Monday, 21 September 2009

disuatu pagi syawal...

pagi semalam..masa ziarah pusara ma dan baba...lepas habis baca yassin kt ma...lama termenung berbicara dgn ma...terus ke pusara baba yg hanya selang beberapa baris sahaja dari pusara ma...

setiba dipusara baba..aku melihat sesuatu yg amat menyentuh hati...dihadapan pusara baba ..seorang anak muda awal 20an berbaju melayu oren...sedang bertelengku...betul betul bertentang dgn pusara baba...leka aku memerhatikan dia...aku dah habis baca yassin...dia masih tak beranjak..aku lihat dah habis dia berdoa...dia tunduk ke bawah sambil menggenggam batu batu yg ada di pusara tersebut...kemudian airmata dia mengalir sayu...lama aku perhatikan dia...aku berteka teki..mungkin itu pusara awek dia...aku bisik dlm hati...bertuah awek dia dapat kekasih mcm tu...dah lah handsome...nampak sungguh kesedihan dia yg terasa kehilangan orang tersayang... kemudian tangisan dia semakin hiba...airmata dia semakin laju..dia tak peduli sekeliling...aku lihat mulut dia seolah berbicara kecil...

disebabkan rasa ingin tahu begitu menebal... aku pun buat buat cabut rumput diseliling pusara baba...aku ingin lihat siapakah gerangan tuanpunya pusara tersebut...sehingga ada org yg terlalu sedih dengan kehilangan arwah.....aku yg menyaksikan gelagat anak muda tersebut pun hiba...terlalu sukar untuk diluahkan keadaan ketika itu....agak lama dia disitu...agaknya dia sedar...dia diperhatikan...dia menyapu air mata...kemudian berlalu pergi...elok jer dia bangun...aku pun jengahlah ke pusara tadi...melihat pada tarikh lahir yg tertera dinisan...tahulah aku...tu pusara ibu dia...

waktu itu...tak semena mena aku merenung dari jauh pusara ma...terus teringat cerita di akhbar tempoh hari...seorang anak lelaki sanggup tinggalkan ibu dan biar ibu tersebut berkejaran ditgh jalan mengejar dia...hanya kerana tak mahu ikut dia pulang berhari raya...ibu tersebut dibiarkan di rumah org tua-tua...

seorang anak yg dipinjamkan ibu hanya seketika terlalu rindukan belaian seorang ibu...manakala seorang anak yang diberi kesempatan untuk berlama lama dgn ibu tetapi tidak menghargai....

arriza: harum subur dihati...

No comments: