Thursday, 12 May 2011

Fobia...kawan ?

sejak akhir-akhir ini, penyakit fobia aku datang menjadi-jadi dan semakin teruk. Ada banyak perkara yang membuat aku fobia. Aku fobia mengenai makanan, fobia mengenai perhubungan, fobia mengenai persahabatan,fobia mengenai perjumpaan...dan bermacam-macam lagi penyakit fobia aka trauma yang aku hadapi ni.

bila masuk facebook...melihat rakan-rakan berjumpa...tak kiralah rakan sekolah ke rakan apa ke...ada ketika aku rasa macam teringin nak join...tapi bila mengenangkan fobia aku...terus aku tak jadi dan tak rasa nak terlibat untuk bergath ni lagi. Kalau nak jumpa pun biarlah secara perseorangan.

kenapa yer...ini kerana peristiwa setahun lepas...bila aku berjanji untuk berjumpa seorang classmate ...tetapi aku didajalkan dengan kehadiran rakan-rakan baik dia yang tiba-tiba muncul dari arah mana pun aku tak tahu...rata-rata rakan sekolah jugak...bau bau bacang...ada yang aku tak kenal langsung...yang aku geram...dia boleh booking awal-awal tempat kat situ untuk sekian orang...dah lah restaurant yang kami lepak tu tercekik lah jugak tengok harga yang tertera dimenu...sendiri mau ingatlah kan...setakat aku dan dia...aku tak heran..apalah sangat...ini kalau hampir separuh kelas yang muncul...aku pun waktu tu sedang berkira-kira siapa agaknya yang akan melangsaikan bil..memandang rata-rata daripada mereka tak lepaskan peluang order segala menu yang ada...tapi bila hampir 2 jam seorang demi seorang berlalu tanpa bayaran..kemudian meninggalkan aku berdua...dan dengan selamber dia berkata...akulah yang bayar yer memandangkan aku dah janji nak belanja dia...sejuk tangan menghulurkan credit card untuk langsaikan bil tersebut...lepas dari insiden tersebut...ntah mengapa...aku jadi tawar hati untuk berhubung dengan dia lagi...tamat setakat itu sahaja...RM1243 bukan sikit buat aku...

tak kisahlah kalau aku tak punya sahabat...kawan atau teman rapat...sebab aku sentiasa berdepan dengan kes-kes terkena ni...bukan nak mengungkit...tapi tetap nak ungkit...ehehehe...aku lebih senang dengan cara aku sekarang...kawan yang aku kenal berpuluh tahun..berbelas tahunlah yang banyak mengecewakan aku...aku sentiasa jadi orang terakhir buat mereka...dengan kata lain...aku ni tak diperlukan ketika dorang happy...sampailah baru-baru ni waktu aku dapat email dari group-group ni untuk ajak aku join aktiviti yang dorang buat...aku reply..."aku pergi ..aku tak pergi sama jer...kehadiran aku tak ada sesiapa kisah...lain lah kalau aku yang sponsor"... ehehehe terus aku delete group-group berkenaan...

aku tak kisah jadi orang terakhir yang mereka hubungi...sebab aku bukan sahabat terbaik mereka...tetapi aku kisah bila ada yang suatu ketika dahulu susah senang dengan aku..tapi bila dah berjumpa kembali aku ni sekadar persinggahan...bila susah nak kan sesuatu baru teringatkan aku....perlukah aku dengan orang sedemikian ?

sesiapa pun boleh berkawan dengan aku...tetapi untuk ikut rentak aku amatlah sukar...dengan itu aku lebih senang dengan mereka-mereka yang masih setia ada bersama aku tak kira waktu aku bagaimana...Aku bukanlah jenis yang nak melekat 24jam dengan mereka-mereka...aku sendiri rimas nak lepak pagi petang siang malam pot pet bercerita tentang kehidupan...aku punya banyak komitmen lain...aku tak ada masa nak pikirkan itu semua...

tetapi aku amat menghargai mereka yang tahu menghargai aku...kalian memang terbaik buat aku...untuk ini...aku bagi credit buat rakan-rakan cyber yang aku kenal diforum onenet dan IG...itu rakan terbaik yang aku penah miliki...

kalau dulu aku sibuk nak tahu apa kawan-kawan aku buat...bagaimana keadaan mereka sekarang...bayangkan...bagaimana masa berlalu pantas...aku tak punya ruang untuk memikirkan itu semua...tiada apa-apa yang aku mahui fikir...aku rasa sebelum ni aku banyak mengarut dalam kehidupan...sekrang masanya untuk aku perbetulkan balik semuanya...

sekarang aku tak penah rasa cemburu melihat orang lain punya sahabat baik..punya seseorang untuk berkongsi suka duka...kerana aku rasa aku cukup rimas untuk berkongsi segala...biarlah Allah sahaja tempat susah senang aku mengadu...Seperti kata lagu Aghan tu...Kau tempatku meminta...Kau beriku bahagia...Jadikan aku selamanya..HambaMu yang slalu bertakwa...

Pesanan Al-Qamah kepada anaknya :
1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Arriza : kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang...tapi malam ni nak pergi wedding Tg Zawyah nak bawa saper yer...ehehehe

5 comments:

Anonymous said...

setuju!!! kwn x kekal setia nye dgn kite. Tapi Allah sentiasa bersama2 kite...kwn mudah berubah hati..Tapi Allah x pernah berubah kasih pada umat Nya. (^^,)

Rin Ahmad said...

i tak ada kawan baik!
hidup i sendirian di ofis...
lepas office hour.. hidup i bersama family... (suami dan anak)

itu lagi bahagia...

i sama macam u gak... ada ke tak ada ke i ni tak penting bagi siapa2 pun... i bukan laa sahabat yang baik... apatah lagi perfect!... tak ada yang menarik untuk di kenang.. untuk di hargai dan sebagainya.. tapi bila kawan2 susah.. insyaallah selagi daya.. i cuba membantu... di hargai atau tak.. i tak kisah.. janji Allah tau sapa i..

kan PB kan?

strawberi said...

sy pun tk punya sahabat..sume sy anggap sama saje..sbb tanak sakit ati..hanya famili je tmpt mengadu..
:)

saba je lah ngan kwn2 akak..makan sampai 4 angka tuh..perghhh


-sb

Unknown said...

kawan baik..hmmm..kononnya ada tapi kawan baik mengata kat belakang..n baik kat depan..kawan baik ker tu? tapi yang pasti makcik takda kawan sejati.

semoga kita sentiasa di rahmati dan di lindungi ALLAH dari orang orang yang sentiasa berniat jahat dengan kita.

Alang AD said...

Sedih ai baca entry yu nih.. Isk...
Jaga diri baik2 yer kakak.. :)