Thursday 26 July 2007

LETIH !

Semalam habis jer meeting..lepas lunch kat rumbia restaurant..aku terus tempah bilik kat de palma..badan dah tak larat..aku perlukan rehat jer waktu tu..bilik yg tinggal harga 245 jer..aku kata tak perlah..janji aku dapat baring..sampai jer kat bilik aku terus tumbang..sedar dah malam..menatap tv dia yg besar melekat kat dinding tu buat aku puas..tengok bersamamu tv3..terkedu jap..janda anak 2 yg mengadu susah sehingga anak sulung tak boleh sekolah..melihat rumah dia yg kotor sampai keluar tikus penuh..geli aku..tapi bagi aku tiada alasan untuk kita berjaya..janda tu muda lagi..banyak benda dia boleh buat..tengok muka dia mekap pun bukan main...aku tak rasa alasan sakit asma dia bagi tu sebagai penghalang untuk dia tingkatkan mutu hidup dia..

dalam pada tu aku bersyukur..aku yg punya rumah jarak hanya berapa km dari de palma hotel ni..boleh mengada-ngada ambil bilik tak balik rumah..tapi bagi aku..setelah hampir seminggu aku penat tak der rehat..aku perlukan rehat tanpa gangguan sesiapa..dan inilah cara aku..aku boleh pilih untuk berehat di luar KL..tapi buat masa sekarang aku tak larat nak drive..de palma pun de palma lah..janji otak aku tenang..tak berserabut..ada masa aku rasa aku tak perlu sesiapa di sisi..aku hanya perlukan ketenangan...minggu depan aku dah kena outstation sehingga 9 september..selepas raya projek besar menyusul..aku dah bayangkan kesibukan aku yg bakal menanti..sekarang ni pun dah terlalu letih..

sebelum tu..ada yg bertanyakan aku mengenai apa yg aku tulis sebelum ni..aku cakap this is my blog..my place..why should i care ..none of their business..i dont't understand this fucking people ! mudah sangat buat rumusan..apa yg aku tulis semuanya mengenai apa yg aku alami..aku tidak pernah mewakili mana mana pihak untuk sampaikan luahan kat sini..

sekarang ni pun aku sendiri rasa..aku tak perlu sesiapa untuk berbicara..cukup sekadar kawan hi..hi bye bye..kerana macam yg aku alami sekarang dgn seseorang..tak ubah aku ni seperti peluru yg di guna untuk menembak..bila diri dia terasa bahagia aku ditembaknya..bila dia tak punya siapa..barulah aku disumbat kedalam kelongsong..(betul ke ayat ni?)

memang benar dalam berkawan kita tak perlu nak jaga etika perbualan..kerana kawan tak kecil hati mcm kekasih mahupun suami isteri..tapi perlu ingat..kawan juga ada hati dan perasaan...pepatah pun ada sebut..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata...kerana mulut badan binasa...aku bukan minta orang cakap dgn aku penuh protokol..tapi tolonglah...walaupun orang kata orang timur tengah ni kasar..darah timur tengah yang mengalir dalam badan aku ni..masih kasar bertempat dan belum lagi kasar aku seperti yang aku saksikan kini..aku rasa korang korang lagi kasar tak reti berbahasa..main cakap lepas ikut sedap mulut..sehingga tak sedar ada hati yang tersinggung..ada perasaan yang terguris...kalau aku tidak pernah berkira dalam persahabatan..susah sangat ke dia nak jaga hati aku..sedangkan hati dia aku kena jaga..dan kini aku rasa jika org lain tidak memerlukan aku sebagaimana aku perlukan dorang..aku juga hendak berbuat demikian..aku tak perlukan sesiapa..terima kasih atas segalanya..sebelum ini..tapi rasanya apa yg aku bagi melebihi seperti apa yang dorang luangkan untuk aku..

memang aku terlalu berkecil hati..jauh disudut hati aku rasakan betapa keadilan tidak pernah wujud dlm sifat manusia..

5 comments:

Anonymous said...

keadilan itu wujud cuma kadang2 kita jer yg menafikan kehadirannya ataupun x sedar kewujudannya..:)

arriza said...

sonic..yes keadilan itu wujud..tapi cuma sebesar zarah kut dikalangan manusia sejagat ni..ehehehe

Anonymous said...

:) size keadilan tuh terpulang pada individu tuh sendiri... secupak beras amat bermakna jika diberi pada fakir miskin tapi satu penghinaan jika di beri pada yg kaya... so fikir2 kan lah...

arriza said...

sonic...huhuhuhu
tak mampu untuk berkata..hanya perlu merenung sejenak apa yg dikata..

Anonymous said...

:) hidup ini akan jadi mudah jika kita permudahkannya dan jadi susah bila kita sendiri yg buat ia susah...