semalam masa aku lepak kat sofa sambil baca buku sambil menonton..tiba tiba aku terdengar lagu Permaidani lagu tema sesuci cinta sofiya..ingat ingat lupa tajuk dia..lagu permaidani ni aris ariwatan yg nyanyi..atau nama penuh dia Harris Fadilah Daud..aku memang suka aris ariwatan ni..aku suka suara dia..dia antara penyanyi lelaki yg smart thinking..tapi lepas dia kawin dgn kak Maria..dapat anak kembar..terus dia senyap...aku teringat masa ni zaman rock kapak..aku tengah sekolah lagi..zaman aku menggedik..masa ni lah jugak hattan semua tu meltup..hattan pun salah seorg yg aku minat dari dia bersama FRU..lagu femes FRU masa tu " di saat mindaku terbuka.." aku salin lirik lagu ni kat kulit buku masa tu..masa hattan bercinta dgn kak deana yusof..aku antara saksi yg menyaksikan percintaan romantik dorang ni..waktu tu deana yusof sibuk berlakon " selubung "..di sebab kan muka aku yg hari hari menyibuk kat set penggambaran time tu..maka shuhaimi baba tawarkan aku satu watak pembantu tambahan..itulah filem pertama dan terakhir aku..aku rasa kalau aku masih menggedik macam dulu agaknya watak pontianak tu pun aku pegang apa..ahhahaha..prof razak mohaideen dah tentu offer aku filem anak mami..mahu menangis maya karin dgn fansha sandha..ahahhahaa..
masa ni aku kenal byk org org seni yg jiwang jiwang..antara yg baik dgn aku abang syed amran (pencipta lagu biasan -toki..adik Siso)..syed amran ni boleh bersembang dgn aku dari serius sampai ke merapu..dulu lah..dia ni tinggal serumah dgn budak budak iklim...lepas aku tinggalkan zaman gedik aku ..aku terus menyepi dari dorang semua..
masa ni jugak aku kenal dgn pemain bola sepak skuad pahang..aku temankan kawan aku jumpa fandi ahmad..sekali fandi ahmad kenalkan aku dgn mamat ni..byk jugak gambar skuad pahang yg dia bagi kat aku spjg kami kenal..aku cakap kat dia masa pertama kali jumpa " kalau abg fandi..saya kenal lah..awak ni saya tak keanl..awak pemain simpanan ke? " tersedak fandi kat sebelah dengar..lekas lekas dia jawab.."eee AA ni pun org kuat jugak tau.." lepas dari tu baru aku dengar nama dia..dia salah sorang yg menyumbang gol masa piala malaysiasehingga pahang juara..tapi aku tak lama dgn dia..sebab ..petang berlatih..mlm berlatih..minggu depan ada perlawanan..lupakan..
terpikir balik..dulu aku ramai kwn lelaki ..kurang kwn pompuan..tapi biasalah jiwa muda..kawan jerlah dgn siapa pun..aku selesa kwn dgn lelaki sebab bagi aku lelaki dan perempuan umpama magnet..kutub utara dan kutub selatan..saling menarik..tetapi perempuan sama perempuan saling menolak..tu yg tak ngam..ehehhee
No comments:
Post a Comment