2011 sudah hampir sebulan berlalu...2012 menjengah...
lama sungguh aku tak update blog...bukan tidak punya cerita untuk dicoret..tetapi tidak punya masa untuk berlama-lama dihadapan laptop..
mungkin sudah tiba masanya untuk aku hentikan semua...tiada lagi blog..tiada lagi facebook...jika sebelum ini tiada lagi forum...MUNGKIN...adakah kemungkinan ini akan jadi kenyataan ?
ntahlah...
aku segan yang teramat buat seseorang..apabila disaat seseorang memerlukan aku tetapi aku tiada diwaktu itu...tidakkah itu zalim namanya ? aku punya alasan kenapa dan mengapa...kerana ini bukan sekali terjadi..tetapi sudah berulang kali..dan setiap kali perkara ini terjadi akan timbullah perbalahan dipihak aku..dia dan kamu...untuk itu aku ambil keputusan TIDAK...walaupun aku rasa teramat bersalah...tetapi aku perlu melihat banyak perkara kerana ini membabitkan kehidupan aku..masa depan aku dan segalanya...untuk itu apa lagi yang aku perlu katakan selain dari MAAF untuk seseorang kerana aku perlu pertahankan prinsip kami iaitu antara aku dan dia...
dan untuk perkara ini...aku rasa jika tiada dendam antara dia...aku bersyukur...tetapi jika ini dijadikan ukuran keikhlasan...aku pasrah...dan mungkin sampai saatnya untuk aku berhijrah jauh tanpa seperti aku nyatakan diatas...tiada facebook..tiada lagi blog...dan untuk ini..aku akan sentiasa bertanya...MENGAPA AKU ?
penat di tanah palembang masih berbaki lagi..terfikir sejenak jika aku menjadi penghuni palembang kala ini...usahakan arang batu dengan bersungguh dan menetap terus di sana..tanpa peduli untuk bekerja dan menjaga kepentingan orang lain...hasilnya sudah tentu lumayan...dan waktu itu..aku tidak perlu berfikir panjang jika sesiapa perlukan pertolongan aku... aku tidak perlu bersusah payah untuk orang lain lagi...dan akan kufikirkan..adakah berbaloi keputusan di waktu ini..di saat minda sedang penat..hati telah letih...
arriza :abaikan ayat-ayat di atas jika pening dengan bahasanya...sesungguhnya itu lah luahan aku diwaktu ini...
2 comments:
Stay strong PB
writing or not friendship will always remains...
why nak berjauhan..huhh...kecik ati ngan sapa nih..? my favourite sister jgn berjauh hati. adakala kata kata tanpa nada boleh jadi permahaman yang salah. masalah datang n pergi..kalau tidak ada masalah..bererti Allah tidak memberi perhatian pada kita. DIA uji kita dengan sedikit masalah kerana sayang kan kita. Hidup hanya sekali, merajuk , kecik hati atau dengki atau rasa negatif/positif lain satu benda yang tak leh di buang selama kita ada perasaan tapi asingkan ia kerna jalinan persaudaraan/persahabatan jadikan kenangan itu satu memori yang indah. I love you so much sister.
Post a Comment