Monday 12 March 2007

ZURIAT

Sepatutnya skrg aku nak tulis mengenai :
-Friend finder yg aku baru gunakan khidmatnya sabtu lepas....
-mengenai kisah aku yg berkongsi nick di awal berforum kerana line internet kat opis time tu hanya satu sahaja..
-mengenai 8 hari di perth dari 22 / 2 sehingga 1/ 3..tetapi memandangkan cable SE aku masih mengalami problem untuk load gambar jadi aku biarkan dulu cerita tentang itu..

Aku tekad untuk menulis kisah ini..walaupun aku tahu mungkin ada yg tersinggung.. tetapi apabila difikirkan aku perlu jujur ..ikhlas terhadap diri sendiri..mengapa perlu fikirkan tentang perasaan orang..seperti kata seseorang dalam kita menjaga hati orang..hati kita sendiri terabai..so lupakan..buat apa yg kita nak buat..hidup perlu bijak jika tidak ingin disorak..(pinjam bait bait poem sis misty )..aku mengalami dua situasi dalam satu keadaan di waktu ini..sedih dan marah..dan selepas aku tulis ni aku perlu kemaskan apa yg patut…

Kisahnya begini..2/3 aku diarah oleh isteri bos no 2 aku untuk datang ke Sydney berjumpa dgn pasangan suami isteri ni..mereka telah berada hampir sebulan di Sydney untuk menjalani rawatan kesuburan bagi mendapatkan zuriat setelah 12 tahun mendirikan rumahtangga. waktu berjumpa dengan mereka..mereka berada di dalam satu keadaan yg sangat menyedihkan..si isteri mengadu bagaimana dia berhabis mengumpul segala kewangan bagi membolehkan dia hamil..habis simpanan selama 12 tahun di keluarkan..isteri bos aku menghulurkan bantuan kewangan sebanyak 30% sahaja selebihnya pasangan ini tanggung..mereka telah cuba mendapat khidmat pakar di KL tetapi atas nasihat pakar mereka datang ke mari..si isteri mengadu bagaimana maruah diri seolah tiada nilai..apabila setiap inci di tubuh diperlihatkan untuk di buat kajian ketika menjalani rawatan ini..manakala si suami pula begitu tertekan apabila terpaksa mengeluarkan sperm secara paksaan dengan bantuan nurse..sehingga dipertontonkan “filem biru” bagi tujuan tersebut..akhirnya si isteri di sahkan hamil . Allah sahaja yg tahu bertapa gembira dia waktu itu…isteri bos aku juga turun ke mari waktu mendengar si isteri hamil ..datang bagi sokongan..kerana isteri bos aku sendiri kawin hampir 10 tahun baru di kurniakan zuriat setelah menjalani rawatan ini..

pasangan suami isteri ini diminta beberapa minggu untuk terus berada di situ bagi tujuan rawatan..tetapi pada 2 /3 si isteri telah mengalami tumpah darah yg teruk sehingga menyebabkan kandungan gugur..dia berkata kandungan yg bernilai hampir 50 k itu gugur begitu sahaja..tergambar kekecewaan di wajah mereka..si suami pun tak mampu untuk berkata apa..tetapi sempat dia berbisik pada saya waktu itu..” saya lebih sedih melihat keadaan dia (isteri ) yg terlalu inginkan zuriat...sedangkan bagi saya..dia adalah segalanya..” aku rasa kalau lah isteri dia mendengar apa yg si suami katakan tentu dia tidak akan memikirkan pasal zuriat lagi ketika itu..

aku hubungi suami ..aku bagitahu dia..di waktu ini aku perlukan seorang baby..aku telah bersedia lagi..aku rindukan tangisan bayi..setelah menyaksikan apa yg berlaku..tetapi suami aku menjawab..sorry dia belum bersedia lagi untuk ini..dan bukan di masa yg terdesak ini..suami bagi cadangan agar kami mengambil anak angkat ..aku berkata..aku bukan tidak boleh memberi zuriat pada dia..mengapa perlu ambil anak angkat..akhirnya suami aku berkata.. bagaimana nak punya baby kalau keadaan kami sendiri tidak mengizinkan..lihat sahaja skrg..aku di sini dia di sana..kalau ada baby anak di mana agaknya…yupp..aku bersetuju untuk ini..balik kami akan bincang..

