Friday, 17 May 2013

Kembara Timur Tengah


MasyaAllah...lamanya blog ni bersawang..disebabkan faktor bz yang melampau dan ketiadaan mood aku untuk menulis.

Aku sekarang menyibukkan diri dengan aktiviti amal misi kemanusiaan. InsyaAllah selepas Palestin aku bakal menyusul ke Syria pada penghujung june ini sehingga 7 julai.

Minggu depan 23 june sekali lagi aku akan menjadi tetamu Allah untuk umrah yang kesekian kalinya. Alhamdullilah Allah murahkan rezeki untuk aku terus berkunjung ke Tanah Suci. Sekembali dari umrah pada 2 june aku terus masuk Mesir dan bermulalah misi kembara timur tengah. Antara negara yang bakal aku susuli untuk kali ini selain Mesir...Oman, Turki, Bahrain, Qatar, Kuwait dan Jordan. Aku akan kembali pada pertengahan june dan menyusul ke Syria selepas itu..

Harap untuk tahun 2013 ini aku dapat selesaikan misi menghabiskan jelajah seluruh bumi Timur Tengah. 

Semoga perjalanan aku dipermudahkan...Aminn

Arriza : Mood menulis dah hilang...hilang naluri... :)

*gambar tu masa aku di Pyramid Egypt Dis 2012.

Thursday, 10 January 2013

Palestin Aku Datang - part 5



Ini petikan dari Utusan Malaysia semasa kami mengahadiri Perhimpunan ke 25 tahun Hamas.Lagu yang berkumandang ni sekarang menjadi ringtone aku.

LAUNGAN nyanyian patriotik ‘Gegarkan Keamanan Israel’ oleh kumpulan nasyid Al-Wa'd ketika kumpulan 120 sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 yang dibawakan oleh Aman Palestin memasuki padang Kompleks Khatiba Khadrat di tengah-tengah Gaza City baru-baru ini memuncakkan satu tenaga baru di kalangan sukarelawan.

Kepenatan melalui perjalanan sejauh kira-kira 8,000 kilometer dari Kuala Lumpur melalui Mesir sehinggalah sukarelawan berjaya menjejakkan kaki ke bumi Gaza tidak dirasai, malah, semangat baru mula memuncak untuk membantu saudara sesama Islam yang terkepung di tanah air sendiri.
Tidak ada seorang rakyat Gaza yang tidak mengenali Malaysia ketika disapa malah, mereka akan berebut untuk bergambar bersama-sama para sukarelawan selepas ungkapan ‘Malaizi’ (Malaysia) diucapkan ketika ditanya ‘Min ayna anta?’ (Awak dari mana?).

Malah, 120 sukarelawan Aman Palestin yang menyertai lebih 500,000 penduduk Gaza dengan membawa bendera Malaysia pada 7 Disember lalu diberikan laluan mudah untuk bersama-sama mereka meraikan kejayaan peperangan lapan hari dengan Israel yang berakhir dengan gencatan senjata baru-baru ini.
Berjalan kaki sejauh lebih 2 kilometer dari hotel penginapan sukarelawan di dalam cuaca sejuk mencecah 11 darjah Celsius juga tidak dirasai selepas sambutan hangat diberikan penduduk Gaza terhadap semua sukarelawan.

Getir
Itulah Gaza. Penduduk dan bandarnya seolah-olah merahmati perjalanan sukarelawan sejak dari Kuala Lumpur. Sejak bertolak pada 5 Disember lepas, perjalanan 120 sukarelawan oleh Aman Palestin tidak banyak halangan.

Berbanding kata-kata Ketua Misi Solidariti Gaza 2012, Anas Abdul Wahab yang menzahirkan pengalaman beliau melalui perjalanan getir ke Gaza sebelum ini membuatkan kami tidak senang duduk.
Manakan tidak, beliau menyatakan sebelum ini, pengalaman perjalanan dari Kaherah sebelum memasuki Gaza akan melebihi 10 jam. Malah, akan lebih lama jika masalah Imigresen di sempadan Mesir-Gaza tidak dapat diselesaikan.

Namun sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke Gaza, azan Maghrib kedengaran di Kompleks Imigresen dan Informasi Gaza dalam satu perjalanan yang lancar sejak berlepas kira-kira pukul 9 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Perhimpunan di Kompleks Khatiba Khadrat itu merupakan satu himpunan meraikan kemenangan terhadap peperangan dengan Israel selama lapan hari dan dalam masa yang sama untuk menyambut ulang tahun penubuhan Hamas yang ke-25.

Kibaran Jalur Gemilang di tengah-tengah kibaran bendera Hamas dan Palestin sambil nasyid dan laungan semangat berterusan tanpa henti sehinggalah pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh yang juga merupakan Perdana Menteri Palestin sekarang bersama-sama Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mashaal secara simbolik muncul dari dalam ‘perut’ replika roket Briged Ezzedeen al-Qassam, M75 dan disambut dengan laungan Allahuakbar! beberapa kali.

Hak milik
“Palestin merupakan tanah tumpah darah kita dari laut (Mediterranean) ke sungai (di Jordan), dari utara ke selatan. Kita tidak boleh berganjak seinci pun dan kita juga tidak boleh menyerahkan apa yang menjadi hak milik kita.

“Tentangan merupakan cara yang paling baik untuk mendapatkan hak kita kembali - melalui perjuangan sama ada secara politik, diplomatik, perundangan dan populariti. Apa pun, semua itu tidak akan berjaya tanpa tentangan," kata Mashaal yang menerima tepukan gemuruh dari semua yang hadir.

Menariknya, semua penduduk Gaza yang hadir di perhimpunan itu tidak gentar dengan apa yang mereka alami sebelum ini.

Lebih satu pertiga dari keseluruhan rakyat Gaza seramai 1.5 juta keluar sejak pukul 7 pagi lagi untuk berada bersama-sama para pemimpin mereka.

Tidak kira yang tua, muda, lelaki, perempuan, kanak-kanak mahupun bayi berada bersama-sama semua yang ada tidak berganjak walaupun hujan sesekali dan seketika lebat.
Malah semakin ramai terus memenuhi Kompleks Khatiba Khadrat yang sebelum ini turut dibom oleh jet pejuang Israel, F16.

Sukarelawan Malaysia yang hadir di perhimpunan itu turut berada di barisan hadapan untuk menyaksikan sendiri bagaimana sokongan rakyat Palestin terhadap pemimpin mereka walaupun sebelum ini Mashaal berada di luar Palestin sejak dilahirkan di Silwad, utara Ramallah.

Apa yang menarik mengenai Mashaal ialah, dia berjaya memimpin Hamas dari luar Gaza. Malah, dia juga berjaya menukar lebih 1,000 rakyat Palestin yang ditahan di Israel dengan seorang tentera Zionis, Gilad Shalit yang ditawan di selatan Gaza pada tahun 2006.

Kehadiran 120 sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 memang ditunggu-tunggu rakyat Palestin. Mereka memang sudah mengenali Malaysia melalui Aman Palestin yang mula menghulurkan sumbangan rakyat Malaysia sejak tahun 2004 lagi.

“Melalui sumbangan rakyat Malaysia, kami berjaya salurkan kesemuanya untuk pembangunan Palestin terutama di Gaza. Melalui misi ini sahaja, sejumlah RM1.8 juta berjaya disalurkan untuk pembangunan Gaza.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121223/re_14/Sukarelawan-penguat-semangat-Gaza#ixzz2HYQ7eDLn
© Utusan Melayu (M) Bhd 



video ni masa perhimpunan Hamas.Aku diantara ratusan ribu manusia yang membanjiri dataran itu.Aku rindu Palestin...sungguh...

Wednesday, 9 January 2013

PALESTIN AKU DATANG - part 4

Sekembali dari rumah keluarga adik Doluo yang kehilangan 14 ahli keluarga dalam serang baru-baru ini, kami dibawa melawat kawasan yang musnah dibom. Antaranya bangunan Kementerian Penerangan Palestin, balai polis dan beberapa tempat awan. Seperti biasa melawat kawasan-kawasan seperti ini mata hanya mampu memandang, mulut tak mampu berbicara.

Baru dua hari berada di bumi Palestin,ada yang merungut air di sini terlalu masin.Rupanya air di Palestin datangnya terus dari sumber laut.Air dan elektrik dikawal rapi oleh Israel.Semasa aku melawat kawan Riffan di sebuah kampung yang jaraknya 20 minit dari bandar Gaza.Suasana di situ gelap gelita.Ketika itu pukul 8 malam. Rupanya kampung tersebut menerima bekalan elektrik dari pukul 10 malam sehingga 6 pagi sahaja.Selepas waktu itu bekalan elektrik dicatu.Itulah rutin setiap hari.Bayangkan penduduk Palestin terpaksa memaksa menggunakan air mineral yang dibeli.Aku dan rombongan baru dua hari tiba pun dan terdengar rungutan mengenai air masin ini.Inikan mereka yang menetap terus di situ.Ada ahli rombongan yang tidak tahan dengan air masin yang terpaksa kami gunakan untuk mandi dan kegunaan harian, mereka mebeli air mineral tong besar.Jenuh mengangkut.Tetapi bagi aku, nawaitu kita ke bumi Palestin untuk merasa penderitaan orang Palestin tak perlulah nak merungut apatah lagi mencari sumber air lain. Bayangkan pagi-pagi menggosok gigi menggunakan air masin ini.Ketika mandi sabun mahupun syampu yang digosok tidak berbuih kerana kesan garam yang ada.Rambut menjadi kusut masai.Tergelak besar aku ketika sarapan pagi Mahfoz memberitahu setiap kali mandi dia akan membilas dengan sebotol air mineral. Itu belum masuk part bilamana heater tidak berfungsi dengan suhu cuaca 10 darjah celcius kami terpaksa menahan kesejukan untuk mandi pagi.Tetapi waktu aku di Mesir suhu mencecah 6 darjah celcius.Nasib baik tak ke Beijing sekarang ni , suhu -6 darjah celcius khabarnya.

