Friday, 5 October 2007

ramadhan datang dan pergi..

http://img489.imageshack.us/img489/2003/signatureopenhousesg4.gif

dah lama aku tak catatkan sesuatu kat sini..sejak kebelakangan ni..aku mempunyai satu aktiviti baru..mengattack org..leka aku dibuatnya dgn permainan ni..mujurlah aku kembali ke IG setelah bosan dgn beberapa forum yg lain..amnet memanjang tsunami..ditambah lagi dgn karenah forumer yg silih berganti..yg asal ramai dah berhijrah...sama situasi dgn kool..onenet dan mindsay...semuanya sunyi sepi..tergerak untuk aktif di IG..rupanya ada hikmah atas apa yg berlaku..Alhamdulillah..kat sini aku lebih mengenali kawan..sahabat..teman..ramai kawan kawan dari tahun 2003 lepak di sini rupanya..dan kat sini jugak aku diperkenalkan dgn forum GS..ehehehe...aku enjoyed dgn keadaan skrg..aku tak perlu sesiapa utk ber ym bila bosan..aku tak perlu jadi penunggu setia di forum seperti dahulu..dan koleksi kawan kawan aku semakin bertambah..

sehingga kelmarin aku selalu appears online untuk org tertentu jer..tapi kenapa aku tergerak untuk appears online dgn semua..bertubi tubi mssg masuk..semuanya rakan rakan forum di 2...3 rumah tu...dan bermacam macam cerita aku dengar sepanjang peninggalan ku..apa apa pun aku mungkin pendengar yang baik..tapi aku bukan penasihat yg baik..ada yg kecewa..ada yg gembira ..ada yg ajak buka puasa sama..ehehehe..seperti biasa aku tidak akan join kalau ramai..dan jawapan yg aku terima..girl n roses sombong..wiwiet berlagak..wiet pilih bulu..mcm mcm..

tidak pernah terfikir dorang..mengapa aku buat macam tu..mesti ada sebab kan.. dari dulu aku dah cakap..aku tak akan join dorang lepak ramai ramai mcm tu.. tapi bila IG nak anjurkan charity funchion untuk anak yatim..aku rasa terpanggil untuk membantu apa yg patut..sebab aku tahu nasib mereka macam mana...kecil kecil dah tak ada siapa..bersendirian mengharungi hidup..baru ni aku dapat singgah 2 rumah anak yatim..satu di kundang..satu di setapak..bertapa tersentuhnya aku..menyesal pulak aku..rumah anak yatim di setapak tu antara rumah yg dicadangkan ku mac mulanya..tapi IG pilih rumah anak yatim baitulamal rawang sebab budak dia tak ramai..tapi rumah anak yatim di setapak..seramai 70 org terlalu daif dimata aku...nanti aku akan buat cerita detail pasal rumah anak yatim ni..aku harap tahun depan rumah ni akan jadi pilihan pulak..selalu aku buat kerja mcm ni di pahang jer...kali ni aku support IG dari segi apa yg mampu..Alhamdulillah..usaha murni IG dapat sambutan..InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar..

dan aku tak tahu setiap kali ramadhan menjelma..aku akan jadi manusia yg paling sayu .. tahun ni merupakan tahun kelima aku sambut ramadhan tanpa anggota keluarga yg lain..semoga roh kedua ibubapaku ditempatkan dikalangan orang yg beriman..AMIN..

untuk tahun ini..seperti biasa..raya tidak mendatang erti apa apa buat aku..

No comments: