Wednesday, 24 January 2007

saya sukakan nya !

tadi masuk blog nakkal..jumpa signature kat bawah tu..

i'm lovin' it is about enjoying the everyday pleasures of life by having I-Attitude. I-Attitude is an expression of individuality. It isn't selfish, it isn't lonely. It's about being apart of a broader culture yet being YOURSELF all at once. It's saying that YOU connect with others as individuals and those connections will take YOU places emotionally.

aku pinjam kejap nak terjemah dalam bahasa perancis..ahhahahah..


je suis lovin 'qu'il est au sujet d'apprécier les plaisirs journaliers de la vie en ayant l'Je-Attitude. L'Je-Attitude est une expression d'individualité. Elle n'est pas égoïste, il n'est pas isolée. Elle est au sujet d'être distante d'une plus large culture pourtant au sujet d'être VOUS-MÊME d'un seul trait. Elle indique que VOUS vous reliez à d'autres car les individus et ces raccordements vous prendront des endroits avec émotion..


mari belajar bahasa perancis bersama wiwiet..ehehhehe..alamak aku dah mengong..keja manyak..keja lain yg aku mengarut..hehehe

aku boring bangatttt

aku dah terlalu letih untuk waktu ini..itu lah aku..bila rilex...rilex bangat..bila bz ..rasa macam nak mati..jumaat ni aku kena ke Pekan lagi..semalam balik rumah pun dah lewat..sampai kat rumah mike jer yg sambut aku..teep tak der..selalu dorang dua yg nanti lari kalau nampak kereta aku masuk parking..masuk dalam rumah tengok hubby tido kat sofa..teep celah ketiak dia tgh layan tv...ahhahaha..teep tengok tv..hubby tido..
Photobucket - Video and Image Hostingalamak hp murah..gambar tak cun

malam..lepas maghrib..tiba tiba ada orang hantar tapai pulut kat aku..Ya Allah..punyalah banyak..dekat 100 bungkus..aku makan satu..sedap..manis..makan dua..tiga..empat..masuk 5..dada aku dah sakit..mengigil tangan..rasa sejuk semacam..aku sms kakak nun di sinun tanya nak tapai tak..sebab aku dah pening byk sgt..aku nak bagi jiran..tak der rumah pulak.akhirnya pagi ni aku bawa semua tapai tu ke opis..aku suruh opis boy aku sedekah satu bangunan..ahahhaha..selesai masalah..hantar pun tapai..lain kali hantar lah ferrero rocher 100 biji sedap lah jugak..sebut ferrero rocher teringat hari tu kat langkawi aku borong punyalah banyak..murah 30 baru RM 16..aku beli sampai 5 box..30 x 5 = 150..aku habiskan dlm masa seminggu...mak aiii..nasib baik badan tak chubby...smlm pegi singgah giant nampak murah..aku belilah..dari 16 tinggal 8..huh..choclate..aiskrim..famous amous..semua tu tak boleh dipisahkan dgn aku..
Photobucket - Video and Image Hosting

aku teringat masa kecil mak aku selalu rasuah aku dgn benda benda ni...sampai ke satu tahap..aku bergaduh dgn my dad..bapa aku cuma buat baik dgn rasuahkan aku seperti yg arwah mak buat..tapi..aku campak jer semua tu depan dia..aku teringat..masa tu aku 15 tahun..lagi 6..7 bulan aku nak exam dia bawa aku keluar sekolah .aku dipindahkan ke KL dari sekolah berasrama tu..alasan ...aku dah jauh dgn family..sebab kat kedah aku enjoy..balik KL aku memberontak dlm diam..aku teringat lagi aku bergaduh dgn dia..aku cakap sampai dia mengalirkan air mata...antara kata kata aku yg buat dia sedih " e tahu e bukan anak yg u nak..tapi u kena tahu..e pun tak ingin punya bapa mcm u..kalau e tahu e ada bapa mcm ni..dari dulu e suruh mummy picit hidung e biar e mati..senang..dah besar tak menyusahkan u all"..itulah aku..jarang bersuara..tapi bila sekali aku cakap..pedih kut orang yg mendengarnya..
ntah lah..tak semua orang bernasib baik dalam menjalani kehidupan...bak kata
lomang .. diperlihatkan sesuatu kejadian untuk kita sama sama pikirkan..aku teringat...lepas sekolah dulu aku selalu ikut arwah mak pergi Tanjung Rambutan..dan beberapa rumah kebajikan..kat sini aku belajar..erti kehidupan..terbayang lagi..adik shakira yang meninggal Feb 2006 kerana kelar urat nadi..dia dirogol oleh sepupu sendiri..masa tu dia form 4..akhirnya dia fobia..trauma dan hilang ingtan..aku kenal dia semasa dia menerima rawatan di Tanjung Rambutan..hampir 5 tahun dia jadi penghuni di situ..di situ jugak aku kenal kawan baik arwah mak..yg menjadi mangsa rogol jiran (dia sudah berkahwin)..sehingga melahirkan anak luar nikah..kesannya..makcik tersebut di ceraikan dgn talak 3 oleh suaminya kerana disangka kan isterinya curang..banyak kisah kehidupan yg buat aku matang dlm hidup..aku minat nak sambung belajar dlm bidang ni..tapi mendapat tentangan dari bapa aku..dia kata.." campur dgn org gila kita pun gila " itulah ayat gila bapa aku..tapi selepas beberapa tahun bekerja bos aku penuhi impian aku walaupun sekadar sekeping diploma dan bukan dalam bidang ni tetapi masih berkaitan dgn tu semua...

panjangnya luahan aku..sbb aku dah boring..dah lama aku tak luahkan apa yg terbuku..asyik copypaste jer..dah lama tak jenguk kawan kawan kat forum..rasa terhibur bila masuk forum baca posting member..gembira di tempat orang..tetapi tak semua orang gembira dgn kedatangan kita..ahahhaha..

Tuesday, 23 January 2007

PERSAHABATAN

Persahabatan~
Seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami erti persahabatan.Lalu dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati,yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendiangmu.kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya" Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya;kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkira.Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan;hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu,biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan...kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

**************************************

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri..tetapi didalam kita bersendiri,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia..
tetapi kita sering terlupa akan hal itu
kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita..

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya..

Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan
dan membela diri..kita terlupa,kita juga pernah membiarkan
dia ternanti-nanti..
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati
kita beri seribu alasan,memaksa dia menerima alasan kita

Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya???
seperti kita,dia juga tahu rasa kecewanya..tetapi kita sering terlupa!

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
disisi kita pada waktu kita memerlukan dia..

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah..

Selalunya kita asyik bercerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita..

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbangnya,rasa takutnya?pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..
bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali,jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita..
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,kerana dia juga
seorang manusia,dia juga ada rasa takut,ada rasa..bimbang,sedih dan kecewa!

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..
jadilah kita kawannya itu!kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..
disebalik senyuman itu,mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan..disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan
seribu kekalutan..kita tidak tahu!
tetapi jika kita jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu..

Monday, 22 January 2007

melankolia...

aku ingat aku nak tinggal lama di kuantan sampai semuanya selesai..2 1/2 hari kat sana cukup buat aku penat..smlm bos no 3 call kata aku perlu balik sebab aku kena pegi meeting kat mandarin oriental..pukul 1 karang..esok ada meeting kat opis aku..terpaksa lah aku balik sini semula..tak sempat blog aku nak bersawang..ahahaha..tapi lepas ni aku memang betul betul bz selagi belum 3/2 tak selesai benda yg aku nak buat ni..Alhamdulilah ksibukan aku membataskan aku dalam mengingati banyak perkara..tawaran bos no 2 aku untuk aku buat CIMA pun aku tak sempat nak pikir..pasal 2 buah rumah aku dah dapat pembeli pun aku serahkan semua kat hubby..aku harap maal hijrah tahun ni bawa banyak perubahan dalam hidup aku..dan yang pasti aku perlu BERHIJRAH...kalau semuanya selesai..aku harap apa yang aku impikan selama ni Allah makbulkan..sempat juga aku berbincang dgn hubby kalau semua selesai seperti apa yg dirancang aku ajak dia buat umrah..aku rindukan ketenangan di sana...hubby kata InsyaAllah...cuma aku minta buat masa skrg aku di beri kesihatan yang cukup sekadar sihat untuk lakukan semua..aku kesian kat hubby..tiap kali aku balik kerja dalam seminggu mesti 3..4 kali aku habiskan masa terlantar atas katil..menanggung sakit..tak per..aku yakin ni semua ada hikmah yg aku tak tahu..

" jangan kamu sikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman - Al Imran ayat 139.."

tadi dalam perjalanan ke office...aku tersangkut dgn jammed kat simpang nak ke ampang ..tiba tiba mata aku tertumpu melihat satu peristiwa disebelah kiri aku..ada kedai runcit..seorang wanita indon mengendong bayi kecil dgn kain batik..disebelah dia ada anak kecil dlm lingkungan 4 tahun..aku melihat kanak kanak tu berlari menuju ke rak rak yg tergantung keropok..lalu dia mengambil sebungkus mamee…tiba tiba mamee tersebut di rentap oleh ibu dia..dan ibu dia meletakkan balik ke tempat asal…budak tu terus berguling ke lantai..

aku jatuh kan cermin kerete untuk mendengar butir bicara ibu dan anak tersebut..anak kecil tu berguling guling sambil berkata “ ibu.. mahu keropok..” berulang kali dia menjerit sambil menangis nangis..tiba tiba ibu tersebut membuka selipar yg dia pakai dan memukul budak tu di seluruh anggota badan….sambil berkata “asal ke kedai mahu keropok “..teruk jugak budak tu di belasah dgn selipar..kanak kanak tadi menangis sambil menjerit “ ampun bu..ampun bu “..aku yg menyaksikan peristiwa tu rasa berbaur..antara geram dan sedih...rasanya mamee yang berharga 30 sen tu apa sangat ertinya berbanding dgn kesakitan dipukul dgn selipar..di sebabkan leka melihat , kereta belakang hon aku…..nak jer aku turun belikan..tapi aku sendiri kat tgh jalan...sayu aku…teringat semasa kecil ibu selalu bagitahu aku…kenapa dia selalu penuhi impian kami adik beradik..kata ibu :

Jangan sesekali kita menghampakan permintaan orang..kerana mungkin itu permintaan terakhir dari dia…dan kalau kita penuhi impian seseorang…sekurang kurangnya kita dah buat orang tu tersenyum…tak susah untuk menggembirakan orang sebenarnya..asalkan nawaitu kita ikhlas..“

sampai kat office dah pukul 10 lebih..aku terus singgah kiosk kat bawah ofiice aku ni..satu lagi peristiwa buat aku termenung panjang..ada seorang remaja lelaki berpakaian elok..tido di tepi kaki lima kiosk tu..aku tengok dia..elok..aku tunduk tengok kuku tangan dia ..kuku kaki dia..bersih..kalau orang tak siuman dah tentu kotor..comot..nak jer aku gerakkan adik ni tanya..kenapa tido kat sini..kalau boleh aku nak ajak dia naik tido kat opis aku...lama aku tercegat kat situ..nak tunggu dia buka mata..nyenyak betul dia tido..akhirnya aku naik kat opis..macam macam aku pikir pasal dia..sempat juga aku ambil gambar dia..simpati aku kat adik tadi..kejap lagi aku nak turun tengok dia ada lagi ke tak..

Photobucket - Video and Image Hosting

Thursday, 18 January 2007

winter sonata



lagu penutup petang ni sebelum blog aku bersawang lepas ni
lagu yg mengimbau my first love..

sealed with a kiss



ni lagu kegemaran aku..bila aku boring...dari kecil aku nyanyi lagu ni..
duduk atas buai ..sambil nyanyi..

layannnn

Wednesday, 17 January 2007

A shoulder to cry on

Photobucket - Video and Image Hosting

A shoulder to cry

Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it’s headed for the ground
And there’s nothing more painful
Then to let your feelings take
You down
*

It’s so hard to know
The way you feel inside
When there’s many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won’t be alone
I’ll be there
I’ll be your shoulder to cry on
I’ll be there
I’ll be your friend to rely on
When the whole world’s gone
You won’t be alone
cause I’ll be there
*
All of the times

When everything is wrong
And your feeling like
There’s no use going on
You can’t give it up
I’ll help you work it out
And carry on
*
Side by side

With you till the end
I’ll always be the one
A shoulder to cry on continued
To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world’s gone,
you won’t be alone
’cause I’ll be there
I’ll be your shoulder to cry on
I’ll be there
I’ll be the one to rely one
When the whole world’s gone,
you wont be alone’cause
I’ll be there
And when the whole world is gone
You’ll always have my shoulder to cry on

melankolia

aku tak tahu kenapa hari ni perasaan aku sayu semacam..masa dalam perjalanan ke office tadi ..aku dah rasa mood aku sayu hari ni..sampai jer opis dah pukul 10.30..dengan telefon tak henti berdering..kerja masih lagi menimbun..aku layan bersembang di ym dgn sorang tu dulu..
tiba tiba dlm aku termenung air mata aku meleleh..aku tak tahu kenapa aku sayu..
tapi peristiwa smlm dgn pagi tadi kut menganggu aku..byk yg aku nak tulis..tapi mata aku sendiri tak nampak apa yg aku taip..dari tadi air mata asyik bergenang...aku pasti aku tertekan dgn keadaan skrg.. ya Allah ..kuat kan aku menempuh dugaan mu...hamba Ma tak punya kekuatan untuk berdiri ..bagilah aku semangat yg hilang tu ya Allah..

Tuesday, 16 January 2007

dunia ku...permata hati aku

Photobucket - Video and Image Hostingteep ku sayang...buah hati pengarang jantung aku..yg sentiasa "membontoti" aku kemana saja...
Photobucket - Video and Image Hosting telah kembali ke rahmatuallah ...
Photobucket - Video and Image Hostingmike ..ko memang buaya..
Photobucket - Video and Image Hostingkenangan dgn tamme..mike dan teep
Photobucket - Video and Image Hosting ikan emas ku..
Photobucket - Video and Image Hosting ikan air masin hubby ku
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting burung merpati yg selalu lepak depan umah aku..ala ala depan taj mahal gitu..
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting mike ku cayunk..
Photobucket - Video and Image Hosting kolam ikan peninggalan arwah mak aku..
Photobucket - Video and Image Hostingteep...
Photobucket - Video and Image Hosting mike..
Photobucket - Video and Image Hosting tom..yg kini berada di kula selangor..aku dah sedekah kat adik angkat aku..
Photobucket - Video and Image Hostingkolam ikan ku...
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting kuda yg aku selalu dok naik..tak mampu nak beli lagi..Photobucket - Video and Image Hosting

inilah dunia ku...

dulu dulu..

semalam hari bermakna aku dgn hubby..ingat nak raikan ..walaupun aku tak sebut apa kat hubby sebelum ni..sekali hubby aku call bagitahu dia tak dapat balik smlm..kerja dia masih tergendala..huh dah 3 hari..tido malam sorang..ehehee..nak buat cam ner..tak perlah..setiap hari adalah bermakna untuk aku dgn dia..(kata kata nak pujuk diri...ehehehe)

pagi ni..sampai jer kat opis ..dah pukul 10.45..teruknya aku..tiap tiap hari masuk opis lewat..aku layan tenet dulu..lepas ni baru aku nak buat kerja ..radio kat pc aku ni tak boleh buka pulak..selalu sambil buat keja aku layan ERA ..setakat ni ERA jer lah yg masuk dengan halwa telinga aku..teringat dulu zaman study tengah malam aku suka layan radio muzik..dengar Ismahalil Hamzah bertugas..calling calling..sampai pukul 3 pagi aku layan sambil baca buku..(konon)..masa tahun 1999 kut ismahalil ni kena tukar pegi stesen radio lain..aku punyalah frust menonggeng..lama dia menyepi sebelum muncul semula..aku siap tulis kat forum utusan malaysia ..tajuk " ismahalil punya kelebihan kendali radio muzik.."..panjang lebar aku komen dalam forum tu.. ehehehee..dari sekolah dulu aku tak puas hati aku luahkan semua kat ruangan forum tu..aku ingat lagi artikel aku yg pertama aku mula tulis masa form 4 pasal gejala buli...lepas tu pasal kerosakan akhlak muda mudi..setiap kali artikel aku keluar cikgu BM aku akan tampal kat papan kenyataan sekolah..ehhhehe sampai aku dah kawin pun aku hentam yusuf haslam kat forum tu jugak ..artikel aku bertajuk " filem kurang bermutu galakkan cetak rompak "..sekarang ni aku dah kurang kan sikit aktiviti aku..cukuplah aku jadi penulis kat blog aku ni jer..bila pikir balik..patutlah aku jadi pelajar terbaik subject BM masa SPM dulu..ahhahaha dari dulu ada tokoh nak jadi minah kepoh..ehehhehee..sebenarnya aku memang minat nak jadi penulis ni..tak pun aku minat nak jadi ahli psikologi..tapi bapa aku cakap dalam anak anak dia tak ada satu lagi pisang yg busuk atau tak menjadi..jadi dia nak aku jadi pisang yg elok macam abang abang aku..so malas nak jadi anak derhaka aku pun ikut jerlah apa yg dia suruh..jadilah aku seperti sekarang..pisang yg tunggu masa nak kena buat cekodok..ahhahaha

Monday, 15 January 2007

JANGAN ADA BENCI

Casey - Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti

Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati

minggu lemau...

sabtu ..ahad aku memerap kat rumah memandangkan hubby keja. ahad petang adik angkat aku - waqas yg datang dari turkey hari tu ajak aku keluar...dia skrg tinggal di UM tumpang member dia dari arab. permohonan UIA dia ditolak..aku kesian kat dia..kelulusan dia dari turkey tak melayakkan dia untuk sambung belajar di UIA..sekarang dia masih tidak putus asa..aku suruh dia minta semua u yg ada kat KL ni..ari tu dia ajak aku makan makanan timur tengah kat Al-samer restaurant di bukit bintang..aku pun ikutlah..sekali makanan sampai..dia rasa makanan tu semua..dia kata tak sedap..habis semua makanan tu dia bawa pegi dapur..dia masak lain sambil dia ajar chef kat situ masak..nasib baiklah org arab ni berfikiran terbuka..kalau makan kat restaurant cina mau kena tetak agaknya...

aku pun ok jer lah..so petang semalam kami janji jumpa kat KLCC..aku ingat nak tengok pameran tamadun islam tu..sekali manusia punyalah ramai..nak masuk pun satu jam jer..aku pun cancel..akhirnya kami mkn kat situ jer..lepas sembang sembang aku pun hantar dia balik kat UM..seperti biasa ..setiap kali jumpa mesti ada benda yg dia perlukan dari aku..aku ni sebenarnya ATM dia..ehehehee..masa dia sampai dulu..dia tinggal kat hotel di chow kit..konon nak murah..baru hari kedua duduk..notebook dia hilang..hari ketiga dia kena samun..nasib baik duit tak byk masa tu..lepas insiden tu..dia suruh aku jaga duit dia..aku lah tukang pegang duit dia..dia serah kan kat aku bukan RM tapi USD..setiap minggu dia akan minta kalau perlu..berapa byk dia bagi ..kang aku cakap aku pulak kena samun ..ehehhe...aku dah anggap dia macam adik kandung aku sendiri...setiap kali dia pergi mana mana mesti dia bawa balik ole ole kat aku..baru ni dia pegi jumpa abg dia kat japan..satu beg barang dia beli kat aku masa di japan..siap dgn kimono untuk aku dan hubby...suami aku pun senang dengan dia..aku selalu cakap kenapa dia bersusah payah belikan barang untuk aku bila pergi mana mana...dia akan jawab..tak kisahlah kalau aku tak ingat dia..tapi dia sentiasa ingat aku dan suami walau di mana dia berada..sebab tu dia beli ole ole bila dia pergi mana mana..dari situ aku belajar..
ingatan untuk seseorang ada masa nya perlu di luahkan biar dia tahu kita sentiasa mengingati dia tak kira di mana kita berada...

entahlah hari ni aku berada di paras tak der mood..memandangkan hari ni aku baru masuk opis setelah lama cuti..ari ni aku mula buat keja seperti biasa..sebelum ni aku masuk opis tak buat keja..ahhahaha..colleague aku masih lagi cuti bersalin..awal bulan 2 baru masuk..kerja menimbun kat meja sepanjang peninggalan aku..tak der siapa nak tolong siapkan..ehehhehe
aku mesti siapkan semua keja ni sebelum bulan Feb..memandangkan awal Feb ..5/2 aku kena pergi selesai satu tugasan luar selama 3 minggu sehingga 25/2..aku pun tak pasti apakah tindakan aku ni betul..bos aku tak membebankan aku..tapi aku yg minta untuk disegerakan tugasan ni..memandangkan dlm tempoh 3 minggu tu aku boleh buat projek aku pulak..aku ingat nak selesaikan kerja aku dulu sebelum buat kerja bos aku ni..tapi rasanya kerja aku lebih penting dari segalanya..sekurang kurangnya sambil menyelam minum air..aku cuma berharap..apa yg aku buat ni tepat pada masanya..

cuma aku minta sekrang aku di kurniakan kesihatan yang sihat untuk buat semua benda ni..pendarahan dalam perut bulan lepas harap pulih sepenuhnya..walaupun sekarang sakit aku datang tak menentukan...aku tahu ..aku tak boleh tunjuk kelemahan aku ..walaupun kat opis semua tengok aku ok..tak ada apa..dalam hati siapa tahu..kat opis aku ni..sorrylah..dengan sorang pompuan pun aku tak bersembang kecuali colleague aku ..itu pun sebab aku nak suruh dia buat keja..bukan apa..aku memang tak percaya kat semua pompuan kat sini..umur dah peringkat veteran tapi perangai mengalahkan budak budak..orang tengok aku ..orang kata aku ni lembut..hakikatnya..di sebalik kelembutan tu..aku seorang pendendam..kenapa aku tak bercakap dgn warga perempuan veteran kat sini..sebab dendam kesumat yg belum lagi padam sampai skrg..teruk perangai aku..aku pernah bergaduh dgn seorang yg bergelar dato ' dr.************.sampai skrg dia main missed missed call dgn aku..walaupun benda tu dah 2 tahun berlalu..surat minta maaf dari dia pun dah berpucuk aku terima..macam macam dia buat untuk pulihkan hubungan kami..ahahahha kalah orang bercinta..tapi disebabkan pergaduhan tu bos aku pecat dia sebagai ALP.. hilang semua..kalau aku mula benci orang..perangai aku teruk..sebab tu aku tak nak benci orang..cukuplah sebelum ni...

teringat aku lagu casey..jangan ada benci..

Friday, 12 January 2007

tinggal kenangan...

tadi aku jalan jlan di masjid india..cuci mata..seronok tengok panorama kat sini bila hari jumaat..lama aku tak singgah..selalu aku akan turun buat inai tangan..cari punjabi sut..cari pashmina..minat betul aku dgn benda benda mcm ni..penah zaman remaja aku buat keja giler..pakai sari nampak perut keluar dating..melopong bf aku tengok..balik umah..mak aku basuh baju tu terus sembunyi..ehehhe..dia kata jgn buat keja tak senonoh lagi..aku pun pelik..apa pasal aku minat dgn " keindiaan" ni..mak aku kata masa dia mengandung aku..dia minat tengok citer hindustan..dia minat kat sharmilla tangore pelakon hindustan tu (aku pun tak kenal saper minah ni ..) bila tengok muka sharmilla tangore ni..mak nanti usap aku yg ada dlm perut dia tu sambil bagitahu...keluar nanti biar muka macam ni taww..itu lah cerita mak aku..dan bila lahir aku lain pulak jadi..muka aku sebijik macam aci jual kacang putih kat opis bawah ni..kalau aku berdiri seblah orang kata anak dan mak..ahahahaha..penah masa kecil kalau aku bergaduh dgn abang no 2 aku..abang aku nanti bagitahu..aku ni anak pungut mak ambil kat aci jual bawang..lepas tu aku nangis nangis pegi kat mak mengadu..kalau time tu mak aku tengah masak..dia nanti datang dgn senduk marah kat abang aku..aku sememangnya rapat dengan abang no 2..walaupun beza kami jauh hampir 10 tahun..sehingga ibu meinggal dia lah tempat aku mengadu..selepas mak meninggal kami adik beradik jauh terpisah..abang aku pun ambil keputusan berhijrah dan angkara sesuatu kami adik beradik berpecah ..dgn dia suatu ketika dahulu ..kami boleh berbual apa sahaja berjam jam..abg aku ni bujang..sampai skrg tak kawin lagi..terkini aku di maklumkan kekasihnya dia meninggal akibat deman panas..tapi apakan daya masa memisahkan aku dan dia..aku tahu dia mesti sedang bersedih di saat ini..tapi keegoan mengatasi segalanya...masa kecil aku tak pandai sebut nama dia..arrie..aku panggil dia abg ayie..abg sulung aku sedari kecil dgn dunia dia..mungkin faktor umur yg membezakan aku dgn abg sulung..sebab tu aku tak rapat dgn dia.dan dalam adik beradik aku sorang jer yg kulit tak secerah dorang..abg ayie aku persis calon angkawan syeikh muzafar tu..kalau dulu aku kata aku pakai punjabi sut macam monisha koraila dalam citer mann tu..abg ayie akan kata..monisha koraila tidak tapi monisha gorrila ye..aku akan kejar dia satu rumah...sampai main sebur sebur air biar dia basah..aku akan ikut dia naik motor besar dia..kalau orang tanya..dia suruh aku mengaku aku ni awek dia..seronoknya dulu..tapi tu semua tinggal kenangan...

mon amour

smlm balik jer umah aku layan mutiara hati walaupun pening..lepas maghrib makan ubat aku terus tumbang..dgn baju tak salin..tak mandi aku tido sampai pukul 11..bangun je aku tengok ada sms dari adik macho aku sorang ni..ucapkan selamat hari persahabatan..aku pun tak tahu ada hari persahabatan selama ni..lepas reply..dia pun reply balik..aku mandi..sembahyang..aku keluar bilik..tengok hubby layan tv..aku tanya apa pasal tak gerak aku..dia kata tak per lah biar aku rilex tak sampai hati tengok aku sakit kepala..aku pegi dapur tengok dia dah siap masak..lauk simple tapi cukup menyelera kan..sambal tumis udang..sotong masak kicap..telur mata kerbau..ehhehe..aku tak mkn sayur..umah aku dah bertahun tak der sayur..di sebabkan aku tak makan sayur..suami aku pun terikut sekali ..kesian dia..bertuah aku dapat suami macam ni..dan minggu depan 15 /1..hari bermakna buat aku..suami dan dia..cinta hati kami..walaupun detik itu telah berlalu..namun tetap terpahat di ingatan hingga ke akhir hayat.. biarlah ia nya menjadi rahsia abadi..terima kasih TUHAN atas segalanya....walaupun masih byk kekurangan antara aku dan dia..tapi kekurangan itulah yang mematangkan kami dalam menjalani kehidupan bersama..dan kekurangan itulah yang membuat dia menjadi suami terbaik buat aku..untuk mencapai kesempurnaan kita hanya mampu berusaha ...walaupun kita tidak dapat memiliki apa yang kita hendak sekurang kurangnya bersyukurlah dengan apa yg kita ada..(ni kata kata forumer AKUMELAYU yg lama menghilang..kumel..walaupun ko dah lama tak der..apa yg ko cakap..ko pesan aku sentiasa ingat...) masih segar di ingatan ungkapan pertama selepas kami di akad ketika dia menyarungkan rantai di leher aku " i love u baby..today..tomorrow and forever.." muah satu kucupan di dahi aku...walaupun byk dugaan dan cabaran..sehingga pernah terkeluar di bibir dia.." aku mungkin mampu memiliki dirimu..tetapi aku tak mampu memiliki cintamu .." namun akhirnya cinta itu hadir jua...aku bersyukur..Ya Allah..berkatilah kami...dan jika dulu ..dia memberi seutas jam tangan kat aku terselit ungkapan berbunyi " bagaimana jarum jam itu berjalan tanpa henti sebegitulah juga kasih sayang abang pada iz tanpa jemu "..dan jam tu dah rosak..aku ingat dia tak nak ganti ..sekali masa kat langkawi ..dia gantikan dengan seutas jam tangan yg memang dah lama aku impikan ..tapi jam ni tak der jarum saat..aku kata kat dia dulu tanpa jemu skrg dah jemu ke..dia balas " walaupun jarum tu hanya berdua tapi dia tetap setia bersama kan..hilang satu pincang jam tu..so cari makna sendiri.."
itu lah suami ku..yang ada masa jiwang karat..ada masa..brutal tak bertempat..

takdir dan waktu

tadi masa tgh drive aku terdengar lagu " takdir dan waktu ..nyanyian kumpulan mega..lagu ni ciptaan rahim othman lirik mama juwie ku sayang..lagu ni mama juwie buat khas untuk kekasih mama.. papa syonwie yg meninggal semasa bulan ramadhan tahun 1992 ke 1993 tak silap aku..papa syonwie ni abang angkat aku masa kat kedah..masa dia meninggal..aku call mama juwie..malam tu mama juwie dapat lagu ni terus dia buat utk abg syon..kami sama sama meraung malam tu..selepas dari tu aku lama tak berhubung dgn mama juwie..yg macam mama aku ni..sekali tahun 2004..aku terjumpa mama kat muzium kaabah di mekah semasa kami sama buat umrah..tapi aku tak tegur dia..sebab aku kenal dia..dia belum tentu kenal aku kut..skrg ni..mama ..i lap u..auwww..

Mega

Takdir Dan Waktu

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah
Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku
Untuk melepaskanmu
demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

jauh di rindu

Jauh Di Rindu

Di mana...
katakan di mana salah silapnya
ku terasa-rasa hubungan kita
berubah mengikut masa
Ke mana...
mana hilang keajaiban itu
kelembutan serta kemanisanmu
yang pernah menghias hidupku
Mengapa kita kini
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu
dingin dan membeku
Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan
kita kerinduan
kau dan aku
diuji gelombang waktu
Sayangku
biar genting
usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus
segalanya tersimpan di hati
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati

lagu ni zaman aku kecil kecil dulu..tapi masa remaja aku suka nyanyi lagu ni..
pagi ni..aku jalan kat amnet terjumpa lirik ni..maka aku pun mengalunkan semula lagu ni..sehingga cuaca kat sini mendung..

aku di saat ini...

Mutiara Hati – Novi

Ku rindu kasih sayangmu ,
kau pergi tinggalkanku
Masih lekat di hati ini,
kau bilangku MUTIARA HATI
Ku ingin berjumpa deganmu,
Bonda telah menghadap Ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi,
untuk menghapus semua rinduku
Ya Allah,
berikanlah aku, bonda yg berhati mulia
Sebagai ganti dia yang pergi
untuk membimbing menuju redhaMu

Ku ingin berjumpa dengan mu,
bonda telah menghadap Ilahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi,
untuk menghapus semua rindu ku…
Pancarkanlah cahya Mu pada jiwaku ini
Ku dapat rahmat kurnia Mu

hanya lagu ni yg menggambar situasi aku saat ini..

Thursday, 11 January 2007

di petang ini..

aku masih lagi dlm bercuti ..bos aku dah selamat sampai kat hong kong..ari ni aku masuk opis ..cadang sekejap jer nak jenguk opis..sekali dah sampai ke petang..tadi aku cadang nak kuar..sekali aku layan bawang putih bawang merah dulu..sampai mata aku naik tersenguk senguk tahan mengantuk..bos tak der..aku pulak jadi bos..lepak kat bilik dia..sambil menonton sambil mengulor..sekali iklan sekali aku reply posting kat kool..line semput mcm org nazak..
elok habis jer ..ada pulak orang datang hantar diari kat aku...aku pun belek belek diari ni..best gak..lain dari yg lain..habis cuti satu dunia dia letak dlm tu..aku tengoklah..negara india..8 / 11 cuti diwali..perancis national day dia 14 /7..philippines Rizal Day 30 /12..italy victory day 7/11..wow..bertambah lagi ilmu aku..tak sia sia aku datang opis ari ni..dah puas aku belek diari ni..aku nak balik...mata aku dah mengantuk bangat..kalau aku tahan kang migrain aku naik pulak..bila migrain aku naik..kepala aku pening..bila kepala aku pening..jiwa aku kacau..bila kacau..aku mula tak boleh nak buat apa..terlantar bagaikan menunggu malaikat maut menjemput aku ...entahlah ...bila ingat sakit ni..aku teringat mak bapa aku yg kena kanser..aku dapat rasakan tak mustahil aku mewarisi mereka dalam bab ni..ajal maut ditangan tuhan..tapi tu lah..kalau ajal sampai kita tak boleh nak halang..macam arwah mak aku..masa sehari sebelum dia meninggal..dia bagitahu aku..umur dia masih muda dan banyak perkara yg dia belum selesai buat..tapi rasa macam tak lama jer di dunia..sekali esok memang ajal dia dah sampai..aku cuma berharap Allah peliharakan lah aku..bagi kekuatan untuk aku terus berdiri..kalau boleh biarlah aku pegi haji dulu sebelum mati..biarlah aku mati tanpa azab ..tidak melalui penderitaan yg teruk ...tidak menyusahkan orang.. dipermudahkan ajal aku..itu lah doa aku..

di lema minah lesbian

tadi aku sembang dgn member pasal gay..mengumpat kisah kawan aku yg macho tapi minat lelaki ..sekali aku teringat zaman aku sekolah menengah..kawan aku nama habibah..panggil bib..(nasib ko lah kalau ko baca..aku buka citer ni..ehehe )..bib ni muka memang cun sebab bapa dia orang pakistan..kulit putih merah...dia masuk sekolah ni masa form 4..perangai mengalah kan jantan..panjat pokok kelapalah..pinjam moto bro jaga kantin pusing sana sini....byk kawan kawan aku dah cakap bib ni lesbian..tapi aku kata bukan ..dia ni tomboy..nak di jadikan citer ..masa tu cuti penggal.. byk student dah balik kampung masing masing..tinggal student yg jauh jauh jer..termasuk lah aku..bib ni tak balik padahal rumah tak lah jauh masih area kedah tak silap aku..aku bercadang nak balik 2..3 hari lagi..ada yg tak balik langsung..antaranya student pantai timur..sabah ..sarawak ada 2..3 org tak silap aku..

sekali petang tu bib datang kat aku..dia kata malam ni dia nak tido sekali dgn aku kat dorm aku..aku kata oklah..memandangkan semua budak kat dorm aku dah balik..cun gak ada org teman..aku pun penakut..sekali malam tu bib datang dgn bantal dia..masa tu..bib belai aku..sampai tangan dia merayap kat rambut..telinga dan anggata badan aku..aku cakap lah..

aku : oii..hang nak tido hang tido jer lah..yg tangan hang dok merayap ni apa keja ?

bib : riz..hang tau tak..dah lama aku minat kat hang ?

aku : minat ?..ya ka ? awat hang tak habaq awal awal..aku tak tau pun..

bib : ni aku nak bagitahu lah..hang tak penah nak pandang aku..hang selalu dgn member lain..dah lama aku tunggu saat ni nak bagi tahu hang..hari ni baru dapat..

aku : ok..kita tido dulu..esok sambung..aku dah ngantuk ni
(padahal aku dah suspen apa lagi si bib nak buat kat aku..nak halau suruh dia tido dgn org lain..dah lewat mlm..terpaksa aku tahan semalam tido dgn " abg habib " ni..)

