Wednesday 7 March 2007

ikhlas tapi jauh..

Photobucket - Video and Image Hosting

Semalam aku sakit kepala yang amat…habis semua ubat aku makan dari ke cafegot segala mender aku telan..akhirnya aku tumbang dalam kesakitan..
mssg ..call masuk semua aku abaikan..tak larat rasanya nak reply..pening yang amat..
dahlah h/p aku baru jer boleh online..sebelum ni charger aku meletup sebab over charge..nasib baik bilik aku tak meletup..kalau tak sah org ingat aku ni pejuang berani mati yg di hantar oleh puak al-qaeda..ehehhee..hampeh ..ni pertama kali charger aku meletup ..tak pernah dalam sejarah aku pakai h/p charger meletup..hubby aku lah konon SE canggih sangat..dia bekalkan aku sony ericsson yg ada 3G lah..kamera 3.2 megapixels lah..baru charge lebih sikit dah meletup..sebelum ni aku pakai nokia..motorola..samsung dan yg aku dapat free LG pun baik jer..charge lah banyak mana pun ..kadang tu dari malam sampai pagi aku bangun tido baru aku tutup suis..tak pernah meletup pun..hampehh

lepas bangun...aku lepak kat tmn kejap.. menikmati keindahan tmn..sekali sebelah kerusi aku ada lelaki tua dalam 50 an kut..tersenyum kat aku..aku pun senyum balik..senyum tu sedekah tak kena bayar..so senyum jer lah..aku cuba tak nak layan dia..mata aku tertumpu kat manusia yg lalu lalang kat situ ..walaupun fikiran aku dah jauh melayang ke mana mana..sekali dia tegur aku .. alamak bahasa ni aku penah dengar..bapa aku penah ajar..daddy dulu boleh bercakap 6 bahasa..dan aku mangsa dia..setiap kali nak bercakap dgn dia..kalau cakap bahasa melayu mmg tak dilayan..akhirnya semua bahasa aku hancur..arwah mak aku pulak bukan main fasih mendalami bahasa melayu..dan aku mangsa dia juga untuk dia huraikan apa yg dia faham..aku ingat lagi kamus arwah mak aku dulu penuh.. habis kamus simpulan bahasa..pepatah melayu semua dia beli..tapi sehingga ke akhir hayat arwah mak selalu keliru dgn perkataan parkatan ni..lurus–lulus dan benang-menang….teringat masa mula kawin hubby aku pening dengar mak aku cakap “jalan kat ampang semua lulus “..mum penah ambil exam tu..lurus pun..” hhehe..arwah mak konpius..

Berbalik pada org tua yg cakap bahasa Spanish tadi..dia tegur aku ..akhirnya kami sembang rojak..kejap bahasa tu kejap bahasa ni..kadang aku tersasul keluar gak bahasa melayu 5..6 patah....walaupun kadang dia tanya lain aku jawab lain..janji ada jawapan untuk setiap soalan..ehhehehe tapi aku tertarik bila dia tanya aku..bila tarikh lahir aku.. aku kata june..june 15..dia minta tengok tapak tangan aku..nak tilik tangan pulak org tua ni..aku pun hulur jer lah..sekali dia kata

“ adakah awak percaya..awak seorang yg hebat ?”( muka aku kelat waktu ni..hebat kata ko..) then dia sambung lagi..awak seorang yg punya pendirian ( aku nak tergelak part ni..dia tak tahu aku ni pendirian daun lalang )..awak seorg yg sgt penyayang..sensitif (ni ok)..awak mempunyai kenalan yg sgt terhad tapi semuanya adalah yg terbaik utk awak (ye ke ? jap aku pikir)....mcm mcm lah org tua ni merapu.. n last sekali dia kata kedudukan kewangan awak tak pernah ada masalah..(dia tak tahu credit card aku dah 3 aku tenyeh sampai nak habis limit)..

Punyalah rancak aku berborak..kejap kami ketawa..kejap kami sama pikir apa yg kami sembang..kejap aku meleleh air mata bila dia buka cerita pasal dia yg sebatang kara dan tak lama di sini..dan di akhirnya aku minta diri nak balik sbb aku tak tahan..batuk aku teruk ..dah lama batuk aku tak baik baik...tiba tiba dia peluk aku erat..aku betul betul tergaman..dah berapa lama aku tak pernah rasa org peluk aku macam ni .tapi apa yg dia buat lebih kepada pelukan seorang bapa untuk anak..aku pun tak nak pikir lain..so aku balas jer pelukan dia tu..aku cakap.. “veale otra vez.. yo le perdere” (jumpa lagi..saya akan merindui awak)..tiba tiba dia menangis..aku tak tahu..org yg pertama kali aku jumpa..baru saja berbual tapi situasi boleh berubah seperti ikatan ni dah lama terjalin..aku sebak..aku cuba untuk tidak menangis..tapi tipulah kalau aku tidak menangis..aku peluk dia erat..aku menagis sepuas puasnya..sebab bapa aku sendiri tak pernah peluk aku sedemikan rupa..aku cakap aku akan ingat dia..dan aku pun pergi tinggalkan dia tanpa menoleh ke belakang lagi..sebab aku tak sanggup...aku tak lama kat sini..dia pun tak lama..pertemuan hampir 2 jam dgn uncle tu umpama aku dihadirkan seseorg untuk berbicara..kerana aku sendiri rasa dah terlalu lama aku tak berbual dgn org seperti tadi..

