Thursday, 8 February 2007

hati telah letih....

poyo nyer tajuk...ehehhehehe

Baru kejap ni aku habiskan novel “Gelora Jiwa”…best gak citer dia..tapi apa yg menarik dalam novel ni aku tertarik dgn watak perempuan yg menderita sakit “traumic depression”.dalam buku tersebut perempuan tu dirogol bergilir gilir semasa menuntut di U.S kemudian dia hamil...dia meninggal semasa melahirkan anak..dan anak tersebut cacat di bhgn kaki..itulah sebahagian cerita yg buat aku teruja untuk menghabiskannya hari ni juga..

Aku sebelum ni pernah berdepan dgn pesakit traumic depression ni..dia menjadi trauma selepas satu peristiwa semasa dia kanak – kanak..apabila dewasa ..dia menjalani kehidupan seperti remaja yg lain tetapi dunia dia hanya ibu dia sahaja yg memahami tidak orang lain..dia melihat bagaimana ibu yg menderita bersuamikan orang asing..dan ibu juga asing di bumi orang..dia mengambil keputusan untuk berkahwin awal lantaran dia berjumpa dgn seorang..walaupun ketika itu dia tahu apa yg di lakukannya adalah silap..kerana bukan itu yg dia hendak..perkahwinan yg dibina atas dasar kasihan dan tak sampai hati tu dipertahankannya..hanya kerana kata kata ibu..bertapa mulianya suami di sisi isteri sehingga Rasulullah kata jika suami itu perlu disembah akan ku suruh utk sembah ..maka dia hanya mempertahankan apa yg dia ada..di awal perkahwinan dia mengandung sehingga terasa pergerakan bayi yg dikandung..terbayang lagi detik bayi menendang perut..tetapi itu semua tidak lama..bayi tersebut meninggal di dalam perut sebelum tiba masanya..hanya Allah yg tahu bertapa kecewa nya dia melihat bayi yg sudah cukup sifat dilaharkan tetapi tidak bernyawa..bagaimana azabnya dia meneran ketika itu..hanya mereka yang melaluinya sahaja yg tahu..dan perkara itu terjadi semasa ulang tahun perkahwinan yg ke 3.hari lahir dan kematian anak sama dgn ulangtahun perkahwinan dia..tetapi dia cuba untuk kuat..kerana ibu sentiasa ada untuk memberi semangat..waktu itu dia tak perlu siapa..cukuplah ibu dan suami untuk dia..

Tidak berapa lama kemudian..ibu dia meninggal pada hari lahir dia..dan dia rasa itulah hadiah yg paling hebat dia terima..kematian ibu di hari lahir..bermula dari sini dia mula mengalami traumic depression..ditambah dengan sakit yg dia alami sedari kecil yg berkaitan dgn kepala..dia jadi sensitif terhadap sesuatu perkara..dan dia mula bercampur dgn masyarakat sekeliling yg sebelum ini dia tak penah campur..dia mula bergaul..tetapi satu demi satu peristiwa yg terjadi..org sekeliling hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan dia..dia seorang yg mudah simpati dgn org..tetapi perkara itu membuat dia tak ubah sebagai kawan semasa gembira..bukan kawan suka duka..dan ini membuat dia terus memencilkan diri dgn dunia luar..di samping suami yg tak memahami..cemburu tak bertempat..sesuatu perkara yg terjadi terhadap orang macam dia ni..apabila dia rapat atau memiliki sesuatu barang ..dia akan menghargai dan menyayangi benda tersebut melebihi diri dia..kerana bagi dia hanya org dan barang tersebut akan memahami..tetapi perkara itu tidak untuk org yg dia rapat..ini hanya merimaskan org tersebut..malah org tersebut akan mengalami tekanan utk itu..dan utk kali kedua dia di sahkan mengandung..seawal usia 3 minggu ..kandungan tersebut gugur angkara sifat panas baran suami..tetapi tiada siapa yg tahu..kerana itu sesuatu yg memalukan bagi dia..maruah suami perlu di jaga..tetapi di saat sebegitu juga masih tiada org yg cuba untuk memahami..

saya pernah bertengkar dgn seorang kawan yg mengambil bidang psychologist ni..dia kata pesakit traumic depression ni kita perlu dinasihat..melarat boleh jadi skizofrenia..lupakan benda yg berlaku tu..saya kata “ u tak pernah mengalami perkara tu..so u jgn cakap..kita tak tahu apa yg pesakit ni rasa…bukan nasihat yg dorang perlukan..Cuma dorang minta kita dekati..fahami..dan dengar apa yg dorang cakap..itu jer...

dan aku rasa sesuatu yg terjadi tu sebenar nya dah cukup adil buat kita..di waktu kita terpilih menerima kesenangan dan menjalani kehidupan yg sempurna..kita tak pernah bertanya mengapa kita terpilih…tetapi di saat kita diuji dengan ujian NYA..kita selalu persoalkan mengapa aku yg terpilih..mengapa aku diuji..ALLAH sudah mencipta sesuatu tu dengan sebaik baik kejadian..ada hikmah yg tersembunyi yg kita tidak sedari...

sekian luahan arriza untuk kali ni...hati telah letih...

No comments: