...ini tanah asal ibuku...apakah suatu ketika kelak aku akan kembali terus kesini ?

Arriza : jika kita tidak mampu membahagiakan seseorang...sekurang-kurangnya mamadai kita buat dia tersenyum... :) 

1 comment:

Unknown said...

lama nak tak hapdate....dah bersawang rumah nih..windu lah