Waktu berjalan-jalan di bandar Palestin ini, kita dapat melihat panorama yang tenang.Tiada langsung peminta sedekah dijalanan.Bayangkan mereka seboleh-boleh tidak mahu menunjuk kesengsaraan mereka.Di raut wajah mereka sentiasa terukir senyuman. Kanan-kanak di sana berminat untuk diambil gambar sahaja. Tetapi ada satu peristiwa yang menjadi kenangan buat aku dan rombongan, apabila setiap kali kami mengambil gambar kanak-kanak ini ada yang akan menanya kembali bila agaknya mereka boleh dapat gambar tersebut. Soalan tersebut menjadi sayu jika kanak-kanak yang bertanya itu tidak mempunyai kemudahan internet. Soalan tersebut akan menjadi lucu jika kanak-kanak itu seorang yang agak maju, kerana dia akan memberi facebook , email dan telefon nombor untuk dihubungi semula bagi mendapatkan gambar tersebut.

Satu peristiwa yang membuat hati kecil aku tersentuh apabila aku menghulurkan gula-gula kepada seorang kanak-kanak.Gula-gula tersebut aku letak  ditelapak tangan dalam kuantiti yang agak banyak.Kanak-kanak ini mengambil satu sahaja. Aku menanya kepada anak ini mengapa satu tidak lebih.Dia menjawab di dalam bahasa arab sambil menunding jari kearah kawan-kawan yang lain.Aku bertanya kepada ustaz yang kebetulan berada disebelah aku apa yang anak ini katakan.Anak ini menjawab soalan aku dengan berkata " jika saya mengambil lebih, bagaimana dengan kawan-kawan yang lain..mereka tentu tidak dapat merasai gula-gula ini ". Waktu ini aku terkedu. Otak aku terus terbayang anak-anak di bumi lain.Diberi satu tidak pernah mencukupi. Akan berbaris lagi untuk mendapat lebih.Jika dihulur gula-gula sedemikian dan tentu secekak digenggamnya.Ya Allah, betapa hebatnya anak kecil ini.Betapa bertuah ibubapa yang memiliki anak seperti ini. Dia ada rasa tanggungjawab, dia tidak mementing diri sendiri. Aku berharap nak-anak di bumi Malaya jadilah seperti mereka. Semangat mereka tidak pernah luntur.

bersambung part 5..dimana kami meraikan hari ke 25 tahun Hamas, dan bagaimana kami berdepan dengan tentera Israel yang melepaskan gas pemedih mata buat rombongan kami.

Thursday, 3 January 2013

PALESTIN AKU DATANG - part 3



Keesokan harinya..setelah penat melepaskan lelah semalam selesai sarapan pagi iaitu roti bersama Hummus, aku berjalan-jalan di tepi pantai yang terletak di belakang hotel kami menginap. Pantai ini merupakan kawasan nelayan menangkap ikan.Di pantai ini, nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan sejauh 6 batu nautika.Melelbihi jarak itu nelayan akan di tembak oleh tentera Israel. Bayangkan di kawasan yang agak sempit,sampan dan bot-bot nelayan begitu padat antara sama lain.Sekarang musim sejuk jadi hasil tangkapan agak memberangsangkan.Tetapi bila tiba musim panas hanya anak-anak ikan sahaja yang mampu.

Dapat dilihat anak-anak nelayan ini begitu berdikari.Ada batu di tendang batu.Ada tangga dimainnya tangga itu.Ketika ini aku berbual bersama kanak-kanak Palestin ini.Mereka mudah mesra.Ada yang menanya kepada aku, Malaysia tu jauh tak ? Aku jawab jauh ,20 jam baru sampai.Anak tadi terdiam sambil memikirkan sesuatu.Aku tanya mengapa.Dia berkata, kalau selepas ini aku datang kembali dia mahu memesan sebiji bola untuk di main bersama rakan-rakan. Jawapan itu buat aku tersentuh.  Sebiji bola d main beramai-ramai hampir 30 orang.Terbayang anak-anak di Malaysia, sebiji bola di longkang, sebiji lagi di bawah kereta.Bola di merata-rata.Tak pun anak-anak bumi Malaya di tangan berkepit bersama psp, ipad, tab dan bermacam gadget lain.Tetapi anak-anak Palestin tiada itu semua.Mereka mampu ketawa bersama-sama.

Selesai jalan di pantai, aku kembali ke hotel.Rombongan kami akan di bawa ke Masjid Palestin untuk solat jumaat.Kaum wanita turut serta solat jumaat.Di sini kita dapat melihat bagaimana anak-anak kecil dari usia 2 tahun telah di ajar ke masjid.Yang paling mengagumkan aku, seorang kakak berusia 5 tahun memimpin adik kecil berusia 2 tahun ke masjid tanpa ada orang tua bersamanya.MasyaAllah bagaimana amannya bumi Palestin ini.Anak kecil bebas kesana ke mari tanpa perlu si ibu gusar.Hanya serangan bedilan laknat dari yahudi yang cukup menakutkan mereka.Tetapi dari segi lain, tiada jenayah,tiada maksiat di bumi ini.

Anak-anak Palestin cukup berbudi bahasa,lemah lembut.Dalam masjid dapat di lihat bagaimana kusyuknya mereka menghayati khutbah.Waktu itu khutbah dibaca oleh seorang Menteri sempena meraikan rombongan kami.Berkali disebut penghargaan kepada kami atas kunjungan dari jauh ini.

Selesai solat, kelihatan peniaga menjual buah, manisan dan kacang di luar masjid.Tetapi waktu aku mahu membayarnya, peniaga tersebut menolak bayaran.Katanya aku tetamu Allah.Tetamu perlu dirai, rezeki dia Allah akan beri lain.Dia memberi hasil jualan dia secara percuma kepada aku.Ya Allah, hebatnya penduduk bumi ini.Di saat mereka sendiri memerlukan belanja tetapi dia sendiri sedekah sahaja hasil jualannya kepada aku.Bukan aku seorang sahaja yang di beri percuma tetapi begitu juga dengan rakan-rakan lain.Rakan-rakan rombongan aku berkata, sebaik sahaja mendengar kami dari Malaysia terus dia membahagikan hasil jualannya.

kemudian kami dibawa ke rumah yang telah dibom oleh Israel.Aku antara orang terawal tiba di situ.Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menanti bersama rakan-rakan yang lain.Aku disambut oleh jiran kanak-kanak tersebut.Dia menangis memeluk aku.Ketika itu rombongan yang lain sibuk melawat tapak rumah yang musnah dibom.Jiran tersebut menceritakan dengan tangisan penuh esakan dalam bahasa arab kepada aku tetapi aku tak faham.Tidak lama kemudian ahli rombongan Amie Sofia dari TV Al Hijrah yang merupakan juara program Soleha tiba.Amie fasih berbahasa arab dia terjemahkan setiap butir yang keluar dari mulut wanita itu. Rupanya kanak-kanak lelaki itu telah kehilangan 14 ahli keluarga dia dalam serangan baru-baru ini. 4 adiknya meninggal di depan mata dia.Turut terkorban ibu, datuk, nenek, makcik, pakcik dan sepupu beliau.Bangunan yang menempatkan mereka sekeluarga musnah dibom.Anak kecil ini trauma hampir 4 hari tidak boleh bercakap, kerana ketika itu dia sedang bermain bersama adik-adiknya.Aku memeluk erat adik ini. Sayu yang teramat sangat. Hanya dia bersama bapanya sahaja yang tinggal.
 Gambar ehsan dari Shahrina Ahmad Shakawi ahli rombongan yang turut serta. Si ibu sedang memasak untuk juadah malam ketika rumah mereka dibedil. Ya Allah..kejamnya yahudi.Anak-anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan mereka.Aku melihat pinggan kanak-kanak yang retak.Terbayang ketika itu anak kecil ini sedang makan pinggan ditangan.

Ketika itu, tiada yang mampu berkata apa.Dapat di lihat mata masing-masing berair.Baik lelaki mahupun perempuan.Semua kelu.Aku yang sempat memeluk adik Jaluo, satu-satunya anak Al-Dalou yang tinggal.Aku  hulurkan sedikit wang kepada dia.Dia seboleh-bolehnya menolak pemberian aku.Aku berkata buat beli gula-gula.Dia menggelengkan kepala.Ya Allah, sekali lagi aku di uji.Anak sekecil ini menolak pemberian aku di saat orang lain sibuk mengejar wang.Aku selitkan juga di dalam poket seluar yang dipakai.Ketika ini bukan aku sahaja mengalami nasib yang serupa.Rakan lain turut mengeluh kerana ketika mereka mahu memberi sumbangan jiran-jiran yang menjaga adik ini semuanya menolak pemberian tersebut.

Mereka tidak meminta-minta.Walaupun diberi mereka menolak.Duit tidak memberi sebarang makna buat mereka.Tambahan pula apa yang mereka ada telah musnah dan mereka kehilangan segala.Syukurlah kita yang masih punya kehidupan yang sempurna di bumi bertuah ini..

bersambung...

Friday, 28 December 2012

Palestin Aku Datang - part 2

Setibanya di Rafah, selesai proses di Imigresen hampir 1 jam kami di bawa masuk ke bumi Palestin.menjejakkan kaki ke dalam tanah Palestin semua hampir terdiam.Rasa tidak percaya,perasaan berbaur.Hanya kalimah Alhamdulillah sahaja yang mampu di ucap.Betapa syukur kehadrat Allah kerana semuanya depermudahkan, tidak seperti yang dijangka.

Tiba di sini, kami disambut oleh warga Aman Palestin
bersama Menteri Luar Palestin dan kakitangannya di Wisma yang menempatkan pameran mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin. Di sini juga dipamerkan kereta Al Syahid Al Jabari yang terkorban pada serangan 8 Nov 2012 lalu.Kami ditontonkan tayangan video serangan selama 8 hari serangan tersebut.Keluar dari bilik tayangan semua mata merah-merah berair.Sebak menyaksikan anak kecil yang menjadi mangsa.Gambar-gambar yang tertera di dinding semuanya cukup untuk menceritakan penderitaan mereka.

MSG2012 dibawah Aman Palestin Malaysia turut mengadakan sidang media selesai sahaja seisi tayangan semua.Menteri Luar Palestin mengalu-alukan kedatangan kami.Jelas terlihat di wajah masing-masing apabila rombongan kami disambut dengan linangan airmata.Pelukan padu mereka kepada kami begitu ikhlas. Mereka terharu dengan sokongan rakyat Malaysia buat Palestin.
Selesai seisi beramah mesra, kami semua dibawa ke CommodoreGaza Hotel.Aku ditempatkan di sini bersama yang lain.Ada satu rombongan lagi berhampiran kami di Beach Hotel. Hotel kami dikawal rapi 24 jam oleh tentera bersenjata Al-Qassam.Ini kerana untuk memastikan keselamatan rombongan kami.

Kami semua ditempatkan satu bilik 2 orang.Di sini aku ditempatkan bersama seorang kakak yang tidak aku kenali.Tetapi di bumi Palestin ini persaudaraan terjalin.Rombongan kami berehat sehingga esok baru aktiviti bermula. Malam kami dijamukan syarwama kambing sebagai juadah malam.Siang tadi beriani ayam.Masa di hotel baru aku perasaan bersama rombongan aku turut serta warga keja dan selebriti Al-Hijrah seperti Farah Adeeba, budak-budak AF seperti Heliza Helmi,Maulana dan Salima. Warga TV3 pengacara Helmi Yussof bersama warga Utusan Malaysia.Juga Pengacara rancangan kanak-kanak Zoey Rahman. Tapi Alhamdulilah semuanya bagaikan satu keluarga.Akan aku ceritakan segala-galanya di blog ini.

bersambung part 3.

Palestin Aku Datang -Part 1

Aku tak tahu bagaimana aku boleh terfikir untuk menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 sebaik sahaja aku terbaca iklan dia di Facebook.Sebenarnya aku didedahkan mengenai Palestin sedari kecil.Arwah Mak selalu menceritakan jahatnya Israel terhadap bumi dan penduduk Palestin.Aku sering diberitahu bagaimana tanah Palestin dirampas oleh Israel.Masa itu usia aku masih anak-anak kecil.Terlalu mentah untuk mengetahui masalah Palestin.Tetapi melalui mak cerita-cerita Palestin kepada aku dan abang-abang membuat kami buka mata bahawa ada orang yang lebih menderita.Mak mengajar kami supaya memahami erti syukur dengan menyedarkan kami betapa kita bertuah duduk di bumi yang aman tiada peperangan.

Pada usia aku 8 tahun..aku melihat Allahyarham Zubir Ali menyanyikan lagu Balada Seorang Anak Kecil yang mengisahkan penderitaan kanak-kanak Palestin.Dari situ aku semakin berminat terhadap Palestin.Aku sentiasa mengikuti perkembangan Palestin dari semasa ke semasa.Sehingga aku tamat sekolah menengah aku mendaftar menjadi sukarelawan untuk kerja kerja amal Palestin. Sehinggalah tarikh 6 Dis 2012 aku akhirnya menjejakkan kaki di bumi Palestin.

5 dis 2012 aku dan rombongan berlepas dari KLIA.Rombongan kami seramai 120 orang yang terdiri dari pelbagai golongan.Yang paling muda berusia 18 tahun dan yang paling emas nenek berusia 78 tahun.
Bersama aku ada artis,peguam,arkitek,doktor,wartawan,jurutera,pelajar dan pelbagai golongan lagi.Ada juga wakil rakyat dari PKR,Pas dan Umno. Tetapi semua bersatu atas nama Palestin.Rombongan kami terbahagi kepada 2, satu menaiki Egypt Air dan satu lagi menaiki Ettihad. Aku menaiki Ettihad. Ettihad transit di Abu Dhabi manakala Egypt Air transit di Bangkok. Semua menghala ke Kaherah.

6 dis 2012 kami tiba di Kaherah lebih kurang pukul 4.30 pagi.Perbazaan waktu Malaysia 6 jam awal daripada Mesir.Waktu mesir dan Palestin adalah sama.Melalui Kaherah kami terus menuju ke Rafah yang merupakan sempadan Mesir-Palestin.Perjalanan dari Kaherah ke Rafah mengambil masa 8 jam masa datang.Selalunya kami diberitahu antara 8-14 jam.Ini kerana kita terpaksa melalui 14 check point.Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah kerana setiap check point semasa datang lebih kurang 5 minit sahaja. Biasanya sebelum ini hampir 1 ke 2 jam.Misi Solidariti Gaza 2012 (MSG2012) telah mendapat kerjasama yang baik dengan polis dan tentera Mesir.Rombongan kami melalui ke semua check point ini di iringi kereta kebal dan polis pengiring.Polis pengiring dan tentera lengkap bersenjata di atas bas kami.Betapa keselamatan kami dijaga.

Akan bersambung part 2..

Thursday, 20 September 2012

kisah Aryanie..

berlalu lah sudah syawal...dah habis raya pun...tapi kali ni aku bukan nak tulis mengenai raya ke apa...aku berminat nak share mengenai beberapa blog yang aku suka layan..

antaranya :

http://aliaharyanie.blogspot.com/
blog ini yang menjadi tajuk entry aku...aku follow blog ini agak baru...awal tahun ini...kisah aryanie cukup menyayat hati...kisah mengenai seorang ibu tunggal yang menderita sakit kanser saraf.Aryanie punya 3 orang anak..dia diceraikan dengan talak tiga diwaktu sedang terlantar sakit..Bekas suami meninggalkan dia bersama anak tanpa mempedulikan nasib dia anak beranak..tiada nafkah..tiada khabar berita.Memang kejam sang suami tersebut...Anak aryanie iaitu Alia...bob dan Aiman...melihat si kecil bersama-sama ibu yang berjuang untuk sebuah kehidupan buat aku insaf.  Kadang aku rasa betapa aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada...sedangkan mereka-mereka ini lebih menderita...ketabahan aryanie dan anak-anak dia buat aku kelu lidah untuk berkata apa-apa lagi...Aku cuma berharap nasib mereka sekeluarga terbela dan keajaiban muncul buat aryanie. Kepada kita yang diberi kesihatan yang sempurna bantulah aryanie dan anak-anak dia melalui apa-apa cara sekali pun...melihat wajah lesu si ibu...melihat ketabahan anak yang sedari kecil telah memahami penderitaan si ibu buat aku sebak....



http://maikorner.blogspot.com/
aku follow blog mai korner ni dari anak dia aiyu isabella tu lahir sampai lah sekarang anak dia dah berumur 2 tahun.Memang aku suka baca cerita mengenai si aiyu anak matsalleh campur melayu ni...di samping gambar-gambar aiyu yang mencuit hati...so ok lah layan di kala bosan...melihat aiyu membesar dari sehari ke sehari memang buat aku sentiasa tertunggu cerita dari tuan tanah...aiyu sangat comel tak jemu mata memandang...nama pun mixed kannnn...of coz lh cumil bangat sehhh

http://mamakembar3.blogspot.com/
blog mama kembar 3 ni aku layan dari tahun 2010...time tu aku boring so cari-cari lah bahan bacaan yang boleh menghiburkan hati...tiba-tiba aku terjumpa blog ni..memang cukup menghiburkan baca gelagat anak kembar tiga bernama Fauzi, Fahmi dan Faris. Kadang nak tergelak pun ye bila baca cerita mama kembar tiga ni..ada je perkara yang mencuit hati si kembar ni lakukan.Aku tak dapat bayang kalau aku punya anak kembar 3..memang happy tapi dan tentu aku kurus kering melayan gelagat kembar 3.Tengok coretan nani mama kembar 3 ni pun kadang buat aku tarik nafas jugak...tapi cukup menghiburkan..wajah comel 3 kembar ni kadang buat aku hilang stress bila tension-tension kat pejabat...ehhehe

http://mawarnafastari.blogspot.com
kisah seorang ibu muda yang kematian suami bersama dua anak kecil.Kisah kehidupan mereka semasa di Pakistan..tragedi yang melanda pasangan ini membuat aku sebak. Bila masuk blog mawar ni akan jumpa link blog arwah suaminya Nafastari... http://nafastari.blogspot.com...memang tulisan-tulisan pasangan ini sentiasa buat aku beringat...hargailah kehidupan semasa hayat masih ada...pesanan dari arwah bapa buat anak memang sebak bila dibaca..

http://abnaiehayati.blogspot.com/
kisah mengenai ketabahan seorang ibu tunggal yang ditinggal suami kerana perempuan lain...dan dugaan membesarkan 3 orang anak di mana seorangn darinya merupakan anak istimewa..Iman yang sangat comel..tapi tuan punya blog ni lately ni sibuk agaknya..so blog jarang berupdate..

http://makcikkerabu.blogspot.com
dan blog yang masuk senarai dalam ni...blog makcik kerabu...baca blog makcik ni buat aku sakit hati tengok masakan-masakan dia yang sangat menyelerakan...tambah-tambah kalau baca blog makcik ni time perut lapar waktu kat office...huh...sakit jiwa raga...meronta-ronta nak terbang pergi jumpa makcik ni nak rasa masakan dia...memang sedap giler...so telan air liur je lah kalau jengah blog dia...pesanan buat makcik kerabu " kak marla...kangen bangat sama akak...boleh tak saya nak banned diri saya supaya jangan masuk blog akak...menderita jiwa raga saya kak dok tengok dari kejauhan je ni...ehehhee"

dan ada beberapa lagi blog yang aku layan...tapi 6 blog ni adalah blog wajid untuk aku singgah setiap hari...

arriza : "Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri...yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian" – Pramoedya Ananta Toer.

Thursday, 13 September 2012

CHINA..

raya ada lagi seminggu...so masih sempat nak bermaaf-maafan kepada mereka yg masih belum beraya...ahaks...

tak sangka topik tabita masih hangat diperkatakan...sampai ada kata aku ni tukang jual produk kecantikan...ekkekeke...gelak jap...baru tulis 2 entry pasal ephyra terus kena blame kata aku jual produk tak laku...jeles punya pasal..tu yg kutuk tabita....sampaikan aku terdelete comment pun kata aku macam-macam...padahal seingat aku..aku delete comment orang yang sibuk promote barang kat sini...wa talak suka...tak perasan ada delete comment lain sama...tak per lah..untuk pengetahuan tukang sibuk dalam ni...aku bukan online 24 jam guna laptop mahupun pc...banyak masa aku online guna handphone je pun...so kalau ada benda yang" ter " tu..harap maklum...nama pun guna handphone..erkkk lupa..ni blog aku..aku punya pasal lah nak tulis apa..nak delete ke nak apa ke...blog aku..bukan blog korung...lupa pulak...wakkakakaa

hello akak-akak...saya bukan meniaga yer..ephyra tu saya beli pun dari kawan...nak dapat harga murah jadi ahli...tak adanya nak promote lebih-lebih kat facebook bagai..create blog khas nak jual produk macam orang meroyan....tambah-tambah seller tabita tu...lagi lah ada yang meroyan...ok abaikan...(kikiki..ayat bagi bengkak lagi..ahaks)..aku nak delete lah entry pasal ephyra...kang kata aku nk promote pulak...ekkekeke..baik delete...

"BLOG SAYA BEROPERASI DARI TAHUN 2007...ADA KE NAMPAK SAYA NI PENIAGA PRODUK KECANTIKAN "...EHHEHEE (ayat paling kelakar yang penah aku baca setakat ni )








raya hari tu aku beraya kat beijing..menjalankan misi memanjat tembok besar china...nak panjat sampai habis tu melampaulah kan...7ribu km tu kalau tak silap....sebulan pun belum habis kalau aku lah yang panjat...so aku panjat sampai ke puncak ditokong atas sahaja...tu pun megah lah jugak...tapi ok lah..sekurang-kurangnya misi aku nak panjat tembok china time raya tercapai...ahaks

ok...sambung next time...bz...tapi bukan bz bisnis ye dik...akak belum boleh resign lagi ni...bos masih sayang akak untuk terus berkerja buat dia...ehehhee..to be continue later...bye

Arriza : ini blog saya...ikut aturan saya...ahaks ( baca gaya ala-ala big brothers )...selepas di beijing...menyusul ke egypt...daaa

Thursday, 16 August 2012

tabita oh tabita part 2 ...

sebelum cuti raya...aku nak menjawab persoalan yang ramai tanya mengenai tabita..

semasa berada dijakarta...aku bertanya dengan seorang pakar kulit..dan 2 doktor di sana mengenai tabita..ketiga-tiga mereka memberi jawapan yang sama...iaitu tabita mengandungi hydroquinone..kandungan hydroquinone agak tinggi pada toner dia..Kalau tabita ni clean..kenapa ibu mengandung dilarang sama sekali memakai tabita ? sebab kandungan hydroquinone ni boleh merosakkan janin kepada ibu-ibu yang kerap menghidu toner tabita...itu pun tak boleh ngerti-ngerti dong ??

 Rata2 penjual tabita semuanya jual secara online..BBM...tiada kedai yang jual tabita secara terbuka. Ada yang tanya aku betul ke harga tabita semurah itu di Indonesia ? Ok...kalian boleh google...masuk facebook...cari sahaja nama tabita yang berada dijakarata...sebab tu aku terkejut bila di KL...rata-rata tabita dijual pada harga RM 350-500. Mendengar harga yang tinggi di KL...rata-rata penjual tabita di jakarta terkejut...lumayan sehhh...yang tak menahan tu kris dayanti pun pakai tabita...apa kelas dikk kris dayanti nak pakai tabita...dia gi cucuk sana sini tegang semua..tak payah nak sakitkan muka berpedih-pedihl nak melawa punya pasal...Mula-mula memang tegang..putih..lama-lama cuba tengok...wait and see ok...

Yang tak menahan...asal beli...tak berkesan je..terus claim benda tu tiruan...inilah mentaliti para peniaga...susah nak terima hakikat produk tu sememangnya bermasalah...walaupun tidak pada semua..

disini aku tempekkan link forum indonesia mengenai tabita yang diperbincangkan...dari 250 pages tu..85% menyatakan keburukan tabita...jadi...tepuk dada tanya selera...duit anda..wajah anda..pilihan di tangan anda...

forum ini menjawab persoalan anda...bayangkan rakyat indonesia yang ramai tu...negara indonesia yang besar tu...tabita yang berasal dari indonesia tu...takkan lah rata-rata forummer indonesia yang membeli tabita tu beli tabita palsu kok ???? kalau 85% dalam tu pakai bermasalah...ahaks....

http://femaledaily.com/showthread.php?t=1335


sekian...selamat berhari raya...maaf zahir dan batin....kepada yang muka cun tegang yang pakai tabita tu...teruskan pakai tabita...nak kirim kat aku pun boleh...sebab aku dok ulang alik jakarta...harga murah lagi dari orang KL jual aku boleh bagi...kat jakarta aku kenal baik kenal seller tabita... peggy...alin and lina....mahu order BBM sahaja dong..aahhahaha..






~SeLaMaT HaRi RaYa~

tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita...dikesempatan ini aku memohon ampun dan maaf buat semua rakan yang mengenali aku tidak dikira di alam nyata maha pun di alam maya.

untuk tahun ini..aku memilih beraya di beijing...tapi pagi raya aku masih di KL...ziarah kubur mama dan baba...ziarah siapa yang patut...terima tetamu yangdiundang dan tak diundang...ehehhe..kemudian esoknya aku terbang ke beijing sehingga 27 ogos..

sekembali dari beijing aku akan ke egypt...

akhir kata buat semua...selamat pulang berhari raya buat mereka yang punya kampung...buat anak jati KL...ayuh kita raya bersama...semoga syawal kali ini memberi keceriaan buat kalian semua...dan moga ketemu ramadhan lagi untuk tahun hadapan...

SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN...

Arriza : balik raya sambung berephyra ya !

Wednesday, 16 May 2012

Pengemis Muda

Wah...tajuk entry mcm lagu Sheila Majid...ahaks...

baru-baru ini..ketika aku di Jeddah...aku melihat panorama yang membuat aku sentiasa berfikir panjang. Salah satu antaranya ketika aku menunggu di dalam kereta sewaktu rakan aku sedang membeli dunkin donuts...ehehehe...punya berlambak donut ada kat Malaysia...sampai bumi Arab sibuk nak cari dunkin donuts...sebenarnya kami dah terlalu jemu dengan makanan Arab..jadi aku pun ajak dia keluar cari makanan seperti donut..pizza. Tekak dah tak boleh nak telan nasi maydi arab tu...

Dipendekkan cerita...sewaktu menuggu rakan didalam kereta, cermin kereta aku diketuk oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 7 tahun. Tangan dia menunjuk isyarat 1. Mengertilah aku...anak ini mahu minta sedekah.Aku pun buka pintu kereta keluar. Aku cari 2 riyal didalam purse...sebelum beri aku tanya dia dari mana...sebab muka tidak seperti kanak-kanak tempatan.Lagi pun orang arab sini kaya-kaya.Tapi anak itu tidak faham pertanyaan aku. Dia hanya mampu tersenyum...aku pun hulurkan 2 riyal kat dia..terus dia berlari meninggal aku.

