Friday 28 January 2011

dam !

minggu depan dah mula cuti panjang...hari ni jengah office lewat petang...ada je benda yang membuat aku sakit hati...berdepan dengan manusia-manusia yang tak reti nak menjaga hati orang....

aku nak marah pun dah besar panjang...ada akal dan otak utk berfikir...tak kan dah dunggu sangat tak boleh nak fikir apa yang dibuat tu betul atau salah...ermm...sakit otak bila ingat...apa-apa pun benda dah berlalu...dan aku jugak yang kena tempias...hanya kerana orang-orang seperti ni nak menyelamatkan diri....jadi jari dituding kepada yang lain...

jujur...aku sangat sangat terasa dan berkecil hati dengan perbuatan dia...sebabnya benda yang melibatkan amanah orang...sedikit sebanyak akan terpalit kepercayaan tu...

aku dah tak reti nk cakap apa...sebab kecewa sangat dengan tindakan dia...

arriza : never n ever trust someone...

Wednesday 26 January 2011

hilang sudaaa...

wow...lamanya blog aku bersawang...bukan tiada apa hendak diluah...tetapi kesibukan masa membuat aku tak sempat nak menjiwang....

ada ketika aku rasa...aku nak bersara terus dari dunia cyber...tapi dalam aku nak stop...ada jer sesuatu yang menarik untuk aku jengah...ditambah sekarang aku boleh ambil masa seketika melepaskan lelah mengadap internet...sebelum ni agak kelam kabut...memandangkan apa yang aku usahakan selama ini telah pun masuk pasaran indon dan kuwait...bangga aku...walaupun agak penat...tetapi melihat pulangan yang dapat membuat aku bertambah bersemangat...aku tak perlu risau laku atau pun tidak...aku cuma perlu menghantar sahaja...sampai sana pihak sana uruskan semua...disebabkan faktor ini lah yang membuat masa aku berlalu begitu pantas...

dan dalam seminggu ini...aku seolah-olah membayar balik apa yang aku tertinggal dicyber...dunia forum sudah lama berlalu buat aku...cuma masuk sekadar berbincang mengikuti isu semasa...kang tak tahu apa jadi orang kata macam katak bawah tempurung pulak dah...

tapi ada sesuatu yang menarik yang aku hendak coretkan disini...perihal seorang forumer yang menjadi "ikon" pun boleh kut...atau forumer idaman wanita pun mungkin...forumer ni telah pun menghilangkan diri...sepi terus...dan apabila namanya disebut...maka keluarlah peminat-peminat dia menjerit -jerit umpama justin bieber keluar pentas nak menyanyi...penuhlah anak anak dara mengilai...kira forumer ni berjaya mencipta fenomenanya sendiri...mujurlah aku tak anggau kat dia seperti mereka mereka yang lain...

tetapi yang aku ingin nyatakan disini...setelah sekian lama dia menghilang...dan timbul pulak forum baru tempat serpihan rakan-rakan dari forum lama forumer itu menghilang....aku terperasan seseorang yang saling tak tumpah seperti mamat yang menghilang ni...naluri aku kuat mengatakan inilah orang yang sedang menyepi tu...tapi aku tak perlu berkongsi dengan sesiapa...kerana hanya aku sahaja yang tahu kenapa aku berkata sedemikian...terlalu banyak persamaan dan kebetulan antara 2 watak ini...walaupun karektor yang dibawa agak berbeza...seperti langit dan bumi....tapi ada sesuatu yang tak bisa kita sembunyi...hanya jauhari yang mengenal manikam kan...

aku sedikit ralat...untuk apa dia perlu berbuat demikian...hampir 5 tahun rakan rakan dpermainkan kalau betullah telahan aku...kalau dia baca apa yang aku tulis...aku hanya ingin menyatakan..." awak memang hebat ! awak sangat berjaya !"

bagi aku dia terlalu hebat kerana nama dan watak ciptaan dia betul-betul berjaya dan menambat hati sesiapa sahaja...bayangkan bakal permaisuri pun kena hentam dengan tulisan tulisan dia...sehingga bakal permaisuri turun mencari dia ...tak ke hebat ?

tak apa lah kalau dia matikan watak itu dengan menghilang dan berharap cerita itu habis berlalu begitu sahaja...mungkin dia mengharap agar tiada orang yang akan memperkatakan apa-apa lagi mengenai forumer itu...bagi aku dia silap...orang akan terus ingat sampai bila-bila...aku tak tahu samada dia mungkin ketawa gelihati melihat gelagat mereka-mereka yang angau atau dia sedih tak dapat bersuara bila melihat orang menghentam watak itu...ermmm hanya dia yang tahu...

tapi...bagi aku...walaupun firasat aku mengatakan itu dia...dan biarlah siapa pun dia bersama watak watak ciptaan dia...dia tetap hebat...

aku hanya mampu melihat dan bersuara didalam hati sahaja...untuk menghentam lebih lebih forumer watak ciptaan dia itu tiada sebarang masalah dengan aku...aku pun senang dan rindu dengan tulisan tulisan dia...

walaupun ada dikalangan forumer lain yang bias dan terlalu anti dengan dia bersama suku sakat dia...apa yang aku boleh nyatakan...aku sendiri kadang sampai ke tahap menyampah dengan orang yang tulis menghentam ikut sedap jari jer...sibuk mengata orang ni tak betul...orang tu tak cantik...orang nun mcm tu lah...macam ni lah...hello kak...tolong tengok diri sendiri sebelum kita nak menjatuhkan hukum kepada orang lain...jangan rasa diri kita betul dan apa yang kita tulis orang akan sokong...dan janganlah terlalu menghentam orang sesuka hati...kita tak berada dipihak orang yang kita hentam tu...so pikir pikirlah...masing masing dah tua...

bukannya tak boleh berbicara langsung mengenai orang lain...tapi ada ketika biarlah apa yang keluar bukan mengenai keburukan orang yang keterlaluan dan mengaibkan...kalau mahu berkongsi pun biarlah itu dijadikan teladan atau sempadan untuk pendoman... ambil ikhtibar atas apa yang berlaku...

dan untuk kesekian kalinya...dunia cyber penuh sebenarnya dengan watak watak ciptaan manusia....mungkin kisah forumer yang aku nyatakan ini sebahagian dari skrip tulisan dia untuk karya seterusnya...

sekian...


arriza : 2011...mulakan hari baru bersama azam baru...