Itulah di kala kita fikir kita sunyi..ada insan yg lebih sunyi hidupnya..di saat kita fikir kita susah..ada yg lebih menderita dari kita..tetapi di saat kita gembira..punya teman ketawa bersama terfikir kah kita kegembiraan tu semua bertahan untuk berapa lama ?

aku teringat..masa aku sekolah..waktu kat kedah..aku byk bercampur dgn anak pesawah..penoreh..kat sini aku betul betul belajar bergaul dgn org..sebelum ni dunia aku terbatas..lepas sekolah bapa aku hantar aku belajar jauh nun di sana .aku tak tahan 9 bulan jer aku kat situ..tapi 9 bulan cukup untuk buat aku kenal erti susahnya jadi aku….aku minta balik..aku bergaduh dgn bapa aku time tu..pasal aku tak suka dgn apa yg dia buat untuk aku..bapa aku kata kalau aku tak ikut apa yg dia buat ..putus duit belanja time tu..aku jawab balik ..aku tak heranlah..ingat tak der duit belanja dia.. aku boleh mati..(memang tak mati..tapi kebulur jer..)..2 bulan aku kebulur tanpa duit belanja..bayangkan tinggal di tempat org tanpa punya duit belanja..nasib baik ada x-bf aku time tu..nak juga dia tanggung bini tak sah dia (pinjam ayat roxy jap..ehhehee)..tapi tak sampai 2 bulan pun.. arwah mak dah hantar wang kat aku …tanpa pengetahuan bapa aku..di sebabkan aku dah betul betul tak tahan time tu..rasa mcm org giler pun yer..aku bagi kata dua kata bapa aku..sama ada aku balik KL sambung study kat sana atau aku terus belajar kat sini tapi dengan syarat aku nak kahwin…(fuhhh..gatalnya aku time ni..) terkejut family aku dengar..esok pagi pagi buta abg aku yg tinggal kat nottingham time tu menjelma depan pintu..terkejut beruk aku..ingat lagi dia kata “ E dah giler ke..umur baru 17 dah nak kawin..cakap mcm org tak der akal..”aku ketawa..aku cakap..”baru je org gertak dah ada org mengelabah..ahhahaha.“..bengang jer abg aku time tu..tapi masa tu aku rasa..aku lah org yg paling bertuah sekali ..nak juga abg datang jauh jauh semata mata nak marah aku..aku rasa time tu betapa aku dihargai..hanya dgn memberi kata dua.. dorang semua ambil berat kat aku..tak habis di situ..hujung bulan mak dgn bapa aku pulak sampai..mak aku tengok keadaan aku time tu..menangis nangis dia peluk aku..berat aku time tu 40-43 kg je ! bayangkan macam tengkorak hidup tak ? gadis yg ketinggian 5’5 mempunyai berat 40 - 43 kg je…macam org anorexia pun yer..memang aku rasa derita sangat tinggal kat sana..aku cuma happy sebab ada x-bf aku je time tu..akhirnya bapa aku tewas dgn pujukan arwah mak ..berjaya juga aku sambung study kat KL...tapi sekali sekala bila aku termenung seorang diri..sayu jer rasa..teringat time ramadhan puasa seorg seorg…arwah mak nanti poskan serunding..rendang..sambal ikan bilis seminggu sebelum puasa..aku nanti buka puasa dlm bilik makan benda benda tu dgn roti..masa time tu aku bergaduh dgn family aku..aku tak balik raya ...pagi raya aku hentam tido sampai tghari buta baru bangun..rasa time tu…apa kena dgn aku ni..ada family tapi mcm anak terbuang..dan sekarang aku betul betul terbuang ! jauh dari mereka mereka yg ada pertalian dgn aku..

dan sekarang situasi yang sama aku rasakan..tadi aku online dgn rakan rakan cyber..tu pun line mengong kejap dc..kejap keluar iklan perempuan untuk di sewa..tgh syok berborak jeng jeng..kuar gambar porno..sabar jerlah..akhirnya semua senyap..mungkin line aku teruk..dan aku rasa panjangnya luahan aku kali ni..lepas geram..akhir sekali ..aku rindu semua..aku rindu bangat..

No comments: