Thursday, 26 July 2007

LETIH !

Semalam habis jer meeting..lepas lunch kat rumbia restaurant..aku terus tempah bilik kat de palma..badan dah tak larat..aku perlukan rehat jer waktu tu..bilik yg tinggal harga 245 jer..aku kata tak perlah..janji aku dapat baring..sampai jer kat bilik aku terus tumbang..sedar dah malam..menatap tv dia yg besar melekat kat dinding tu buat aku puas..tengok bersamamu tv3..terkedu jap..janda anak 2 yg mengadu susah sehingga anak sulung tak boleh sekolah..melihat rumah dia yg kotor sampai keluar tikus penuh..geli aku..tapi bagi aku tiada alasan untuk kita berjaya..janda tu muda lagi..banyak benda dia boleh buat..tengok muka dia mekap pun bukan main...aku tak rasa alasan sakit asma dia bagi tu sebagai penghalang untuk dia tingkatkan mutu hidup dia..

dalam pada tu aku bersyukur..aku yg punya rumah jarak hanya berapa km dari de palma hotel ni..boleh mengada-ngada ambil bilik tak balik rumah..tapi bagi aku..setelah hampir seminggu aku penat tak der rehat..aku perlukan rehat tanpa gangguan sesiapa..dan inilah cara aku..aku boleh pilih untuk berehat di luar KL..tapi buat masa sekarang aku tak larat nak drive..de palma pun de palma lah..janji otak aku tenang..tak berserabut..ada masa aku rasa aku tak perlu sesiapa di sisi..aku hanya perlukan ketenangan...minggu depan aku dah kena outstation sehingga 9 september..selepas raya projek besar menyusul..aku dah bayangkan kesibukan aku yg bakal menanti..sekarang ni pun dah terlalu letih..

sebelum tu..ada yg bertanyakan aku mengenai apa yg aku tulis sebelum ni..aku cakap this is my blog..my place..why should i care ..none of their business..i dont't understand this fucking people ! mudah sangat buat rumusan..apa yg aku tulis semuanya mengenai apa yg aku alami..aku tidak pernah mewakili mana mana pihak untuk sampaikan luahan kat sini..

sekarang ni pun aku sendiri rasa..aku tak perlu sesiapa untuk berbicara..cukup sekadar kawan hi..hi bye bye..kerana macam yg aku alami sekarang dgn seseorang..tak ubah aku ni seperti peluru yg di guna untuk menembak..bila diri dia terasa bahagia aku ditembaknya..bila dia tak punya siapa..barulah aku disumbat kedalam kelongsong..(betul ke ayat ni?)

memang benar dalam berkawan kita tak perlu nak jaga etika perbualan..kerana kawan tak kecil hati mcm kekasih mahupun suami isteri..tapi perlu ingat..kawan juga ada hati dan perasaan...pepatah pun ada sebut..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata...kerana mulut badan binasa...aku bukan minta orang cakap dgn aku penuh protokol..tapi tolonglah...walaupun orang kata orang timur tengah ni kasar..darah timur tengah yang mengalir dalam badan aku ni..masih kasar bertempat dan belum lagi kasar aku seperti yang aku saksikan kini..aku rasa korang korang lagi kasar tak reti berbahasa..main cakap lepas ikut sedap mulut..sehingga tak sedar ada hati yang tersinggung..ada perasaan yang terguris...kalau aku tidak pernah berkira dalam persahabatan..susah sangat ke dia nak jaga hati aku..sedangkan hati dia aku kena jaga..dan kini aku rasa jika org lain tidak memerlukan aku sebagaimana aku perlukan dorang..aku juga hendak berbuat demikian..aku tak perlukan sesiapa..terima kasih atas segalanya..sebelum ini..tapi rasanya apa yg aku bagi melebihi seperti apa yang dorang luangkan untuk aku..

memang aku terlalu berkecil hati..jauh disudut hati aku rasakan betapa keadilan tidak pernah wujud dlm sifat manusia..

Thursday, 19 July 2007

sendiri ..

Semlam aku berbual panjang dgn seseorang..mula sekadar bertanya khabar..dan lama maka terkeluarlah segala rasa ketidakpuasan hati masing masing terhadap sesebuah perhubungan..tak kiralah perhubungan antarabangsa ke atau pun perhubungan sejagat..(hanya orang yg memandang langit jer yang paham ayat ni..ahahhaa)..kami bercakap mengenai perhubungan dalam persahabatan..kekasih..dan kawan sekeliling..aku tak sangka dia sekepala dgn aku dalam hal ni..

masing masing ada hak untuk memperkatakan sesuatu..tetapi jangan sesekali kita menafikan hak orang dengan menghasut atau pun menunjuk " power" yang ada pada lembu lembu yang boleh dicucuk hidung untuk mengikut rentak ketua yang ada..itu yang aku tak faham..kebanyakan yang ada sekarang..tak kiralah OTAI ke..ORANG TUA ke..bagi aku perangai yang ada melingkari sekeliling aku tak ubah seperti israel yang menghasut negara lain untuk menghentam palestin..

contoh terdekat yang ada sekarang..aku sendiri..aku tak boleh masuk bila orang berbual topik membuanglah..korek taik hidunglah..hingus meleleh mcm cendollah..kentutlah..bagi aku ni semua sesuatu yang agak kurang sopan untuk diperkatakan apatah lagi ianya dibincangkan secara terbuka..konon orang malaysia penuh dengan budi bahasa..sedangkan perkara ni melampaui norma norma kehidupan...(norma tu apa benda yer..ahaha) ..bagi aku ia sesuatu yg kurang manis..walaupun secara bergurau..mungkin orang lain boleh terima..tetapi tidak bagi aku..aku penah cuba untuk membiasakan diri bila berdepan dgn situasi mcm ni..tetapi aku tak boleh ikut rentak orang..biarlah..

ada perkara yg mungkin kita boleh kongsi..dan ada perkara yang mungkin tidak..aku lebih rela untuk tidak berkongsi kalau ia hanya menyakitkan hati..hari ini kita bisa berkata dengan seseorang.." bagi i..u lah sahabat dunia akhirat..i terharu dgn apa yg u buat bla bla.." belum kiamat..ungkapan tu sekadar ungkapan yg pernah dilafazkan oleh bibir yg sememangnya nampak manis...hipokritkan..hanya suatu ketika kita tak bisa berkongsi sesuatu yg terlalu peribadi kita diBANNED terus..

adakalanya aku rasa..dalam menempuh kehidupan seharian..bersendiri itu lebih baik dari berdepan dgn manusia yang hanya penuh dgn gelak ketawa..mungkin masing masing cuba menggembirakan hati masing masing dgn cara yg tersendiri..maka dgn itu lahirlah pelbagai bentuk sifat manusia..cool mcm air..kepala angin..curry berapi..tanah ni jadi tempat untuk dipijak jer..yg konon bagus ..terasa diri sempurna..walaupun apa yg disampaikan hanya seketul cekodok basi pun..org akan sanjung..puji melambung..sebabnya..yang lain tu dah kena "mandram" kut..ahhahaha..

*sendiri itu indah..mati kita turut bersendirian..teman hanya mengiring dengan doa..amalan jadi ikutan..

Thursday, 5 July 2007

Sacrifice


**sometimes in life, you have to sacrifice to be happy

It's a human sign when things go wrong,
when the scent of her lingers
and temptation's strong.
Into the boundary of each married man,
sweet deceit comes callin' and negativity lands.
Cold, cold heart hard done by you.
Some things lookin' better, baby,
just passin' through.
And it's no sacrifice, just a simple word.
It's two hearts living in two separate worlds.
But it's no sacrifice, no sacrifice,
it's no sacrifice at all.
Mutual misunderstanding after the fact.
Sensitivity builds a prison in the final act.
We lose direction, no stone unturned.
No tears to damn you, when jealousy burns.
Cold, cold heart hard done by you.
Some things lookin' better, baby,
just passin' through.
And it's no sacrifice, just a simple word.
It's two hearts living in two separate worlds.
But it's no sacrifice, no sacrifice,
it's no sacrifice at all.
Cold, cold heart hard done by you.
Some things lookin' better, baby,
just passin' through.
And it's no sacrifice, just a simple word.
It's two hearts living in two separate worlds.
But it's no sacrifice, no sacrifice,
it's no sacrifice at all, no sacrifice at all,
no sacrifice at all.

Friday, 29 June 2007

tempat jatuh lagi dikenang..


Pagi ni aku bangun pukul 6 terus mandi..selalu aku bangun cuci muka solat..kemas apa yg patut then baru mandi..hari ni aku rasa nak keluar rumah awal..pukul 7 aku dah siap..singgah rumah ma kejap..tengok budak 2 ekor tu..mike n teep..habis anak anak dorang lemon..cherry n bagg hilang kena kidnap..brooke dah selamat dikebumikan..aku tinggalkan dorang kat rumah ma seminggu jadi mcm tu..pagi petang aku singgah bagi mkn..tapi lain pulak yg jadi..lepas ni aku akan kembirikan mike n teep..cukuplah 2 ekor ni..buat org yg curi budak budak tu..aku memang marah..kalau aku tahu siapa yg ambil..memang nak kena hamun..penat aku jaga dah nak masuk 4 bulan kena kidnap..kalau sekor tak per..ni semua hilang..mula lemon then yg lain tu..jiran sebelah aku bagi tahu memang ada org tangkap budak budak tu..tapi dia tak sempat nak cakap apa..masa tu dia kat atas..dia turun tengok dah hilang..kesian teep..memang macam kucing hilang anak..selalu dia main dgn anak anak dia..kali ni dah 3 hari dia termenung..makan pun kurang..puas aku pujuk dia..aku pesan kat dia..lepas ni jgn beranak dah..jaga body..beranak sakit sakit..sekali anak org kebas..dia tengok jer muka aku bila aku cakap macam tu..

masuk dlm rumah ma..aku kemas apa yg patut..walaupun dah berbulan bulan tak der org duduk..aku pun tak tahu apa yg aku kemas..yg aku tahu aku buka album..aku belek gambar gambar lama..aku buat buat sapu..walaupun tak der habuk...aku jenguk dapur..aku duduk..aku teringat dulu kat meja makan ni lah kami 3 beradik nanti duduk..kecoh....

aku teringat abg sulung abg arrof dgn abg no 2 aku abg arrie..tapi aku rapat dgn abg no 2 aku..abg rie..aku tak boleh nak sebut rie time kecil..jadi melekat sampai besar abg yie..beza aku dgn abg sulung 12 tahun..abg yie 10 tahun..abg yie ni yg rajin melayan aku sampai aku besar..kalau dia balik sekolah mesti dia beli keropok atau gula gula kat aku..dia sekolah rendah darjah 6 aku baru 2 tahun..bila dia pulang..aku akan tertunggu depan pintu ..tak sabar nak tengok apa yg dia beli kat aku..kadang dia beli colouring book lah..satu lagi dia suka layan cakap pelat aku..ma selalu marah dia sebab layan aku cakap pelat..abg sulung aku dgn aku macam tak wujud time tu..mungkin sebab beza aku dgn dia 12 tahun..so tak ngam..lagi satu aku ni pompuan..dia selalu cakap..E budak pompuan mana boleh macam ni..mana boleh macam tu..tapi dgn abg yie..abg yie belasah jer..dia cakap..jgn ikut abg arrof tu..dia tak boleh pakai..biar E keras mcm lelaki..tak nak lembek lembek..

abg yie anak kebanggaan ma dgn babah..abg yie pandai sangat..E teringat masa E umur 5 tahun..abg yie ambil result SRP..abg yie jadi best student dpt 8AI..balik rumah babah dgn ma tak habis habis puji abg yie bagus..E kena tiru perangai abg yie lah..rajin..abg arrof pun bagus jugak tapi tak sebagus abg yie..E jeles semua org kata abg yie pandai..masa tu E tadika Fatima kat ampang..sekarang tadika Fatima tu dah jadi tempat jual kereta..sebelah petronas depan lanson hotel tu..E geram jer org kata abg yie dpt 8AI bagus sangat..E bawa kad kemajuan E yg cikgu tadika tu bagi..E kira A dlm buku tu lagi banyak ada dekat 20 ! kat kad tu tulis lebih kurang mcm ni seingat E..

kebolehan mengira 1 - 50 = A
kebolehan membaca 2 sukukata = A
pengaulan =A
kemahiran = A


banyaklah lagi..E cakap kata ma..abg yie baru dpt 8A..semua bising..E dpt 20 A tak der siapa pun cakap apa..E merajuk..abg yie ketawakan E..dia pujuk..dia cakap yg E punya tu untuk budak budak..nanti E besar E lawan dia..E kena lagi hebat dari dia..bila abg yie habis SPM..abg yie dapat offer ke UK..E baru 8 tahun..E nangis nagis hantar abg yie..2 minggu E deman..tiap tiap hari abg yie telefon lepas rindu..bila abg yie tahu E dpt masuk MRSM..abg yie siap balik hantar E masuk asrama..habis seluruh sekolah tu abg yie pusing tanya semua..byk senior yg rapat dgn E sebab nak kenal abg yie ! tapi lepas tu..kita semakin renggang..abg yie dah mula sibuk..E pun sibuk dgn kehidupan baru E..tapi kita still berhubung cuba antara kita jarang berbual macam dulu..abg yie rajin send postcard..postcard aby yie nanti tulis simple jer.. " study hard..take care..i missed u .."


ingat lagi masa result SPM E nak keluar..abg yie call pagi pagi buta nak tahu result..wal hal time tu result belum keluar lagi..dekat 10 kali abg yie call tanya..abg yie yg over..suspen semacam..bila result E keluar..abg yie marah E sebab E dapat result yg sekadar boleh lah..fizik..kimia n add maths teruk..abg yie tanya E..apa E nak buat lepas ni..E cakap E nak jadi komposer..E nak sambung dlm muzik..abg yie suruh E pikir habis..E kata malaysia tak banyak komposer perempuan..E minat muzik..babah mengamuk..babah kata muzik tak der masa depan..kalau E nak terus ambil muzik..pendai pandai E lah nak buat mcm mana ..babah tak nak campur..ma pun marah..ma kata..anak perempuan ma sorang jer..kalau E ambil muzik..E lalai dgn dunia hiburan..abg yie pujuk E..abg yie cakap..E buat account yer..abg arrof dah buat law..abg yie buat engineering..better E buat account..abg yie kata nanti satu hari abg yie buka company..E boleh jaga duit company dia..dia nak E jadi accountant dia..termakan jugak E dgn pujukan abg yie..babah happy bila E sambung buat business study then E buat accounting..

bila abg yie balik malaysia..abg yie kerja kat pelantar minyak..habis muka jadi hitam..cuti balik rumah..abg yie sibuk ajar E pasal saham..abg yie selalu heret E pergi broker saham kat the weld tu..mula dari suka suka ..lama lama E jadi ketagih main share..mula mula E pinjam duit ma..lepas share pertama yg E beli time tu intria harga 400 sekali melambung 1500 seminggu..E terus rolling duit tu..sampai sebulan E boleh dapat senang senang 4-5 ribu hasil tunjuk ajar abg yie..abg yie lagi lah jgn citer..apply petronas gas..harga RM 4 lebih..sekali dapat..listing RM 14..abg yie suruh E jadi remisier bila habis belajar..tapi elok E habis jer belajar market merundum..banyak jugak share kita terkantoi..abg yie punya share lagilah jangan citer..beli MPHB RM5.50..skrg tinggal berapa sen jer..kalau satu dua lot tak per jugak..ni....

tu ler..beli E ingat kenangan ni semua..E seronok sangat time tu..E rasa E ada satu bodyguard yg sentiasa kawal E..jaga E tak kira bila..abg yie macam superhero E..tapi bila abg yie ambil keputusan migrate..abg yie putus cinta..sibuk dgn kerja..projek giler giler..kita dah semakin jauh...E hanya mampu doakan abg yie bahagia dalam menjalani kehidupan sehari-hari..

Tuesday, 26 June 2007

DEMI MASA



Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran


masa aku umur 7 tahun..abg aku hadiahkan seutas jam tangan gambar minnie mouse..tangan kanan minnie jarum jam..tangan kiri minnie jarum minit..warna merah..aku tanya abg aku
" kenapa abg yie bagi E jam ni ? "
dia jawab " jam ni tandanya masa..bila E pakai..E akan ingat masa tu penting.." itulah jawapan skema abg aku untuk budak umur tujuh tahun time tu..tapi aku sayang jam tu..aku pakai sampai umur 9 tahun..lepas tu tangan minnie tu dah terkeluar..aku tak pakai jam selepas tu..

bila aku masuk MRSM..aku rapat dgn satu abg ni..dia tua 3 tahun dari aku..aku form one dia form 4..dia anggap aku mcm adik ..kadang kadang macam makwe pun yer..aku manja dgn dia..apa apa aku cari dia minta tolong..satu hari dia tanya aku
" riz..kenapa riz tak pakai jam ? "
aku jawab " entah..rimas..dulu pakai masa kecil tapi lepas tu tak der org nak bagi dah..tu yg tak pakai.." poyo jer jwpn aku..
tak lama lepas tu dalam seminggu lebih dia bagi hadiah kat aku..aku buka tengok jam jenama citizen harga dlm RM 100 lebih kut..aku terkejut..aku tanya kenapa dia hadiahkan aku jam tu..
dia jawab " kan riz tunggu org nak bagi baru nak pakai jam kan..abg rasa ..hadiah jam dari seseorg tu penuh makna kan ?? so..( dia tarik hidung aku time tu )aku pakai jam tu sampai form 3..masa aku dapat tahu dia bercinta dgn satu senior tu.. aku simpam jam tu dlm kotak..aku tak pakai dah..aku ambil keputusan jauhkan diri dari dia..sebab aku dah separuh nyawa sayang kat dia..walaupun org kata puppy love lah..

masa aku form 3..aku balik KL sekejap..sambung study kat KL untuk beberapa bulan atas faktor faktor tertentu..walaupun jiwa aku memberontak..masa bulan ogos..arwah ma bawa aku pegi singapore..dia belikan aku jam..
dia kata " ma nak hadiahkan E jam..tak lama lagi E nak exam..moga exam nanti E boleh jawab ..tengok jam ingat ma" hasilnya aku dapat result yg oklah..boleh tahan..aku pakai jam yg ma kasi sampai umur aku 20 tahun..aku sentiasa rasa dekat dgn ma bila aku pakai jam tu..

selepas aku kahwin ..hubby hadiah kan aku jam..dia beli sepasang jam tu..satu untuk dia..satu untuk aku..aku gilir gilir pakai dgn jam arwah ma kasi..tapi beberapa bulan selepas aku kahwin jam arwah ma jatuh tercicir kat mana aku tak perasan..yg aku sedar..tiba tiba tak der kat tangan..aku dpat raskan jam ma merajuk dgn aku sebab aku tak pakai dia macam biasa..aku gilir gilir dgn jam hubby kasi..frust aku..aku menangis masa jam tu hilang..sampai ma kata " tak perlah E..kan dah ada yg satu lagi " aku jawab tak sama..sebab jam ma banyak kenangan..dari aku sekolah sampai aku dating sehingga aku kahwin..

masa hubby hadiahkan jam kat aku..dia siap tulis kat kad " bagaimana jarum jam tu berjalan tanpa henti..begitulah aku..takkan henti menyayangimu..."

terharu aku baca..sehinggalah tahun lepas..jarum jam tu dah mula mengong..orang dah pukul 8..dia baru pukul 6..aku cakap kat hubby agaknya dia pun dah macam jarum jam tu kut..ehehhe..dia peluk peluknya aku..dia kata " mulutt...." ehehehe

dan aku terus menunggu dia belikan jam yg baru kat aku..sampai aku terpaksa turun padang beli sendiri..sebab dia kata ..nantilah..nantilah..sampai aku jemu menanti..

baru baru ni..ada org tanya aku..aku nak hadiah apa besday ni..aku jawab " nak jam " dan sabtu hari tu..dia hadiah kan aku jam siap alarm..gambar cartoon lagi... cute sangat jam tu..aku suka..walaupun harga dia tak sampai RM 20..sebab aku tahu ..dia bersusah payah nak mendapatkannya..dia siap simpan duit..aku betul betul terharu..MIR..MIR buat kak E sedih..

dan kini..aku masih menanti ..siapakah yang akan bagi aku jam lagi....sebab bagi aku..jam sesuatu yang amat berharga..begitu bermakna pergertiannya bagi org yg menerima dan memberi..

dan..ada masa ia berlalu begitu pantas..ada masa ia berlalu begitu lambat..ada masa kita tak sedar apa yg terjadi pada setiap detik saat yg berlalu..

Wednesday, 20 June 2007

terima kasih..




hari ni..hari ketiga aku masuk office seperti biasa selepas peristiwa banjir yang melanda depan bangunan aku ni..habis basement tenggelam..terpaksa aku menapak naik LRT..parking kereta kat stesen jelatek tak pun stesen damai..lif baru semalam ok..tu pun kejap ok kejap k.o..kiranya sebulan ni tak payah aku nak susah pegi gym..pegi titiwangsa jogging..naik turun tangga menuju ke penthouse ni..huh..memang confirm bulan ni berat badan aku turun..sepatutnya kami dah mula pindah ke pejabat baru kat area ampang hilir tu..tapi ntah macam mana staff kat penthouse jer yg akan kekal sementara urusan jual beli bangunan ni belum selesai..terpaksa lah aku duduk dibangunan usang yang daif ni..

hari ni masuk office..line tenet jer boleh guna..telefon still tak boleh..bumbung bocor sana sini..disebabkan line tenet jer yg ok..maka kesempatan ini aku guna untuk mengulor..tempat pertama yang aku jenguk dah tentu IG ! seronok join forum ni..semalam masuk sekejap..dapat pm dari syd..ucap hepi besday..tq syd..jumaat lepas bangun tido bonjour kat sayang..then dapat sms happy birthday dari En.A ..lepas tu baca sms fary pulak " kak..hepi besday..hadiah nanti cukup bulan fary bagi..now tengah bulan duit dah pokai" ehehehe sabar jerlah..tghari tu dapat hadiah dari en A..cantik..terharu aku..gelang cristal en A bagi..terima kasih en.A..siap dengan iringan lagu hepi besday pelbagai rentak tu..ehhehe..balik rumah NajMi hantar chocolate cake..terkejut aku..sabtu tgh aku lepak layan tv..tiba tiba dpt mms dari vagg..sekali tengok cerita thru mms rupanya..ahhahaa si vagg reply mms aku yg minggu lepas..aku cakap ingatkan dia nak send gambar cake sebab birthday aku..sekali dia hantar gambar pizza dia buat belum bakar..buat aku mengidam jer..apa apa pun thx sis..siap buat entry kat kak wiet..huhuuhu..petang ahad tgh jalan jalan kat KLCC dpt mssg liana..terima kasih liana...monday..aku terima something special from someone..tiba tiba aku termenung panjang....

masa aku kat study dulu..aku berkongsi hari lahir dgn satu budak ni..mamat ni berasal dari kelantan..pasir mas ke pasir puteh aku tak ingat..tapi yg pasti dari kelantan..makwe dia adik angkat aku time tu..dia pulak satu kelas dgn aku..bila 15 june makwe dia akan bagi aku hadiah..dan kat mamat ni dia bagi cake..lepas habis belajar kami sempat berhubung selama setahun jer..dia berhenti keja terus terputus hubungan sampai sekarang tidak ketemu..buat IRWAN SETIA happy birthday..15 june 1979..eheheh so ko kira lah umur u berapa sekarang..(macam dia baca)..ehehee

stop bab besday..dah berapa hari berlalu..masuk bab lemau pulak..aku tak tahu kenapa nafsu berforum dan bertenet aku semakin menopouse skrg..aku join forum dulu tahun 2003..tapi time tu masuk baca baca jer..reply adalah ciput..takut dgn otai..lagipun time tu tenet opis aku kena guna dial-up..terpaksa berkongsi..bukan mcm skrg streamyx..masuk amnet dulu pun berkongsi username dgn kakak kakak kat opis aku..masa tu semua sibuk nak cari surat layang mak et lah..nak tengok gambar wan nor azlin lah..sekali yg kuar forum amnet..dari situ aku kenal dgn beberapa forumer..forumer pertama yg pm aku..AKUMELAYU..tapi akumelayu dah menghilang..kemana aku tak tahu..rindu rasanya aku dgn akumelayu..tiba tiba dia diam dari dunia cyber..aku tak tahulah kalau dia masuk guna nick lain..

dan dari amnet aku kenal yg lain..kemudian join IG..cari..ada yg still berhubung..walaupun aku jarang online macam dulu..tapi ingatan dari dorang..ada yg rajin bersms dgn aku..buat aku terharu..dan bagi aku..teman bukan dimasa ketawa jer..bila kita sunyi sepi..ada yg datang menjenguk bertanya khabar itulah teman suka duka ! walaupun sekadar cyber..

dan tengah aku mengelamun..aku dengar lagu ruang rindu ni..aku pun cari kat youtube..sekali jumpa videoclip ni yg paling ok pun..yg lain video ntah apa apa..nasiblah mamat ni..aku ambil letak kat sini..jangan dia claim royalti kat aku dah..aku suka dengar lagu ni..sayu jer..yg pasti memang aku rindu bangat kat arwah ibubapa aku..rindu kat sayang aku..rinduuuuuuuuuu

Friday, 15 June 2007

HADIAH DARI MA..

Ma...esok 15 june...genap 4 tahun ma pegi tinggalkan E...
E terasa kehilangan,kesepian yg tiada berpenghujung. 6 bulan Ma menderita barah pangkal rahim.selepas operation Ma menjalani kimoterapi...habis rambut Ma gugur...berat Ma turun sampai 46 kg..

sebulan sebelum Ma pergi Ma asyik pakai baju E. Sebelum ni ma paling pantang pakai baju orang walaupun baju anak. Ma kata baju ma semua besar sekarang ma dah kurus jadi ma pakailah baju E.

7 june 2003 - Ma minta E masakkan ikan kerapu sweet sour. Ma kata E masak kerapu sedap...E masakkan utk Ma. Tapi Ma makan sikit je...

8 june 2003 - Ma suruh E masak spaghetti. Jam dah pukul 9 pagi. E sibuk nak ke ofis, Ma sibuk nak makan spaghetti. Dalam hati aku merungut. Tapi E buat juga. Ma makan bertambah 2 pinggan...hilang marah E.

12 june 2003 - Ma nak makan roti jala kari ayam. Pagi-pagi Ma bangun siapkan semua bahan. Ma minta tolong E buatkan...Ma kata Ma tak larat nak berdiri lama-lama. E suruh Ma berehat. E siapkan semuannya. Ma makan bukan main berselera. Ma kata lepas ni Ma tak payah buat roti jala dah sebab E dah terror tirai roti jala.

13 june 2003 - Ma batuk tak henti. E bawa Ma jumpa doktor. Doktor bagi ubat suruh Ma berehat. E telefon 2 lagi anak Ma suruh balik tengok Ma. Abang sulung kata tunggu hujung bulan. Anak no 2 ma dah 3 bulan tak balik tengok Ma. E call dia cakap dia sibuk projek belum siap...kalau E nak pakai duit sebab jaga Ma cakap berapa banyak E nak dia boleh bayar kat E...E geram. Sakit hati dengar anak kesayangan Ma cakap macam tu...E sembunyikan dari Ma apa abang cakap. Ma kata tak apalah anak Ma semua kerja besar...masing-masing sibuk.

14 june 2003 - Ma kata esok harijadi E Ma nak beli kek 3 tingkat...Ma nak buat pulut kuning hantar kat surau sebab anak perempuan Ma dah besar. E malu dengar...Ma beriya-iya nak buat.

15june 2003 - E bangun nak panggil Ma solat subuh...Ma dah kaku...keras tubuh Ma dah sejuk...Ma inikah hadiah hari lahir E dari mak ?

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AKU…genap 4 tahun Ma pergi.....