Thursday 19 April 2007

mido...




gambar ni tahun lepas mido hantar kat aku..dah agak lama aku tak dapat berhubung dgn dia..apa yg boleh aku cakap..aku doakan keadaan dia selamat..selepas berita dia diculik lepas hari raya ari tu bagaikan mati hidup semula katanya..aku hanya dapat berhubung dgn hanya tinggal mssg offline ym je kat dia..hp dia line dah lama tak dapat..sebelum ni tiap tiap malam aku berbual dgn dia..ada jer gurau senda dari dia walaupun keadaan dia tertekan di iraq..tapi semuanya berubah sekelip mata..tmpt dia sentiasa dlm keadaan perintah berkurung..tak bebas nak buat apa mcm dulu lagi..aku betul betul simpati dgn keadaan mido waktu ni..dapat rasakan bila dia lahirkan rasa menyesal pulang ke Iraq setelah lama kat dubai..balik iraq mido buka cyber cafe..tapi tiap tiap hari dia yang mengulor tak der pelanggan..sabar jer lah...bekalan elektrik tiap tiap hari kena catu..lepas pukul 8 malam mulalah tempat dia bergelap..dah berkurun aku perap resume mido..aku pun tak tahu nak tolong dia cari keja kat mana di malaysia ni..tadi bila dapat mssg offline dari dia..aku rasa tersentuh..kadang kita mengeluh di tempat sendiri..di bumi yang lain manusia merintih..

buat mido..semoga berada di dalam peliharaan Allah S.A.W.
miss u too..

No comments: