Wednesday, 31 March 2010

Ooooo....


arriza: ermmm...

Friday, 26 March 2010

" S "


tadi tenghari lepak bersama member sekolah di KLCC...liza teringin nak makan chillis...so aku pun ajaklah sue n 3 member lain join...kami berlima...teringat dulu...tamat sekolah menengah..2 tercampak ke UK..2 tercampak ke US...seronak jugak duduk sambil mengimbau kenangan alam persekolahan....kami pun berbual...tapi dalam banyak banyak topik...ada satu topik yang buat aku terfikir sehingga sekarang...perihal sahabat aku...

tadi masa sue beritahu ...sahabatku S minta semua kawan kawan jangan menghubungi dia lagi...aku hanya terfikir..ada sesuatu yang tak kena dgn S..aku kenal S bukan sehari dua...tapi kami terputus hubungan selepas S berkawen beberapa tahun lepas...dia berpindah dan tukar phone number..sejak dari tu..aku tak dapat nak contact S lagi...sehinggalah munculnya facebook...maka S dapat aku jejaki...dan sue pun dapat berhubung dgn s...aku pelik bila mail aku di facebook..s reply seperti orang asing..sedangkan antara aku dan s...berkongsi segala...tiada rahsia antara kami...segala kisah menjadi suka duka perhubungan kami...aku dan s banyak persamaan...selain nama akhir dan paggilan yang sama...

kisah dia kisah duka...dia dilahirkan di california USA...bersama dia..adik kembarnya...7 tahun membesar disana...dia dipisahkan dengan adik kembarnya angkara ibubapa yang dah tak sehaluan....dia dibawa balik kemalaysia oleh ibunya...manakala adik kembar dia terus di california bersama bapanya...bermula dari titik perpisahan tersebut...dia merasakan mengapa mereka mereka zalim dgn dia...sehinggalah kami ditemukan...aku bagaikan kembar dia...sehinggakan aku duduk dgn member lain ..dia akan menangis cemburu...dia terlau diam...dingin dgn sekeliling...hanya aku yang sedar kewujudan dia...betapa sayangnya dia dgn aku...hanya aku jer yang faham...apa yang dia miliki..aku akan miliki..kerana itu ingatan dia buat aku...dia akan beli segala yang dia mahu dua...untuk aku satu...

bila ibu dia sanggup bermadu menjadi isteri ketiga...akulah tempat dia hari hari meluahkan kebencian dia kepada bapa tiri..."za...ari ni kita berjaya calarkan merc bapa tiri kita...habis keliling kita gores dgn paku...padan muka org tua gatal tu"...setiap hari ada sahaja kebencian dia terhadap mereka mereka disekelilingi dia...teringat masa form 3...gilernya dia pada tommy page...masa tommy page datang malaysia...sanggup dia bersengkang mata tunggu tommy page kat airport...tak cukup dgn tu...aku diheret untuk temankan dia berjumpa tommy page...terlalu banyak untuk dikenang...last aku berbual panjang dgn dia 2 bulan sebelum dia kawen...3 jam kami bergayut...

tapi tadi sue beritahu..ada sesuatu terjadi dalam hidup dia....termasuk perpisahan dgn suami...semua itu memaksa dia untuk buang segala kenangan lalu...dia tak mahu lagi kenang apa apa yang berkaitan dgn kenangan lampau...semua mail rakan rakan dibalas dgn.."sorrylah..my memory lost" aku pun masa baca ayat dia..aku terfikir ..dia ni accident sampai hilang ingatan ke...rupanya tidak...dia memaksa untuk melupakan segala...termasuklah aku...semua pelik bila aku katakan dgn aku sekali dia nak lupakan...aku rasa nak cekik dia...tanya ko ni apahal pun ada jugak ...tapi bila fikir balik...setelah renungkan semua kisah dia sedari kecil...malah kami penah berkongsi kepahitan yang sama suatu ketika dahulu...berilah dia ruang untuk dia kembalikan semula kehidupan dan kegembiraan dia...aku tetap akan cari dia setelah ruang tersebut dia miliki....tapi bukan dalam masa sekarang...

dia sahabat yang terlalu pelik dan unik...yang terlalu sukar untuk orang lain fahami kecuali aku...kerana aku ada apa yang ada dalam diri dia...apa yang mampu dari aku...hanya doa moga Allah ceriakan dia kembali...amin...

arriza : sheriza...miss u so much...