Wednesday 9 January 2013

PALESTIN AKU DATANG - part 4

Sekembali dari rumah keluarga adik Doluo yang kehilangan 14 ahli keluarga dalam serang baru-baru ini, kami dibawa melawat kawasan yang musnah dibom. Antaranya bangunan Kementerian Penerangan Palestin, balai polis dan beberapa tempat awan. Seperti biasa melawat kawasan-kawasan seperti ini mata hanya mampu memandang, mulut tak mampu berbicara.

Baru dua hari berada di bumi Palestin,ada yang merungut air di sini terlalu masin.Rupanya air di Palestin datangnya terus dari sumber laut.Air dan elektrik dikawal rapi oleh Israel.Semasa aku melawat kawan Riffan di sebuah kampung yang jaraknya 20 minit dari bandar Gaza.Suasana di situ gelap gelita.Ketika itu pukul 8 malam. Rupanya kampung tersebut menerima bekalan elektrik dari pukul 10 malam sehingga 6 pagi sahaja.Selepas waktu itu bekalan elektrik dicatu.Itulah rutin setiap hari.Bayangkan penduduk Palestin terpaksa memaksa menggunakan air mineral yang dibeli.Aku dan rombongan baru dua hari tiba pun dan terdengar rungutan mengenai air masin ini.Inikan mereka yang menetap terus di situ.Ada ahli rombongan yang tidak tahan dengan air masin yang terpaksa kami gunakan untuk mandi dan kegunaan harian, mereka mebeli air mineral tong besar.Jenuh mengangkut.Tetapi bagi aku, nawaitu kita ke bumi Palestin untuk merasa penderitaan orang Palestin tak perlulah nak merungut apatah lagi mencari sumber air lain. Bayangkan pagi-pagi menggosok gigi menggunakan air masin ini.Ketika mandi sabun mahupun syampu yang digosok tidak berbuih kerana kesan garam yang ada.Rambut menjadi kusut masai.Tergelak besar aku ketika sarapan pagi Mahfoz memberitahu setiap kali mandi dia akan membilas dengan sebotol air mineral. Itu belum masuk part bilamana heater tidak berfungsi dengan suhu cuaca 10 darjah celcius kami terpaksa menahan kesejukan untuk mandi pagi.Tetapi waktu aku di Mesir suhu mencecah 6 darjah celcius.Nasib baik tak ke Beijing sekarang ni , suhu -6 darjah celcius khabarnya.

Waktu berjalan-jalan di bandar Palestin ini, kita dapat melihat panorama yang tenang.Tiada langsung peminta sedekah dijalanan.Bayangkan mereka seboleh-boleh tidak mahu menunjuk kesengsaraan mereka.Di raut wajah mereka sentiasa terukir senyuman. Kanan-kanak di sana berminat untuk diambil gambar sahaja. Tetapi ada satu peristiwa yang menjadi kenangan buat aku dan rombongan, apabila setiap kali kami mengambil gambar kanak-kanak ini ada yang akan menanya kembali bila agaknya mereka boleh dapat gambar tersebut. Soalan tersebut menjadi sayu jika kanak-kanak yang bertanya itu tidak mempunyai kemudahan internet. Soalan tersebut akan menjadi lucu jika kanak-kanak itu seorang yang agak maju, kerana dia akan memberi facebook , email dan telefon nombor untuk dihubungi semula bagi mendapatkan gambar tersebut.

Satu peristiwa yang membuat hati kecil aku tersentuh apabila aku menghulurkan gula-gula kepada seorang kanak-kanak.Gula-gula tersebut aku letak  ditelapak tangan dalam kuantiti yang agak banyak.Kanak-kanak ini mengambil satu sahaja. Aku menanya kepada anak ini mengapa satu tidak lebih.Dia menjawab di dalam bahasa arab sambil menunding jari kearah kawan-kawan yang lain.Aku bertanya kepada ustaz yang kebetulan berada disebelah aku apa yang anak ini katakan.Anak ini menjawab soalan aku dengan berkata " jika saya mengambil lebih, bagaimana dengan kawan-kawan yang lain..mereka tentu tidak dapat merasai gula-gula ini ". Waktu ini aku terkedu. Otak aku terus terbayang anak-anak di bumi lain.Diberi satu tidak pernah mencukupi. Akan berbaris lagi untuk mendapat lebih.Jika dihulur gula-gula sedemikian dan tentu secekak digenggamnya.Ya Allah, betapa hebatnya anak kecil ini.Betapa bertuah ibubapa yang memiliki anak seperti ini. Dia ada rasa tanggungjawab, dia tidak mementing diri sendiri. Aku berharap nak-anak di bumi Malaya jadilah seperti mereka. Semangat mereka tidak pernah luntur.

bersambung part 5..dimana kami meraikan hari ke 25 tahun Hamas, dan bagaimana kami berdepan dengan tentera Israel yang melepaskan gas pemedih mata buat rombongan kami.

No comments: