Thursday, 24 February 2011

5 panorama...

1. seorang makcik datang menghampiri aku di meja makan.. lewat 50an mungkin.... "nak ...nak minta tolong sikit..boleh tak bagi derma...makcik nak bayar duit cukai tanah tak cukup.." aku kaget sebentar...cukai tanah ? patutkah kita hulurkan derma bagi membolehkan dia bayar cukai tanah ? sekurang-kurangnya dia punya tanah....dari orang lain yang tak punya apa...aku serba salah...aku hulurkan $1...dia membalas..." tak cukup...bagi lah lagi $5"...waduh....memang jadi tak ikhlas langsung nak tolong...selagi tak dihulur...selagi itu dia tidak berginjak...kemudian dia berlalu ke meja lain....

2. seoarang remaja lelaki jalan seperti tempang...datang menghampiri aku.." kak...saya nak balik rumah tak cukup tambang...boleh bagi $3 tak ?" sejurus aku hulur duit dia berlalu ke orang lain dengan ayat yang sama...

3. seorang lelaki mengesot disebuah pasar malam beralaskan kotak meminta sedekah dari orang yang lalu lalang...hampir setiap orang menghulur derma apabila tangan dia ditadah...tiba waktu lewat malam setelah peniaga pasar malam sibuk mengemas barang untuk pulang...lelaki tadi mengesot disebuah lorong yang kebetulan aku parkir kereta disitu..dia tegap berdiri menyalin baju dan seluar yang diguna sebagai peminta sedekah tadi kepada pakaian yang sempurna elok...tergamam aku melihatnya...beg yang digalas penuh dengan duit kutipan derma hasil pengunjung pasar malam tadi...sehingga waktu dia hendak membuka beg yang mengandungi duit tadi...hampir terkeluar duit kerana terlalu padat...tadi bukan main sakit menderita dia mengesot...kini gagah berdiri bersama pulangan hasil lakonan seketika....

4.seorang peminta sedekah buta (sekadar memejamkan mata) datang meminta derma disebuah medan selera...dipimpin oleh seorang yang celik...tiba-tiba sewaktu pengunjung hendak menderma...wallet yang dibuka terjatuh dan duit berterabur...sibuta tadi terkejut lalu tunduk kebawah sambil mengambil wallet dan mengutip duit yang berterabur tadi...hebat betul deria rasa sibuta ini... aku sekdar tersenyum melihat...

5.seorang lelaki tua datang menghampiri aku dihadapan stesen lrt masjid jamek...ketika itu jam pukul 11 pagi...memberita dia baru tiba dari gemas negeri sembilan...hendak melawat isteri yang sakit dihospital kuala lumpur...tetapi duit ditangan hanya tinggal $5 memandangkan teksi yang dinaiki kononnya mengenakan bayaran yang tinggi semasa hendak ke kuala lumpur...dan pakcik ni memberitahu kononnya teksi mencadangkan dia mengambil bas dari lebuh ampang berdekatan masjid jamek terus kehospital kuala lumpur. Pakcik ni pun mengadu dia seharian belum makan apa-apa dan wang hanya tinggal $5...dah lah nak tunggu isteri diwad... Aku pun teringat...yerlah orang-orang tua dikampung turun bandar mungkin bawa wang sekadar mencukupi...aku pun hulurlah sekadar yang mampu bersama simpati aku...pakcik ni tak henti mengucap syukur ditemukan orang seperti aku...kalau tidak tak tahulah apa nasib dia..(aku tulis seperti kata dia)...3 hari kemudian ketika aku hendak membeli makanan tengahari...aku melihat pakcik yang sama ditempat yang sama bersama cerita yang sama...ketika itu dia sedang meraih simpati bersama sekumpulan pekerja bank lebih kurang 4 orang dihadapan stesen lrt....masing-masing menghulurkan derma yang aku lihat mungkin agak lumayan buat pakcik ni...

5 panorama bersama cerita yang berbeza...tetapi semuanya mempunyai nawaitu yang sama....terdesak sangatkah hidup mereka sehingga perlu perilaku sedemikian ?

arriza : walaupun aku ni kepala batu...tapi hati bukan kristal....cuma adakala...ego mengatasi sesuatu...

Wednesday, 16 February 2011

seterusnya...

baru baru ni aku dapat mssg dari seseorang...budak ni dah hampir 2..3 tahun rasanya aku tak sembang...tiba-tiba dia mssg aku minta aku jangan ganggu dia...pertama sekali waktu aku baca..aku mengucap panjang....kali kedua aku baca balik...aku tergelak...

tapi setelah termenung panjang melihat mssg tu...aku rasa semacam....apa budak ni kena skizofrenia ke...ada bisikan halus yang menyeru-yeru nama aku ditelinga dia ke ?...

aku kenal dia beberapa tahun dahulu (2005 mungkin) disebuah forum...kemudian setelah seorang rakan forumer pergi meninggal kami...(2007)...aku tak masuk langsung forum tersebut....sayu teringatkan rakan tersebut....dan peristiwa itu membuat aku meninggalkan forum itu bersama rakan-rakan didalamnya....lagi pun aku memang tak sekepala dengan rakan rakan disitu....budak ni hanyalah rakan forum yang aku tak pernah jumpa dan tak pernah kenal di alam nyata....siapa dia...aku sendiri tak pernah ambil tahu....dan tidak berminat nak ambil tahu....

tapi apabila dia mssg aku sebegitu...aku terkejut pun yer...mujurlah aku dah tua...so perangai sabar dah banyak wujud dalam diri.... aku balas elok-elok kat dia...aku bagitahu...dia ni siapa dalam hidup aku yang aku nak ganggu ? sedangkan aku sendiri tak penah mengenali dia langsung....sekadar kenal dialam maya...lainlah dia ni tom cruise ke yang join forum sama dengan aku kan...nak jugak aku kacau...

tak sangka pun yer...setelah bertahun-tahun masih ada yang teringat kat aku....ahaks...masih ada isu nak diperkatakan...ntahlah...nasib baik dia terus diam...harap-harap dia malu sendiri dengan tindakan bloody hell dia tu...kalau dia betul-betul sakit ala ala meroyan...aku harap dia cepat sembuh....kesian muda-muda dah kena sakit macam tu....memalukan diri sendiri....buatnya dia pegi mssg kat lisa surihani ke...fasha sadha ke...tak ke kesian....

tak per lah...aku memang dah lama tak berminat nak ambil tahu perihal rakan-rakan cyber di forum lama yang aku join...jadi aku abaikan perkara ni....cuma aku luahkan disini sekadar memberitahu buat kesekian kali....aku dah menyampah sangat-sangat dengan gelagat mereka mereka terdahulu....bila kita tak boleh join mereka dialam nyata...bermacam-macam cerita negatif pasal aku yang keluar....bila aku memilih untuk tidak join mana-mana puak...aku dipulaukan...untuk tidak serabutkan kepala aku...baik aku keluar dari kepompong tersebut...tujuan aku berforum untuk rehatkan minda...bertukar-tukar pandangan...bukannya menyemakkan otak dengan perkara-perkara sebegini...jadi paling baik...aku tamatkan semuanya...dengan kata lain...aku tak perlukan kawan-kawan sebegitu rupa....

dengan aku mudah...aku bukanlah manusia yang join forum or blog untuk tujuan nak tempek segala mak nenek apa yang aku ada....nak tunjuk setiap butir apa yang aku pakai..apa yang aku buat....kemudian ada pulak pengikut yang akan menyokong penuh apa yang ditempek..apa yang dibuat...maaf...itu bukan aku...kalau tak suka...aku diam...tapi nak bodek hipokrit mengaku suka...sorrylah....

biarlah aku dengan jalan aku....tapi masih ada yang tak senang walaupun aku masih jalan bersendirian tanpa menganggu mereka....lantaklah kan....dah nama pun manusia...macam macam perangai....kalau nama binatang...boleh jugak dihalau pergi ke habitat masing-masing....

ntah kenapa bila sekarang ada yang bercerita kepada aku perihal yang melibatkan nama aku diperkatakan...aku hanya mampu tersenyum....(nampak sungguh aku dah tua...) tak ada lagi emo ..kepala angin tak tentu pasal...selagi apa yang dikata semua itu tidak benar....Alhamdulillah..aku dapat pahala free....

arriza: lagi dan lagi....

Tuesday, 8 February 2011

carta bangang...

semenjak dua menjak ni...ada jer beberapa perkara yang membuat aku rasa nak mencarut pun yer...(huh...dah pandai mencarut aku yer...astaga...)

kalau disenaraikan boleh masuk carta perkara bangang yang aku pernah jumpa...

baru baru ni aku teruja nak pakai satu skincare ni...disebabkan muka aku semenjak balik china dan turkey hari tu tak stabil...ada masa dia kering...ada masa dia berjerawat halus...kadang gelap semacam...collogen dan produk yang aku amalkan pun dah macam tak berkesan...jadi aku pun menggatalkan diri untuk mencari sesuatu yang baru....

aku pun jumpalah satu produk ni...melihat testimoni yang diberi dikalangan pembeli yang dia tempek kat facebook tu...aku rasa sangat berminat nak mencuba ..aku pun calllah nombor yang tertera difacebook...aku citerlah aku berminat nak beli produk dia...dia kata oklah...bank in kat maybank dia nanti dia pos...aku tanya tempat dia kat mana...kalau dekat aku nak pergi ambil sendiri jer...dia jawab disetiawangsa...so aku kata dekatlah dengan aku...boleh tak petang nanti aku datang ambil....minah ni jawab...dia prefer by pos...aku cakap lagi...dah dekat buat apa nak pos...lagi pun lusa aku dah nak ke singapore...dia pun cakap...alamak hari ni i tak bawa barang...esok lah...

keesokan harinya...dalam pukul 11 aku pun sms lah minah ni...tanya dimana dan pukul berapa boleh jumpa...dia diam tak reply....sampailah pukul 5 dia call aku menggunakan no lain...dia kata..sori lah dia tertinggal handphone hari ni sbb tu tak reply mssg aku....aku pun ok lah...kat mana nak jumpa...dia jawab...i tak prefer lah nak berurusan jumpa-jumpa client ni...i prefer by pos jer...sekali lagi aku angin...semalam ko cakap hari ni....hari ni ko cakap tak prefer jumpa pulak dah...aku cakap...tak perlah kalau tak boleh jumpa...aku terus tutup handphone...malas nak berurusan dengan orang macam ni....ko nak meniaga...client nak datang ambil barang sendiri ko tak nak jumpa....macam mana nak maju ? then tak sampai 5 minit dia sms aku menggunakan nombor yg dia katakan tertinggal tu...tanya bila nak bank in...aik....tadi kata hp tertinggal...aku dah pelik....

malam tu dia sms aku lagi....dia tanya aku dah bank in ke belum...aku ignore...setangah jam kemudian dia sms lagi...kalau dah bank in call dia...sebab dia nak pos barang...sekarang time aku pulak main-mainkan dia...masa aku beriya nak beli ko bukan main lagi berlagak...esok pagi-pagi dia sms aku tanya..."arriza ... u dah bank in ke belum...i dah pos barang u sekejap ni...please bank in cepat "... masa ni aku dah rasa semacam je kat dia...biar betul minah ni...aku pun reply tanya macamana dia pos aku tak pernah bagi alamat pun kat dia...dia balas..." erkk sori...client i nama arriza ada 2 orang...so u dah bank in ke yang ?"... pulak dah...kalau yer pun nak menipu buatlah skrip betul-betul....tak ke tak cerdik...lepas dari insiden tu...minah ni dok meroyan kat aku tanya dah bank in ke belum...barang dia satu set 380 jer pun...aku tak kata dia penipu...(tapi aku nak kata dia apa yer ?)...apa ntah lagi dia jual dicyber...tapi kalau dia betul-betul nak maju...rajin rajin lah baca buku donald trump tu yer...kalau ko buat macam ni...sampai ke tua lah ko jual dalam cyber tu jer ...tak kemana....

sekian carta bangang yang pertama...

arriza : esok perkara bangang no 2 pulak....