Walaupun aku telah dipesan banyak kali jangan sedekah bagi anak-anak jalanan ini. Sekali kita beri tidak berapa lama kemudian segerombolan datang.Tapi apalah sangatkan nilai duit yang ada jika dibandingkan dengan keriangan anak-anak ini sewaktu kita memberi. Rata-rata mereka dari negara miskin timur tengah seperti Sudan..Yaman. Ada juga kanak-kanak seperti muka bakal menantu Najib dan kak Mah tu...dari Kazakhstan aku fikir.Mata sepet, hidung mancung dan kulit cerah.Jauh mereka tersasar.Persoalan yang bermain difikiran aku, bagaimana mereka boleh merantau jauh dibumi arab ini. Ada dikalangan mereka aku tengok hari-hari sesama mereka sahaja tanpa ada ibu bapa atau orang tua yang mengawasi. Atau mungkin ibubapa mereka mengemis dibahagian lain.Tapi ada satu ketika aku melihat bagaimana anak-anak ini tidur merempat beralaskan kotak dikaki lima dilorong-lorong apabila malam menjelma.

Berbalik kepada cerita anak kecil tadi..selepas dia berlari..tidak lama kemudian datang 2 orang lagi kanak-kanak lebih kurang yang tadi. Aku pun bukalah purse cari wang kecil. Aku hulurkan 1 riyal seorang. Elok dapat je...terus cabut...Aku masuklah balik dalam kereta. Kawan aku bagi isyarat dia mahu ke kedai sebelah beli roti dan makanan ringan. Tidak sampai seminit...cermin aku diketuk lebih kurang 5 orang kanak-kanak ..Aku dah ketawa. ahahaha...tu lah padahnya bila mula memberi...tak per tak per...tak ada apa pun...kali ni aku cuma turunkan cermin kereta sambil hulurkan 2 riyal seorang. Apa lagi suka dorang. Aku cakap kat dorang...guna bahasa melayu " angkutlah geng lagi ye.." sah-sah seorang pun tak paham kan..ehehehe

elok berlalu kanak-kanak ni...datang pulak sekumpulan lagi...kali ni aku nekad...nak habiskan semua wang kecil yang ada pada aku..jadi aku keluarkan semua riyal 1..2..dan 5. aku pun agih-agihkan duit tu pada pengemis-pengemis muda ni..Lega rasa...kali ni aku pasti..tiada lagi kanak-kanak datang kut. Duit kecil aku pun dah habis. Kawan aku pun dah turun tangga kedai menuju ke arah kereta. Elok kawan masuk nak startkan enjin kereta...cermin tingkap aku diketuk oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berumur lebih kurang 10 tahun aku kira. Dia menadah tangan kepada aku. Aku pun cakap kt kawan aku..."alamak...serius...duit kecil tak ada...tadi dah habis bagi" kawan aku pun buka beg dia cari duit kecil...dia pun tak punya wang kecil..tadi baki dia dah sedekahkan kat anak kecil depan kedai...aku bagitahu kanak-kanak tu sambil buat isyarat tiada wang kecil ..." la " (tiada)...nak cakap arab lebih-lebih tak reti...tu lah dulu mak suruh belajar bahasa arab main-main...sekarang tengok...tahu  la naam je...ehehehe

Budak tu tak berganjak...yang ada pada aku waktu ni  paling kecil 100 riyal..kawan aku pulak dok cakap..." bagi je lah berapa ada.." aku korek-korek purse...ringgit malaysia...singapore dollar dengan rupiah indon  adalah...Aku betul-betul kesian dengan  anak ni...dia merenung sayu tepat muka aku mengharap simpati. Aku dah mati akal...aku tarik dua keping RM10 aku hulur kat dia.. Dia pandang wajah aku sekali lagi sambil berlalu perlahan. Kawan aku undur kan kereta dan nak berlalu pergi. Kanak-kanak tadi membelek wang yang aku bagi sambil menggaru-garukan kepala.Sesekali dia asyik memandang aku sampai kereta kami berlalu pergi hilang dari pandangan dia. Tiba-tiba aku teringat cerita  Slumdog Millionaire watak Jamal dapat dollar dari mat saleh tu...sebijik macam kanak-kanak tadi.

Aku cuma berharap dia tahu nilai yang dia terima tu lebih dari apa yang kawan-kawan dia dapat. Semoga dia panjang akal pergi tukar duit tu kat money changer...tapi difikirkan balik...apa salahnya kan aku tarik jer 100 riyal tu hulur kat dia..apalah sangat nilai 100 riyal tu kan...jika dibandingkan dengan keperluan dia...menyesal pun ada...

Masa dalam perjalanan balik..kami melewati kawasan tempat hukuman pancung dijalankan. Teringat tahun lepas sewaktu aku berkunjung ke Jeddah. Ruyati rakyat Indonesia yang membunuh majikan dia.. dikenakan hukuman pancung. Masa peristiwa tu aku baru tiba 3 hari...jadi agak panas lagi dan menjadi topik perbualan...dan kawan aku gatal bawa aku ke tempat tu..siap tunjuk video lagi kat aku...sebab dia sendiri pergi tengok...Entah kenapa..setiap kali lalu kawasan tu...perasaan aku terasa berbaur...

dan setiap kali berada dibumi arab....aku selalu terfikir...ini tanah asal ibuku...apakah suatu ketika kelak aku akan kembali terus kesini ?

Arriza : jika kita tidak mampu membahagiakan seseorang...sekurang-kurangnya mamadai kita buat dia tersenyum... :) 

Friday, 6 April 2012

Tabita oh tabita...

inilah rupanya tabita yg sedang hangat diperkatakan...
baru-baru ni aku ditanya oleh dila mengenai tabita..Tabita ni merupakan produk perjagaan muka yang agak femes di Indonesia suatu ketika dahulu dan kini suam suam kuku saja..di malaysia jadi sebutan dalam penghujung tahun lepas aku kira..tapi tabita di indon sudah hampir 2..3 tahun..

Aku berminat untuk menulis mengenai tabita di sini setelah aku sendiri menggunanya lebih kurang 3 bulan pada tahun lepas..Harga tabita ni di jakarta kalau pakej sederhana dalam Rp175k (lebih kurang RM60) dan pakej besar Rp245k (RM85).Di Malaysia pada awalnya RM520 pakej besar..dan kini rata-rata harganya antara RM300-500. Harga bergantung kepada penjual..kalau nak untung banyak..so harga tinggi...ehehehe 

sebelum tu aku minta maaf kepada penjual-penjual tabita termasuk rakan-rakan sekiranya anda terbabit dgn produk ni..aku tak bermaksud nak sekat rezeki korung...tetapi ini pengalaman aku sendiri semasa memakainya..

pertama kali waktu aku jumpa tabita ni..aku tengok saling tak tumpah seperti produk philipine RDL atau Babyface yg harga dia tak sampai RM30. Aku pernah pakai babyface ni masa zaman kt kolej dulu era awal 90an...mmg cun giler kulit aku...putih bersih...tapi hazab waktu nak cun tu saling tak tumpah seperti aku pakai tabita..sabun papaya tabita sama seperti sabun babyface ni cuma tabita versi sabun dilecek. Kemudian toner..cream siang...cream malam dia persis tak tumpah...hampir 2 minggu muka aku terbakar pedih waktu nak basuh...bila kena matahari jgn ceritalah...pedih...merah..lebam semuanya cukup..kulit menggelupas halus..kononnya buang kulit mati...ok lah...tapi bayangkan..setiap kali sapu toner kt muka pedih mengalahkan sakit nak buang air kecil masa lepas bersalin tu...ehehehe..itu yg aku alami..dalam pedih-pedih tu aku gatalkan jugak pakai selama 3 bulan..kulit mmg licin..putih berseri..tapi ramai kata putih tak natural... so aku stop pakai...elok stop jer pakai tabita ni..muka jadi lebam-lebam..hitam terbakar...(sememangnya aku dah hitam..jadi bertambah hitamlah kan)..jerawat halus naik mencanak..

Krim ni kalau di Indon dipanggil krim walit atau pun krim bandung ...rupa dia bukan mcm adik beradik tabita jer...tapi bau...warna...semuanya sama...kalau korung pegi pasar malam...boleh jumpa produk Natural99 seperti dalam gambar di bawah ni...yg dijual sebotol RM5...kualiti dia sama seperti tabita....muahahaha..zalim kan...tabita ratus-ratus...ni harga5 inggit je ko..cuma packaging tu lah....tabita nampak comel sikit... tapi aku pelik...orang-orang yang pakai tabita dan spesis-spesis skincare yang seangkatan dengannya..termasuk diri aku jugakkan yang pakai sebelum ni...tak perasan ke..tak der nama pengeluar..tak ada kandungan bahan...dan mcm-mcm tak ada dinyatakan segalanya kat produk tu...tu pun orang tak agak-agak nak beli..

ni produk jenama Natural99...adik kembar tabita

Krim walit @ krim Bandung...ihsan dari Google...so email encik andi tu sila abaikan...ehehe 
aku pun bersoal siasat lah dengan jiran-jiran di Indon ni mengenai tabita.. rakan-rakan gossip dijakarta ni dengar nama tabita..terus..."waduh-waduh mbak...tabita itu banyak chemical...penuh bahan kimia didalamnya..ngapain dipakai tabita..kita di sini pun ngak berani pakai tabita...banyak dokter di sini melarangnya...kalau dipakai terus-terusan boleh kena kanker kulit mbak.." itulah kata jiran sebelah rumah aku.. tak cukup dengan itu...aku diberitahu tabita itu asalnya dari kirim walit seperti gambar di atas ni..krim walit ni boleh dibeli secara pukal atau timbang kati di Bandung dengan harga RM30 sekilo...kemudian balik jakarta singgah Pasar Ubat Pramuka beli bekas-bekas kosmetik tempek label then jual...letak lah harga berapa korung nak letak..sadis tak ??? Sebab tu lah banyak jutaan kosmetik kat malaysia..beli skincare timbang kati pastu rebrand...huhuhu



Di Indonesia sendiri tak ada yang berani jual tabita ni secara terang-terangan...kerana dia seperti barang larangan...ada lah satu salun yang jual tu..kira dia berani lah... Kesimpulannya...kalau tengok mana-mana skincare yang seperti aku tempek...ada sabun ..toner..ada krim siang..krim malam yang rupa krim walit ni..janganlah korung terpedaya...ni semua datang dari sumber yang satu di Bandung tu...aku berani sebut...aura maya tu pun sepesen je dengan Natural99...sabun hijau sabun kuning sama jer..krim yg dua tu pun sama je... so tempuk dada tanya selera...waraskah kita nk buang duit ratus-ratus utk barang timbang kati yang sekilo RM30 ? ahahahha...