aku terbayang semasa aku hamil di awal perkahwinan dahulu..kelihatan rasa cemburu kakak iparku yg hampir 8 tahun berkahwin tetapi masih belum di kurniakan zuriat..akhirnya dia meluahkan juga..wanita mana yg tidak cemburu melihat org lain hamil sedangkan diri masih belum punya zuriat…seorg wanita itu belum berjaya menjadi isteri jika masih belum bergelar ibu..itu kata kata dia untuk aku..(tetapi Alhamdulilah selepas itu abg aku di kurniakan sepasang cahaya mata kini selepas mencuba pelbagai rawatan di merata pelusuk)

aku bertanya pada suami..aku perlukan jawapan dia yg jujur..apa yg lelaki rasa..bila si isteri masih gagal memberi zuriat..dia berkata nak buat mcm mana ..dah takdir..terima jer lah..aku inginkan jawapan lain...akhirnya dia mengaku..memanglah terasa sunyi..boring..aku teringat kata kata bro..ada hikmah mengapa Allah tidak mengizinkan kita punya zuriat..aku teringat bagaimana seseorang tu dgn riaknya menulis di satu thread, dia bahagia punya segala..duit yg banyak..dia boleh miliki apa yg dia mahu..org sekeliling melihat dia punya segala.. tetapi sayang aku rasa dia sendiri tidak jujur ketika menulis ayat tersebut..kebahagian dan segala yg dia miliki masih tidak mampu memberi dia seorg zuriat..

aku rasa bohong kalau seorg bergelar isteri berkata tak kisah untuk perkara ini..lihat sahaja bagaimana Norhayati Berahim meluahkah di dalam novel “ biarkan aku menangis” keluhan isteri yg tidak mempunyai zuriat..

setelah penat emosi aku melayang untuk perkara perkara ni..aku berbual dgn bekas rakan sekerja aku yg kini berkerja di tempat lain melalui ym..aku tanya khabar dia..anak anak dia..suami dia..aku ingat nak paste apa yg kami bualkan kan..tetapi cukuplah aku buat ringkasan sahaja mengapa aku rasa sakit hati dan marah yg amat diwaktu ini..

“ kak liza baru sahaja gugur kan kandungan riz….tak larat lah anak ramai ni..”(dia telah mempunya 3 org anak).. aku tanya mengapa dia perlu berbuat demikian ..jikalau tidak mahu anak..rancanglah dgn betul…” riz tak rasa macam mana kak liza rasa..pening anak ramai..hutang byk”..aku terus called dia..tak puas hati..aku marah dia..aku cakap setiap zuriat tu telah di tentukan rezeki dia di muka bumi ini..sesungguhnya anak itu amanah Allah..panjang lebar aku cakap kat dia..tetapi manusia ada saja alasan..yg membuat aku benar benar marah..kos untuk mengugurkan janin tak sampai RM 800 ! berbanding kos untuk mendapat zuriat seperti di atas tadi melebihi 50 ribu…

Perasaan aku berbaur..sepasang suami isteri yg sedang bersedih kehilangan kandungan yg dinantikan dgn mengeluarkan belanja hampir 50 ribu…manakala di satu daerah pulak..seorg kawan aku dgn bangganya memberitahu dia baru sahaja mengugurkan kandungan dgn bayaran RM 800 sahaja…

Ingatlah…

Surah AL-ISRAAK AYAT 31 ( JUZ 15 )

“Janganlah kamu membunuh anak-anakmu, kerana takutkan kemiskinan. Kami memberi rezeki mereka dan rezeki kamu.Sesungguhnya membunuh mereka itu satu dosa besar..”

1 comment:

Unknown said...

2 situasi berbeza, semua nya dalam perancangan ALLAH, kita hanya hamba yang menjalani kehendak NYA.