mlm tu tido dia peluk aku rapat..nasib baik ko pompuan bib..sekali esok pagi siren bunyi aku bangun..bib ni dah aku tolak katil sebelah..aku tengok tilam tempat bib ni tido basah..aku check diri aku elok jer..aku tengok bib..aku belek montot bib..pun basah..apa si bib ni dah buat.. menggelabah jugak aku..tapi sepanjang mlm tak der apa yg berlaku ..ehhehee
aku kata mungkin si bib ni terkucil dlm seluar kut..jenis kencing malam..nak tanya dia ..aku segan..takut dia pulak malu..
lepas jer sekolah buka ..aku citer kat member aku pasal ni..member aku kata tu lah..bib ni lesbian..asal tido dgn pompuan mesti basah..tak paham aku..dia buat mcm mana sampai basah tu..hahahahhaa..sampai member aku semua pesan..kalau bib nak tido dgn sesiapa sediakan pampers kat dia atau lapik tilam tu..ehhehee
tapi satu perkara yg memerajatkan aku lepas jer SPM..aku dikejutkan berita si bib ni kawin..dan masa aku kat u..aku terserempak dgn dia ..dia pakai baju kebaya..yg aku tak penah tengok selama ni dia pakai kebaya..itulah..manusia boleh berubah..pucuk pangkalnya hendak atau pun tidak..dan skrg bib sudah punya 3 anak tak silap aku..

WESTLIFE - THE LOVE ALBUM

aku tak tahu kenapa aku minat lagu lagu westlife ni..sekarang ni aku tgh layan CD dorang The Love Album..malas aku nak tempek gambar..ehheee biarlah blog aku ni mcm hikayat..tak der gambar..dalam CD ni kebanyakan lagu lagu lama di nyanyikan semula oleh Kian,Mark, Shain dan Nicky..antara lagu yg terkandung dlm CD ni yg buat aku teruja nak beli sebab ada lagu :
Total Eclipe Of The Heart..More Than Words..You Light Up My Life..Amazing..When You Tell Me that You Love Me..You Raise Me Up..Mandy...My Love..byk lah lagi..

Wednesday, 10 January 2007

love

petang ni..baru habis tengok bawang putih bawang merah..aku layan buku kejap..tak habis lagi buku motivasi yg aku tgh baca ni..asal buku motivasi mesti mata aku kuyu jer..kalau novel..terbeliak mata aku nak menghabiskan..tapi aku tertarik kat chapter 12 yg aku tgh baca ni..pasal LOVE..buku yg aku baca ni " YOU CAN CHANNGE YOUR LIFE ANY TIME YOU WANT " karya Robin Sieger..byk buku motivasi aku dah baca..tapi to be honest..Berani Gagal yg aku beli tahun lepas sampai skrg tak khatam lagi..buku ni aku tak ingat bila aku beli..ehhehee..angan angan nak jadi mcm donald trump..baca buku jenis ni bercinta nak habis..
aku tertarik dgn kata kata dlm ni..

LIFE WITHOUT LOVE IS LIKE A TREE WITHOUT BLOSSOMS OR FRUIT
-kahlil gibran
*********************
TO LOVE SOMEONE DEEPLY GIVES YOU STRENGTH , BEING LOVED BY SOMEONE DEEPLY GIVES YOU COURAGE.
-Loa- tzu

********************************
LIFE IS CHALLENGE - MEET IT
LIFE IS A SONG -SING IT
LIFE IS A DREAM - REALISE IT
LIFE IS A GAME - PLAY IT
LIFE IS A LOVE -ENJOY IT ...
**********************************

LOVE IS A CANVAS FURNISHED BY NATURE AND EMBROIDERED BY IMAGINATION
- francois marie voltaire

**********************************

one word frees us of all the weight and pain of life...that word is love..
-sophocles

***********************************
last..

whatever you do and whatever you do it..do it with love..

REMEMBER

* life is love

*what you put in to life, life gives you back with interest- when you apply love to your actions, you create meaning and value

* don't make love conditional...true love is unconditional...




nostalgia oh nostalgia

tadi aku jalan baca blog member ..byk yg citer zaman sekolah..aku pun teringat zaman sekolah aku yg penuh sensasi..kontroversi ..emosi ..etc..masa sekolah rendah aku biasa jer..tak nakal mcm budak lain..tapi lepas makbapa aku hantar aku tinggal kat sekolah berasrama nun di utara tanah air..masa ni lah aku jadi heroin sekolah..dari form one sampai form 5..apa benda aku tak buat kat sekolah..junior masuk akulah org yg paling kuat merangging adik adik ..hujung minggu aku senang bangat..kasut ..baju aku semua org cuci..tapi bila dah insaf..aku baik kejap..pastu buat balik..setakat lompat pagar keluar hostel tu jgn citerlah..alah bisa tegal biasa..kenangan paling best aku dgn member pegi keluar tengok konsert kat bandar..masa tu ada kumpulan rock kapak datang eskpo..balik jer dari konsert..warden dah tunggu depan bilik..tak pasal kami kena perintah berkurung tak boleh keluar mana sebulan..

masa ni aku rasa memang enjoy tinggal kat sini..asal cuti jer habis kampung kawan kawan aku pegi..setahun aku balik KL ada dua tiga kali jer..bilik asrama aku mengadap sawah padi..katil aku atas..bila petang petang lepak kat katil sambil baring tengok sawah..perghhh ..aku tak tahu bertapa tenangnya aku waktu tu..penah aku buat giler..esok nak raya...tgh mlm aku baru balik..tu pun bapa aku datang jemput..sebab balik KL memang boring..tak der apa..masa ni zaman cinta monyet ..abang angkat sana..abg angkat sini..bf satu class lah..ehehhee

kenangan paling manis aku..bila aku terlibat projek anak angkat dgn satu family ni..3 bulan kami tinggal sama..dari sini lah aku tahu byk benda mengenai kampung..yg aku sendiri tak penah rasa suasana kampung ni..mak bapa aku tak der kampung..KL tu lah kampung aku..dah kawen ingat boleh tumpang kampung hubby..tengok hubby pun 2 x 5 ngan aku..lepas bapa mertua aku meninggal..semua berhijrah ke dok KL..tu lah setiap kali raya..aku rasa betapa boringnya ..sedang orang semua enjoy..

rock kapak

semalam masa aku lepak kat sofa sambil baca buku sambil menonton..tiba tiba aku terdengar lagu Permaidani lagu tema sesuci cinta sofiya..ingat ingat lupa tajuk dia..lagu permaidani ni aris ariwatan yg nyanyi..atau nama penuh dia Harris Fadilah Daud..aku memang suka aris ariwatan ni..aku suka suara dia..dia antara penyanyi lelaki yg smart thinking..tapi lepas dia kawin dgn kak Maria..dapat anak kembar..terus dia senyap...aku teringat masa ni zaman rock kapak..aku tengah sekolah lagi..zaman aku menggedik..masa ni lah jugak hattan semua tu meltup..hattan pun salah seorg yg aku minat dari dia bersama FRU..lagu femes FRU masa tu " di saat mindaku terbuka.." aku salin lirik lagu ni kat kulit buku masa tu..masa hattan bercinta dgn kak deana yusof..aku antara saksi yg menyaksikan percintaan romantik dorang ni..waktu tu deana yusof sibuk berlakon " selubung "..di sebab kan muka aku yg hari hari menyibuk kat set penggambaran time tu..maka shuhaimi baba tawarkan aku satu watak pembantu tambahan..itulah filem pertama dan terakhir aku..aku rasa kalau aku masih menggedik macam dulu agaknya watak pontianak tu pun aku pegang apa..ahhahaha..prof razak mohaideen dah tentu offer aku filem anak mami..mahu menangis maya karin dgn fansha sandha..ahahhahaa..

masa ni aku kenal byk org org seni yg jiwang jiwang..antara yg baik dgn aku abang syed amran (pencipta lagu biasan -toki..adik Siso)..syed amran ni boleh bersembang dgn aku dari serius sampai ke merapu..dulu lah..dia ni tinggal serumah dgn budak budak iklim...lepas aku tinggalkan zaman gedik aku ..aku terus menyepi dari dorang semua..

masa ni jugak aku kenal dgn pemain bola sepak skuad pahang..aku temankan kawan aku jumpa fandi ahmad..sekali fandi ahmad kenalkan aku dgn mamat ni..byk jugak gambar skuad pahang yg dia bagi kat aku spjg kami kenal..aku cakap kat dia masa pertama kali jumpa " kalau abg fandi..saya kenal lah..awak ni saya tak keanl..awak pemain simpanan ke? " tersedak fandi kat sebelah dengar..lekas lekas dia jawab.."eee AA ni pun org kuat jugak tau.." lepas dari tu baru aku dengar nama dia..dia salah sorang yg menyumbang gol masa piala malaysiasehingga pahang juara..tapi aku tak lama dgn dia..sebab ..petang berlatih..mlm berlatih..minggu depan ada perlawanan..lupakan..

terpikir balik..dulu aku ramai kwn lelaki ..kurang kwn pompuan..tapi biasalah jiwa muda..kawan jerlah dgn siapa pun..aku selesa kwn dgn lelaki sebab bagi aku lelaki dan perempuan umpama magnet..kutub utara dan kutub selatan..saling menarik..tetapi perempuan sama perempuan saling menolak..tu yg tak ngam..ehehhee

10/1/07- darjat oo darjat..

semalam petang bos aku panggil mengadap dia kat rumah..datang lah aku jumpa dgn bos no 3 aku ni..lama aku tak mengadap muka dia..hampir sebulan kut..semalam masa aku sampai ..dia tenung aku macam nak telan..aku pikir 2 jer..dia ok atau dia k.o..bos aku kalau ok punyalah baik..tapi bila k.o aku rasa kalau malaysia ni tak der undang undang dialah org pertama yg aku tembak..macam hampehh..suka maki hamun orang..

sekali keluar dari mulut dia.." apa pasal muka awak merah menyala macam udang bakar ?" lerrr..itu yg dia tanya ..aku pun jawablah aku tak berapa sihat kebelakangan ni..sekali dia balas " awak tak sihat ke..awak pakai kosmetik salin kulit ? "..cheh..ke situ pulak org tua ni..tak main lah mekap mekap ni..dia tak tahu ke aku ni tak penah pakai mekap..cantik asli..macam org asli.. hahahhaa..aku jawablah " tak mainlah pakai pakai kosmetik ni.." pas tu dia tenung mata aku..dia kata " apasal mata awak warna lain ari ni..?"..ke mata pulak dia tegur..aku jawab..ari ni aku pakai contact lens warna lain..ehhehee..sekali dia balas.." mekap tak pakai ..contact lens warna tu boleh pulak pakai.." adooiii..

sekali masa nak balik aku pun capailah segala dokumen yg dia hulur semua tu..masa ni sekali lagi dia tegur.. " eh..cantik jam..ori ke tiruan ? "..aku jawab lah ntah..hubby yg belikan.. bos aku jawab.." saya ingat awak tak mampu nak pakai ******* ni "..aku jengkel biji mata aku luas luas kat dia..aku jawab.. ni murah jer...lain lah mcm dia puluh puluh ribu..tapi dia tak sedar jam dia beli 60 k pun bayar hutang 5k sebulan ..sib baik tauke tu kwn baik dia..kalau tak..sibuk suruh org sponsor agaknya..aku punya ori ke tiruan ke..aku beli cash tawww..

bos aku ni memang ..suka pandang org sebelah mata..penah sekali dia dapat voucher KFC percuma..dia nak bagi kat staff lain..dia tanya aku..staff lain tu reti ke makan KFC..nak jer aku jawab dia ingat rakyat malaysia ni macam kat sinegal ke tak penah jumpa KFC..(ntah ntah sinegal penuh KFC..ahahahaha )..

apakan daya..darjat dia di dunia ni mebezakan aku dan dia..

Tuesday, 9 January 2007

my pebret song

aku tak tahu kenapa aku minat sangat dgn lagu ni..sampai kat h/p aku semua aku letak lagu ni..aku suka bangat dgn lagu lagu zaman aku sekolah rendah ni..kalau dalam kereta aku jgn haraplah nak ada CD lagu baru kecuali CD Westlife dgn BadstreetBoys je yg baru ..ehhehehe
yang lain semua CD lagu lagu lama aku beli..era Modern Talking..Tommy Page..Wham..Eric Clapton..Gary Moore..lagu rock pulak GNR..scorpio..jiwangnya aku..

Careless Whisper

Time can never mend
The careless whisper of a good friend
To the heart and mind Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is all you'll find I feel so unsure
As you take my hand and lead me to the dance floor
As the music dies Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And you're its sad goodbye

I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
Should have known better that to cheat a friend
And waste the chance that
I've been given
So I'm never gonna dance again
The way I dance with you, oh

Time can never mend
The careless whisper of a good friend
To the heart and mind
Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is all you'll find

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe it's better this way
If we'd hurt each other with the things
We want to say
We could have been so good together
We could have lived this dance forever
Now who's gonna dance with me
Please dance

mutiara hati

aku selalu tengok cerita mutiara hati lakonan nabila tu..budak yg kehilangan ibu..setiap kali menonton cerita ni..hati aku mesti terusik..sebab aku pun teringat kat arwah ibu..aku dapat rasa macam mana nabila ni ketandusan kasih sayang seorang ibu..

aku kehilangan ibu masa 15 June 2003..itulah hadiah harijadi yg paling hebat aku terima..3 hari sebelum harilahir aku..arwah mum sibuk nak tempah cake 3 tingkat utk aku..dia kata tahun ni dia nak sambut harilahir aku secara besar besaran..nak jemput ramai org..sebab aku satu satunya anak perempuan dia..2 hari sebelum ibu meninggal..dia minta aku masak mcam macam utk dia makan..sehari sebelum harilahir aku..ibu nak buat pulut kuning hantar di surau sebagai tanda kesyukuran aku dah besar..malu aku..terdetik jugak di hati " mummy ni buang tabiat apa " sekali esok pagi waktu subuh aku nak gerakkan ibu solat subuh..aku tengok tubuh ibu dah kaku..sejuk..menjerit aku panggil ibu..masa tu tinggal kami berdua..hubby aku kerja..aku tak sangka itulah hadiah harilahir dari ibu yg aku terima..

aku teringat ibu seorg yg sangat tegas tapi di sebalik ketegasan tulah kami jadi seperti sekarang..lepas SPM kami adik beradik diwajidkan ambil lesen memandu..alasan ibu dia tak nak kami 3 beradik buat kesalahan lalulintas memandu tak tentu arah tak de lesen..berhemah betul mak aku ni...lagi satu arwah mak walaupun belajar tak tinggi..sebab dia kawin awal umur 14..meninggal umur 48..muda sangat..tanyalah apa soalan semua mak aku tahu jawab..sebab dia seorang yg sangat suka membaca..aku didedahkan dgn dunia buku seawal umur 3 tahun..nanti mak akan hantar kami 3 beradik ke perpustakaan negara masa tu terletak di jalan raja laut (skrg jadi cosmopoint kolej ) 1 jam di situ seminggu 2 kali..kalau tak kami akan dihantar ke perpustakaan DBKL dekat dataran merdeka tu atau pun pustaka islam dekat pusat islam..seawal umur 3 tahun aku dah mula meminjam buku di library. masa tu aku tak pandai baca just tengok gambar jer..tapi bila lama lama umur aku 4 tahun aku dah mula pandai baca sikit sikit..dan umur 5 tahun aku dah lancar membaca hasil usaha arwah ibu..kami dididik dgn budaya membaca...sehingga ibu arwah..bilik ibu penuh dgn bermacam macam jenis buku..aku teringat lagi bagaimana ibu cerita perihal Saddam Hussien yg terlibat dgn perang dgn iran masa zaman Ayatollah Komeini..Saddam terlibat dgn perbunuhan puak kurdish..padahal zaman tu tahun 90 an..skrg orang sibuk meperkatakan nya..aku dah tahu lama dari mak aku..tengok bertapa celiknya minda ibu membicarakan bab politik dunia..ibu sangat prihatin dgn perkembangan politik timur tengah..mungkin sebab ibu rindukan kampung halaman dia dari sana..sebab tu ibu terlalu ambil berat pasal bumi arab ni..

dan aku bangga mempunyai mak seperti ibu aku ni..bukan je cantik..bijak..dan semasa hari dia meninggal itulah wajah paling cantik ibu yg aku pernah lihat..muka dia tenang..putih bersih..bercahaya..tersenyum..semoga mum ditempatkan bersama orang yg beriman..AMIN

9 / 1 / 2006 DUNIA BARU -dunia aku

semalam dalam sakit kepala aku tak lepas kan peluang tengok dunia baru ..aku minat cerita ni..teringat zaman kat kampus..watak watak dalam dunia baru ni mengingatkan aku kepada kawan kawan aku zaman study dulu..tapi aku tak tahu kenapa aku suka bangat kat adif lakonan pirre andre..aku tonton cinta pun tak best mana pun..tapi aku suka watak pirre andre tu..cool je..pirre andre ni pendiam..teringat aku kat abang angkat aku yg ala ala pirre andre ni..madihah pulak macam kawan aku aida..minoh kepoh..abg angkat aku yg macam adif ni nama dia Hairy..selalu jadi bahu tempat aku sandar bila aku tension..3 tahun kami bersama..tapi aku terputus hubungan dgn dia lepas aku tercampak jauh..aku tak bagitahu dia aku pegi mana..sejak dari tu aku tak jumpa dan call dia..sebab aku takut..nanti aku jatuh cinta kat dia pulak...ehhehe

masa zaman study dulu..aku penah berkawan dgn lelaki india ..jenis india macho..muka macam pelakon hindustan tu..arjun apa ntah..nama dia dave..kami kenal 3 bulan jer..sebab mak aku tak suka..family dave pun kecoh dave kawan dgn org islam..dave ni india serani..lepas tu aku penah berkawan dgn lelaki iban..izul..dia agama kristian..pun sekejap..aku berpisah dgn dia sebab perkara kecil jer..masa kawan dgn dia ..banyak bahasa iban yg dia ajar aku..aku ingat lagi aku bawa dia datang rumah beraya bersama masa aidilfitri..aku tipu arwah mum kata dia islam..sebab tak nak bagi mum bising..muka izul ni sebiji mcm cina..dan lelaki bangsa asing yg terakhir aku kawan..dari scotland ..nama dia james..handsome giler..aku kenal dia kat pwtc..masa tu aku tgh study..lama juga kami kawan..tapi sebab aku rasa aku tak boleh nak bimbing dia..so kami berpisah..sepanjang pengalaman aku berkawan dgn bangsa asing ni..aku dapat bezakan dgn lelaki melayu..lekai asing ni prihatin dia lain..ego tak setebal lelaki melayu..tak tahu lah ni pengalaman aku..sekrang ni pun kalau aku bersembang thru cyber aku lebih selesa dgn lelaki asing ni..lelaki asing selalu tinggal mssg offline kat ym tanya khabar..sentiasa keep in touch..lelaki melayu ni..kalau malam sembang merapu jer..tapi tak semua..nasib baik my hubby bukan melayu jati..dia pun bukan mcm org melayu..hehhehee

9 / 1 /2007 -meow ku sayang

semalam balik dari office.. aku sakit kepala yang amat...sejak kebelakangan ni sakit kepala aku semakin teruk..aku jugak mengalami masalah cepat lupa..padahal aku adalah pengingat yang baik..terutama benda yg melibatkan angka atau memori ..otak aku boleh mengingati sebutir sebutir seperti tayangan video..tapi semlam sebaliknya..aku masuk opis sekejap..dah tengahari buta..aku terima surat dari Tan Sri A ..dalam aku nak balas surat tersebut tiba tiba aku boleh lupa kat mana aku dah campak surat tu..teruk betul daya ingatan aku sekarang..puas aku cari..tak jumpa..last last aku call sect dia surat fax balik surat tu..nasib baik dia ada copy..heheheee

balik je rumah..aku dah pening sangat ..terus aku baring atas sofa ..masa ni teep ..meow kesayangan aku datang..sibuk dia kuis kuis tangan aku..aku tahu kalau macam tu tandanya dia nak ajak aku tengok apa apa..aku pun ikutlah karenah anak kesayangan aku ni..sekali masuk jer dapur aku tengok dalam bekas tempat aku letak kan anak teep yg baru beranak ni.. tinggal sekor sebab 4 ekor dah mati..pun dah mati jugak..penat je aku beli susu dia ..sebab kepala dah pening tak sempat aku nak sedih sedih macam semalam..semalam aku sedih masa 4 ekor anak dia mati..anak teep ni hasil dengan mike bapa teep sendiri..sebab tu baka tak elok kut..hasil sumbang mahram..teep ni anak mike dgn tamme..tamme aku dah sedekah kat orang..sebab tamme ni kepala batu..degil bangat..aku beli tamme dulu harga 500..aku bagi orang free jer..dia buat aku buang 3 tilam sebab sepanjang tahun 2006 memanjang dia berak dan kencing di tilam..sampai aku dah tak tahan bau tilam tu..nasib baik tilam bilik lain ..kalau tilam bilik aku..memang tamme ni aku campak kat pasar pudu jer..mike pulak aku beli masa dia baby umur 3 bulan...harga mike 1200 aku puas tawar dapat 800..sekarang mike dah nak dekat 3 tahun..teep setahun 3 bulan..teep lahir 24 / 10 /2005..aku senang ingat sebab sama tarikh dgn harijadi sultan pahang..hehehehee

aku sayang teep macam anak sendiri..sebab dia manja giler...ikut aje mana aku pegi..kalau balik keja meow meow aku ni nanti tunggu depan pintu..aku turun jer kereta semua terkam kat aku..tak macam anak sendiri ke ?

mike ku sayang..dia ni jantan..so manja dia lain..biasalah jantan..ego..

*sorry gambar tak keluar..