Arriza : saya sekarang pakai Mary Kay...telan gluta...minum collogen...cekik plancenta sheep..vit bagai...kulit...alhamdulillah...gebus sudah...

Tuesday, 3 April 2012

biar gambar berbicara...







arriza: gambar mampu menterjemahkan apa yang berlaku...ehehhe..(mood demam)

Tuesday, 21 February 2012

kisah bajai


di suatu senja di hadapan Hotel Sentral jalan Pramuka..setelah agak lama berdiri menunggu teksi yang masih belum dapat..akhirnya aku memutuskan untuk menaiki bajai ke rumah Ibu Tri..walaupun aku sudah dipesan jangan sesekali naik bajai...tapi keadaan mendesak..aku tidak punya pilihan...ditambah supir aku waktu itu tersangkut kesesakan jalanraya di Jakarta Pusat.

tanpa melihat siapa yang membawa bajai..aku terus naik...kelihatan seorang pemuda gagah..badan bertatu..atau kata orang indon badan bercacah..telinga ditindik kiri kanan dengan paku sepanjang 6 inci.Telan airliur aku tengok...gerun pun ye.Mata..kening...bibir pun ditindik dgn jarum halus. timbul penyesalan..mengapa bajai ini yang aku naik ..tanpa melihat siapa pemandunya. Andai waktu itu aku di bawa pusing kemana hala..dirompak ke...nauhuzubillah...

supir bajai : mahu ke mana mbak ? (lembut berbahasa..walaupun kelihatan brutal giler)

aku : ke kayumanis timur ya...ikut pasar kambing.. (aku memberitahu..seperti sudah mahir jalan...walhal tengah kecut perut ketika itu..)

supir bajai : mbak tahu jalannya ya...

aku : ya...saya bagitahu jalan...nanti ikut saja ya...

dia pun ikut arahan aku...masuk kiri..masuk kanan..belok kiri..belok kanan...akhirnya...kami sesat....ahahhahaha

supir bajai : bagaimana ni mbak..kita sudah salah jalan saya pikir...

aku : sebentar ya...saya telefon kawan saya untuk tanya arah mana...

aku pun call Pak Rully ..bagitahu aku dah sesat..sekarang aku bersama supir ni di sekian-sekian...Pak Rully terkejut dengar aku naik bajai...dia kata..." waduh..sejujurnya saya sendiri tidak pernah naik bajai...mana bisa begitu..." aku pun suruh dia ngomong sama pemandu bajai ni..suruh bagitahu jalan seterusnya....

supir bajai : assalamualaikum pak...apa kabar..bagaimana ya mahu ke tempat bapak..

Pak rully pun menjawab dan menerangkan jalan sebenarnya..akhiranya tukang bajai tu jawab..."ooo..begitu...ngerti saya pak..terima kasih ya...assalamualaikum "

terkejut aku...walaupun keadaan dia bertindik dengan paku 6 inci..masih berbudi bahasa..siap bagi salam lagi...tiba-tiba aku rasa sangat selamat berada dalam bajai tersebut.

aku dibawa ke rumah Pak Rully dengan Ibu Tri setelah hampir satu jam berpusing..walhal biasanya 10 minit jer...tapi disebabkan aku terror sangat nak tunjuk pandai jalan terus sesat..ahaks.. Nasib baik mamat bajai ni tak seperti yang aku bayangkan diawal-awal. Buatnya perilaku dia sama seperti luaran dia..dah tentu aku di tarik keluar ke tengah jalan..kemudian dilanggarnya aku sampai lunyai..sebab geram punya pasal...suruh pusing kiri..masuk kanan..akhirnya sesat...ehehehe

last sekali waktu turun aku tanya berapa tambang..walaupun diawal sebelum naik telah diberitahu rp15ribu (RM5)...aku saja gatal tanya lagi..nak tengok reaksi dia..adakah sama atau dia demand lebih...sebab dah jauh pusing kan...dia jawab " 15 ribu mbak" ..aku tersenyum dengar...aku pun hulur 30 ribu...suruh ambil saja bakinya...dia ucap terima kasih berkali-kali kat aku...padahal baru RM10 je tu...kalau naik teksi kat KL..mau aku kena maki dengan pemandu dia kalau macam tu gaya...betullah mamat ni tulus orangnya...nak jer aku pesan..buang jer paku tu semua..dah tentu banyak cewek dekat...

dan buat diri aku..jangan sesekali menilai orang pada luaran...gambaran awal tidak pernah tepat...

aku cerita kisah ni kat Pak rully anak beranak...Rall siap cakap..."luar sahaja nampak ganas ya kak..tapi hati di dalam lembut gitu..masih ada budi bahasanya"

Arriza : yang berantakan itu orang lain...tapi antara kita masih ada persaudaraan...

Wednesday, 8 February 2012

2012

2011 sudah hampir sebulan berlalu...2012 menjengah...

lama sungguh aku tak update blog...bukan tidak punya cerita untuk dicoret..tetapi tidak punya masa untuk berlama-lama dihadapan laptop..

mungkin sudah tiba masanya untuk aku hentikan semua...tiada lagi blog..tiada lagi facebook...jika sebelum ini tiada lagi forum...MUNGKIN...adakah kemungkinan ini akan jadi kenyataan ?

ntahlah...

aku segan yang teramat buat seseorang..apabila disaat seseorang memerlukan aku tetapi aku tiada diwaktu itu...tidakkah itu zalim namanya ? aku punya alasan kenapa dan mengapa...kerana ini bukan sekali terjadi..tetapi sudah berulang kali..dan setiap kali perkara ini terjadi akan timbullah perbalahan dipihak aku..dia dan kamu...untuk itu aku ambil keputusan TIDAK...walaupun aku rasa teramat bersalah...tetapi aku perlu melihat banyak perkara kerana ini membabitkan kehidupan aku..masa depan aku dan segalanya...untuk itu apa lagi yang aku perlu katakan selain dari MAAF untuk seseorang kerana aku perlu pertahankan prinsip kami iaitu antara aku dan dia...

dan untuk perkara ini...aku rasa jika tiada dendam antara dia...aku bersyukur...tetapi jika ini dijadikan ukuran keikhlasan...aku pasrah...dan mungkin sampai saatnya untuk aku berhijrah jauh tanpa seperti aku nyatakan diatas...tiada facebook..tiada lagi blog...dan untuk ini..aku akan sentiasa bertanya...MENGAPA AKU ?

penat di tanah palembang masih berbaki lagi..terfikir sejenak jika aku menjadi penghuni palembang kala ini...usahakan arang batu dengan bersungguh dan menetap terus di sana..tanpa peduli untuk bekerja dan menjaga kepentingan orang lain...hasilnya sudah tentu lumayan...dan waktu itu..aku tidak perlu berfikir panjang jika sesiapa perlukan pertolongan aku... aku tidak perlu bersusah payah untuk orang lain lagi...dan akan kufikirkan..adakah berbaloi keputusan di waktu ini..di saat minda sedang penat..hati telah letih...


arriza :abaikan ayat-ayat di atas jika pening dengan bahasanya...sesungguhnya itu lah luahan aku diwaktu ini...

Thursday, 15 December 2011

fobia..makan

akhirnya aku selamat tiba di Kuala Lumpur...setelah berlama-lama di kota jakarta. Sesuatu yang aku belajar bila berada di tempat orang...jika kita tidak mampu untuk memiliki apa yang kita mahu..sekurang-kurangnya..bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana apa aku cakap macam ni ?

Sebabnya..waktu di Jakarta aku kepingin sekali nak makan nasi lemak kita..tapi yang ada disana nasi uduk...katanya nasi uduk itu nasi lemak...tapi diberi extra bihun ala ala nasi ambang pulak. Sekali telan ok lagi...tapi masuk 2..3 kali tekak tak boleh nak menerimanya. Masa ni dapat roti pun jadilah...janji tak kebulur..so bersyukurlah kan still punya makan...ehhehe

sebut bab makan...sebenarnya aku jenis orang yang terlalu cerewet pasal makan...kalau apa yang aku makan tak sedap..cukuplah sekadar satu suap...aku akan tinggalkannya...dan perkara ini memang diakui oleh siapa yang paling rapat dengan aku...termasuk lah suami aku yang selalu pening kepala kalau nak bawa aku makan...seeloknya plan awal-awal aku nak makan apa dimana...baru senang...

arwah ma paling memahami selera aku..aku jenis orang yang tak makan sayur dan bawang...(sekarang ni baru belajar makan berberapa jenis sayur...tu pun sebab nak jaga kecantikan...ehehhe)so..untuk memudahkan aku makan...arwah ma akan blendkan bawang dalam setiap masakan dia...agar aku tak susun bawang keliling pinggan bila makan..

dan sebut bab makan...aku sebenarnya fobia dengan berberapa tempat makan...antaranya...meh sini aku senaraikan...

