Friday, 30 March 2007

SEMPENA MAULIDUR RASUL





SEMPENA MAULIDUR RASUL..

sayu tengok vc ni..walaupun lagu ni sempena maalhijrah .tapi dalam vc ni ada makam Rasulullah S.A.W. di masjid nabawi..kota madinah tempat penghijrahan Rasulullah dari kota mekah ke kota madinah..

Makam (pusara) Rasullullah SAW terletak di sebelah Timur Masjid Nabawi. Di tempat ini dahulu terdapat dua rumah..iaitu rumah Rasulullah SAW bersama Aisyah dan rumah Ali dengan Fatimah.

Sejak Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 H (632 M), rumah Rasullullah SAW terbagi dua...Bahagian arah kiblat (Selatan) utk makam Rasulullah SAW dan bhgn Utara utk tempat tinggal Aisyah.

Sejak tahun 678 H (1279 M) di atasnya dipasang Kubah Hijau (Green Dome). Dan sampai sekarang Kubah Hijau tu tetap ada. Jadi tepat di bawah Kubah Hijau itulah jasad Rasullullah SAW dimakamkan. Di situ juga dimakamkan kedua sahabat iaitu Abu Bakar (Khalifah Pertama) dan Umar (Khalifah Kedua) yang dimakamkan di bawah kubah, berdampingan dengan makam Rasulullah SAW.

masa saya ziarah Makam Rasulullah SAW dulu..bahagian perempuan kecil tak macam bahagian lelaki luas seperti dalam video clip Yusof Islam tu..tapi Alhamdulillah time saya ziarah bukan musim umrah mahupun haji jadi tak lah bersesak sangat.boleh doa dan solat lama sikit..kalau time sesak..tengok muka polis wanita yg jaga makam tu pun gerun..lama jer sikit terbeliak mata dia..tapi sesiapa pun yg ziarah makam ni mesti rasa sayu..terasa kerdilnya kita..selepas tu pulak lawat perkuburan Baqi yg berhadapan masjid tu tempat sanak saudara dan para sahabat Rasulullah SAW..dan bertambah sayu bila ke jabal Uhud..tengok makam Saidina Hamzah yg mana hati beliau dilapah oleh Hindum ketika perang Uhud..

gambar Makam Rasulullah S.A.W tu memang byk dijual di kedai kedai berhampiran masjid Nabawi.

mengimbau kenangan dikota madinah..

No comments: