Sunday 18 July 2010

tak faham...

1. aku tak paham tengok iklan air mineral...antara ayat dia berbunyi..." percuma sahaja...hanya dengan 25sen sehari..."

2.baru ni pergi JJ...kononnya hari tanpa plastik...tapi untuk meletakkan barangan tersebut ke dalam plastik...bayaran 20sen untuk setiap palastik dikenakan...dah kata tanpa palstik..pakai jer lah beg kertas...waduhh..musykil...

3.harga minyak dan gula diselaraskan..dengan ini kerajaan dapat menjimatkan kos bernilai 800m katanya..tetapi bulan lepas aku terbaca kos membina istana khabarnya bernilai 800m...fungsi istana semahal tu ? rakyat boleh 1malaysia berlindung kat dalam tu bila jadi apa-apa ?

4. tadi di mingguan malaysia sebut...Norman KRU buat serbuan keatas peniaga cd dan vcd cetak rompak di pasar malam selayang..mengapa serbuan keatas peniaga vcd cetak rompak tahap ikan bilis ? kenapa tidak dia buat serbuan di petaling street nun ? dari mula masuk simpang..sampai kehujung bersepah cd cetak rompak...kalau betul nak banteras cetak rompak...cabut sampai akar...bukan setakat tebas pucuk daun jer...

cukuplah 4 yg aku tak faham...kang lagi banyak lagi penin...

arriza : bumi dipijak milik orang...

1 comment:

Alang AD said...

Buat tak paham je la kalo cenggitu.... Tapi kan, harga minyak ngan gula diselaraskan tu apa maksud eh? Hmm.. Buat tak paham je lahh.. Huhukk...