1. nasi g**j*....amatlah femes di ipoh, perak..aku sendiri setiap kali lalu perak mestilah mencari akan nasi g**j* ini...sambalnya yang mabeles dimakan bersama nasi kandar tersebut...perghhh...tapi 5 bulan lepas...ketika enak menikmati nasi ni...baik punya suap...tiba-tiba mata aku terhala kepada mamak yang jadi tukang ceduk lauk kat depan tu...punya asyik dia menggorek telinga dengan batang mancis yang ada ditepi periuk..sampai terpejam mata...datang pengujung dia letak batang mancis tersebut kemudian ceduk nasi dan lauk...tak ada orang dia sambung aktiviti menggali semula...aku yang menyaksikan hampir mual...terus basuh tangan..bayar...dan itu lah kali terakhir aku makan nasi kandar yang cukup femes di perak...sori lah aku terpaksa blurkan nama atas faktor keselamatan..kang mamak tu saman aku juta-juta...jenuh aku nak bayar...ehehhehe...serius..tempat dah bersih...lauk dah sedap..tapi pekerja buat spoil...

2. sebuah warung mamak di jalan g*rn*y KL...ini antara kedai kegemaran arwah baba aku...dan sehingga kini masih beroperasi...lama kedai ni...dari aku kecil...antara menu sedap...rojak mamak...aku selalu makan roti banjir bersama dalca tulang dia..memang sedap...tapi kedai ni dibanned oleh aku sejak awal tahun ni...kerana bihun yang dimakan oleh cik abang aku digoreng bersama mancis dan rokok...yuckkk...sikit punya pengotor...goreng bihun sambil merokok agaknya..rokok nak campak bawah termasuk dalam bihun...lalu jadilah bihun goreng mancis bercampur rokok....huhuhu

3. nasi lemak kg baru...tak per..banyak nasi lemak area ni..tapi nasi lemak ni agak terpencil sikit...but memang sedap...aku suka dengan daun pisang dan sambal dia...tapi satu hari tu..pekerja dia yang membubuh nasi bersama lauk...biasanya kakak tokey tu sendiri yang bubuh..pekerja dia sekadar tukang angkat pinggan dan lap meja je...pekerja perempuan ni baru lepas lap meja ..tangan masih pegang kain buruk yang sememangnya buruk...waktu aku nak order dia terus sendukkan nasi ...dan aku minta lauk paru goreng...tanpa menggunakan sudu dia mengambil paru dengan menggunakan tangan yang tidak dibasuh...dah lah kuku pun hitam-hitam berdaki...terus potong stim aku nak makan...

tu belum lagi termasuk kedai yang masakan penuh ajinomoto...memang kena banned terus dengan aku...aku pengidap migrain tegar...jadi kalau masakan itu ada ajinomoto...aku muntah waktu tu jugak...

kedai amy search Restaurant Cheng Ho tu pun bakal kena banned dengan aku kalau service teruk sangat...bayangkan...untuk menikmati ketam telur masin yang menjadi fevret aku tu..aku perlu tunggu 2 jam...bukan sekali 2 aku kena tunggu macam tu..tapi setiap kali! baik orang ramai atau pun tidak...perkhidmatan di Cheng Ho sangatlah teruk...abang Amy sayang...i luv ur food..memang sedap..tapi tolonglah baiki perkhidmatan yang ada di restaurant abg amy...barulah pheeweeett....

dan setelah dok berulang alik dijakarta...aku memang puji dengan perkhimatan restaurant mahupun pekerja di sana...bayangkan kita beratur di A&W ke...lepas order dan bayar...terus pekerja dia datang tawarkan untuk bawa makanan kita.."biar saya bantu ibu" ( ibu ye..sebab akak dah tua...ahahaha)...bayangkan kalau di KL...baru je order..dah kena tegur dengan cashier dia..."kak ke tepi sikit...orang belakang nak order pulak ". Padahal belum angkat lagi order tu...



dan ini...untuk buat perut aku lapar..aku tempekkan bebek kalio..atau nama melayunya itik berlada...setiap kali pulang ke KL..aku akan beli bungkus..kalau family angkat aku datang pun...ini dulu yang akan dibawa untuk aku...sepanjang di sana..inilah satu-satunya makanan yang menjadi kegemaran aku...itik itu dibakar lembut...sambalnya pedas terbakar...ada juga pilihan lain..seperti ayam goreng..itik goreng penyet ...tapi yang aku paling suka itik bakar sambal ijo...restaurant dia...datanglah berapa ramai manusia pun...order tak sampai 5 minit dah tiba hidangan...jadi..jika anda ke Jakarta..dan anda ingin menikmati sesuatu yang berbeza...silalah ke jalan Cempaka Putih untuk berkunjung ke restaurant bebek kalio atau ke cabangnya di jalan apa yer...lupa pulak jalan tu..atas sikit dari jalan pramuka...

ok lah..dah panjang aku celoteh...patutlah Dato' Chef Wan membebel..dan aku sangat-sangat setuju dengan dia...bila dia sebut tentang mutu perkhidmatan dan kebersihan gerai-gerai di malaysia ni...aku antara orang yang tak kisah untuk bayar mahal tetapi selesa..bersih..sedap dan kita berpuas hati...kalau bayar murah...hasil kotor biarpun sedap...aku masih tak boleh terima...

Arriza: gwe kangen sama cowok gwe...baim wong...randy pangalila...aditya firmashah...kapan ketemu lagi dong...ehehe

Friday, 11 November 2011

forum dan aku...11.11.11

baru-baru ni forum IG ditutup...(ditutup...? tertutup...? kena tutup...?)

sedikit sebanyak aku rasa terkilan jugak...sebab IG satu-satunya forum yang aku berjaya untuk bertahan lama berbanding forum forum lain..

kisah aku berforum bermula pada tahun 2003..semuanya bermula apabila waktu itu aku sibuk nak mencari gambar bogel wan nur azl**...aku pun googlelah...taip " artis melayu bogel"...ahahahha...sekali keluar forum artis melayu...atau lebih dikenali sebagai "amnet"...untuk membolehkan aku melihat gambar yang dicari aku perlu daftar...aku pun registerlah dengan menggunakan nick pertama aku masa tu..."puteri-iza"...tapi masuk tak der pulak gambar bogel...yang ada thread-thread mengenai artis yang dibincang secara mendalam....ehehehe...

bermula sebagai pembaca senyap...aku berani-beranikan diri menyampuk...tapi tak lama selepas itu...forum amnet ni kena tsunami...kemudian aku daftar lagi...tahun 2004...tapi masa ni forummer dah mula berpuak-puak...puak A hentam puak B...kemudian terjadi pergaduhan antara puak-puak terlibat...dengan aku-aku sekali kena banned...ahahaha...

aku daftar lagi guna nick baru...masa ni aku tak terlibat untuk join sebarang perjumpaan...aku layan bosan dengan berforum...disebabkan faktor itu...aku teruk kena kutuk...kononnya aku ni lelaki yang menyamar perempuan....lantak lah apa orang nak kata...tapi aku ingat aku penah jumpa sorang forumer lelaki yang menggunakan nick "harimaumerah aka cikapot"...abg rimau ni pun dah ke mana menghilang...aku lost contact dengan dia...tapi dari amnet lah aku kenal forumer yang kekal bertahan sehingga kini di FB dan IG seperti ezylin...sweetbee...zarul...amoi...toksira..

disebabkan bosan dgn panorama forumer di amnet...aku diajak join forum onenet...orang yang ajak aku masuk onenet ni forumer "akumelayu". Di onenet aku kenal beberapa nama yang kekal sehingga kini seperti Topi aka Hasan Kadri...lagi siapa erkkk...lupa pulak makcik...

kemudian aku berhijrah lagi ke beberapa forum seperti mindsay ...cool...mesra...gamesyok...cari...pun tak lama...kerana faktor bosan...

tapi selepas beberapa ketika aku menyepi...aku teringat akan forum IG...aku pernah register pada 2005 tapi tak aktif....sekadar pembaca senyap...aku pun mengaktifkan diri di IG kembali waktu itu....sekitar 2007 adalah zaman paling best berforum bagi aku di IG...bayangkan kami boleh berjaga sampai ke pagi..melayan radio...melayan game online bersama-sama...dan di Ig lah aku beranikan diri untuk berjumpa..bergath...seterusnya sehingga kini ikatan persahabatan dan kekeluargaan yang terdapat di IG berkekalan...

aku percaya niat yang jujur...ikhlas sentiasa berpanjangan...walaupun jauh...walaupun ada yang dah kembali kepadaNYA...tapi ingatan sesama kita sentiasa kuat...ikatan ini ada ketika panas...ada ketika dingin...tapi percayalah...ia sentiasa berpanjangan...walaupun ada yang menghilang...ada yang menyepi...tapi aku percaya...ada yang jauh tapi dekat...ada yang dekat tapi jauh...(apa aku mula merepek ni...ehehhe)

dan kini...IG mungkin telah berkubur...tapi kalian ada cara bagaimana untuk mencari sesama sendiri...(adeeiii...menjiwang lah pulak...)

so kesimpulannya...aku dah tidak berminat berforum lagi...cukuplah setakat ini...dan aku tak mungkin kembali berforum di mana mana forum lagi...buat mereka-mereka...anda tahu bagaimana hendak mencari saya...cewah...ehhehe...lagi pun faktor masa tidak mengizinkan segalanya....cukuplah...sudah lah sudah....

sekian terima kasih...kalian tetap di hati...

arriza : Puteri Bongsu..kumac...zarul..sonic..kepalaletrik..olama saden...cad...kak med..kak marla...amoi...NCJ..CJ...Misz E...laydkronik..alien... juanito...ezylin...toksira...succ...angah...jiejah...jliter...ayell..nur..pocoyo..
sweetbie...pia...(sori nama nama yang tak sempat nak sebut...)

Friday, 28 October 2011

Jakarta...

hampir seminggu aku meninggalkan kota Jakarta. Mulanya aku bercadang nak pindah dan menetap terus di Jakarta. Tetapi pemergian kali ini agak lama...jadi aku dapat menghayati suasana kota Jakarta untuk tempoh itu. Keputusannya...otak aku akan serabut selama aku duduk disana nanti...ehehehe...keadaan bandar yang memanjang jammed...sesak dengan kenderaan yang tidak mengira masa...

tetapi aku sangat respek dengan sifat gigih rakyat indonesia...apabila petang kita dapat melihat deretan warung dan kereta tolak penjaja disepanjang jalan...anda tidak perlu hairan ya...di indonesia untuk menjaja tidak diperlukan lesen...jadi anda bebas meniaga di mana-mana kaki jalan tanpa sebarang masalah..bagus kan ?

aku di sana atas urusan kerja dan bisnis kecil-kecilan...sepanjang tempoh itu keluarga angkat aku Ibu Tri dan Pak Rully bersama anak dia Rall dan Rillian yang sibuk melayan aku...ke mana mana aku dibawa oleh mereka...Layanan istimewa dari dorang memang buat aku naik segan...

Sempat jugak aku dibawa ke Bandung dan bermalam di villa mereka di puncak...Sejuk sungguh...singgah di Gunung Tangkuban Perahu melihat para peniaga menjaja di situ timbul rasa insaf...'belilah ibu...hari ini belum dikurniakan rezeki"...itu antara ayat yang keluar dari mulut mereka...Sepanjang ke Bandung yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan dari Jakarta aku diceritakan oleh Ibu Tri bagaimana kisah Gunung Tangkuban Perahu itu terjadi..tidak pasti sama ada ia kisah dongeng...lagenda...mitos atau hikayat...ehehehe

kawah berapi yang terdapat di Puncak Gunung Tangkuban Perahu

pemandangan kota Jakarta timur dari kamar Hotel Sentral

menara monas diwaktu malam...tugu atas tu dibina dari emas...

pergi mana-mana negara..aku mesti masuk pasar kan...ehehehe...tapi ni sebenarnya restaurant seafood yang terletak di Anchol...Semua ikan dan mekanan laut di sini hidup-hidup...kita pilih kemudian bagitahu nak masak apa...di sini Rall belanja aku makan ikan Jerung bakar berlada...perghhh memang sedap...pengalaman pertama aku makan jerung...tak sempat nak snap pic ikan jerung tu...dah habis makan baru teringat nak ambil gambar....ehehehe

Sememangnya di sana aku memang dijamu makanan yang tak pernah aku jumpa...seperti ikan jerung bakar...ikan emas ala-ala pais tu...satay kelinci ( satay arnab..) dan yang menjadi kegemaran aku bebek kalio ( itik berlado)...sampaikan aku dah balik KL pun..ibu Tri dan Pak Rully kirimkan bebek kalio untuk aku melalui kawan mereka yang turun KL....sebab dorang tahu aku tersangatlah suka bebek kalio ni masa mula-mula menjamahnya...(tengok...orang baik..pegi mana-mana semua orang sayang....ehehehe)

masa nak meninggalkan kota Jakarta ni...memang aku sedih sangat berpisah dengan keluarga ni...sebab dorang terlalu baik..Ibu Tri sampai menangis waktu hantar aku kat airport...aku pun sayu...Tak per...pasni kita jumpa lagi...bukan jauh pun...cuma keadaan mancit yang buat aku cancel untuk pindah sana...ehehehe...mula dah berangan nak jadi warga jakarta...boleh lepak Plaza Senayan dating dengan Baim Wong or Randy Pangalila....

arriza : nak jumpa Randy Pangalila je belum kesampaian lagi...

Monday, 3 October 2011

siaran tertunda...

ahaks...lama aku tak mengarang sesuatu....punya banyak idea untuk bercerita...pelbagai cerita ada....cuma masa tidak mengizinkan...kalau free pun aku habiskan dengan tidur yang berkualiti...ehehhe

1. pertama...aku nak luahkan sesuatu buat KAK HALLE..Kak Halle...kalau akak baca ni...tolongalah email riza di arizona_8805@yahoo.co.uk . untuk pengetahuan kak halle...dah 2 kali raya riza terima mssg dari sis...tapi setiap kali nak contact balik..no yang anda dial tidak dapat dihubungi...kalau tak pun..no yang anda dail tiada dlm perkhidmatan...kadang masuk fax mesin...rindu tak sembang panjang dgn akak...nombor phone yg akak bagi dulu semuanya dalam hp lama yg habis hilang...alamat akak pun tak sempat nak selamatkan dalam IG lama yg dah padam...apa khabar adik-adik saya yg 2 org tu skrg...terbayang-bayang wajah comel dorang kak...memang rindu nak sembang dgn akak...kalau boleh nak terbang ke australia cari akak...tapi semua mengenai akak saya hilang...

2.ada satu peristiwa sebelum raya...(ahaks...baru hari ni nak citer)...kisah ini berlaku di sebuah pusat membeli belah...masa tu aku sedang belek baju untuk abang macho...sedang leka menelek baju di bahagian lelaki...datang seorang ibu tua bersama anak perempuannya...si ibu membelek tshirt berkolar jenama snail..sedang si ibu memilih-milih...anak perempuan tu menjerit dgn suara yang lantang sampai aku disebelah pun terkejut...diolag mereka seperti berikut :

anak : yang mak sibuk pegang baju kat sini apsal ?

ibu : mak nak tengok baju kat abah..

anak : mak tahu tak...ni jenama snail..snail ni untuk orang muda...bukan untuk orang tua macam abah tu !

ibu : tak apa lah..boleh je abah pakai kalau macam ni...(sambil pegang sehelai tshirt)

anak : mak tengok sikit harga tu...80 ringgit tahu tak...

ibu : apa salahnya beli kat abah sehelai 80 ringgit...buat pakai raya...

anak : sudah...sudah...dengan abah tu beli baju 20 ringgit je..apa nk beli baju macam ni...snail pulak tu...tak sesuai ( sambil tarik tangan si ibu pergi )

aku dengar sakit hati je...setakat jenama siput pun ko nak heran...apa punya anak ntah...aku nk je sound...tapi tak mo lah campur urusan keluarga orang lain ni... tapi serius..sedih tengok panorama macam tu...baju nak beli kat bapa RM80 pun berkira...bapa sanggup korban apa je untuk anak...


3. mood sekarang pun rasa macam-macam...yerlah lately ni dapat jumpa IGians..kak marla cayunk...adik-adikku...CJ...dila...yan...tiba-tiba kak marla esok nak balik miri dah...sayunya rasa...lambat lagi nak jumpa gelak-gelak like before...rindu sambal udang akak...rindu karipap akak...rindu kek akak...ni satu-satunya kakak yang aku tak ada segan silu nak manja-manja...ahaks...walaupun kenal kat cyber...tapi harap-harap hubungan ni berkekalan...kak marla sanggup melayan karenah aku yang demand macam-macam bila jumpa...(kalau orang lain kirim salam lah kan...banyak ko punya songeh)...tapi ikhlas...aku dah jumpa ramai manusia di cyber ni...sampai aku dituduh katak bawah tempurunglah...berlagaklah...mcm mcm gelaran aku dapat bermula dari amnet...onenet...cool...mindsay...cari..dan IG...tapi IG forum terbaik buat aku bersama forummernya....

kak...dan adik-adik sekalian...keep in touch ok...sayang uols...muahhhh

3 dulu...esok sambung lagi...ada mcm-mcm nak tulis ni....


arriza : sibuk mengatasi segala...

Monday, 8 August 2011

Salam Ramadhan...


pandangan sayu dari jendela kamarku...

lamanya blog ni tak berupdate....disebabkan faktor sibuk yang melampau...2 minggu dibumi Arab buat aku masih terbayang-bayang suasana disana...Alhamdullilah semua dipermudahkanNYA..7 hari dikota madinah..4 hari dikota mekah dan 3 hari di Jeddah...dapat beribadah sambil bekerja...

baru beberapa hari lepas berbuka puasa di Jeddah...Selesai ibadat umrah di mekah..aku ke Jeddah atas urusan kerja...disana layanan yang diberi oleh rakan sekerja dari Jeddah..MasyaAllah...Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

aku dibawa ke pasar basah Jeddah untuk memilih lauk berbuka...dan hasilnya...tadaaa....












lauk-lauk semua tersangatlah segar kerana baru naik dari pantai terus dijual di pasar dan dimasak direstoran berhampiran...

Arriza : moga rezeki ku murah umpama telaga zam zam yang mengalir tak henti...agar aku boleh menjadi tetamu MU sekerap yang mungkin...AMIN..