Thursday, 3 January 2013
PALESTIN AKU DATANG - part 3
Keesokan harinya..setelah penat melepaskan lelah semalam selesai sarapan pagi iaitu roti bersama Hummus, aku berjalan-jalan di tepi pantai yang terletak di belakang hotel kami menginap. Pantai ini merupakan kawasan nelayan menangkap ikan.Di pantai ini, nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan sejauh 6 batu nautika.Melelbihi jarak itu nelayan akan di tembak oleh tentera Israel. Bayangkan di kawasan yang agak sempit,sampan dan bot-bot nelayan begitu padat antara sama lain.Sekarang musim sejuk jadi hasil tangkapan agak memberangsangkan.Tetapi bila tiba musim panas hanya anak-anak ikan sahaja yang mampu.
Dapat dilihat anak-anak nelayan ini begitu berdikari.Ada batu di tendang batu.Ada tangga dimainnya tangga itu.Ketika ini aku berbual bersama kanak-kanak Palestin ini.Mereka mudah mesra.Ada yang menanya kepada aku, Malaysia tu jauh tak ? Aku jawab jauh ,20 jam baru sampai.Anak tadi terdiam sambil memikirkan sesuatu.Aku tanya mengapa.Dia berkata, kalau selepas ini aku datang kembali dia mahu memesan sebiji bola untuk di main bersama rakan-rakan. Jawapan itu buat aku tersentuh. Sebiji bola d main beramai-ramai hampir 30 orang.Terbayang anak-anak di Malaysia, sebiji bola di longkang, sebiji lagi di bawah kereta.Bola di merata-rata.Tak pun anak-anak bumi Malaya di tangan berkepit bersama psp, ipad, tab dan bermacam gadget lain.Tetapi anak-anak Palestin tiada itu semua.Mereka mampu ketawa bersama-sama.
Selesai jalan di pantai, aku kembali ke hotel.Rombongan kami akan di bawa ke Masjid Palestin untuk solat jumaat.Kaum wanita turut serta solat jumaat.Di sini kita dapat melihat bagaimana anak-anak kecil dari usia 2 tahun telah di ajar ke masjid.Yang paling mengagumkan aku, seorang kakak berusia 5 tahun memimpin adik kecil berusia 2 tahun ke masjid tanpa ada orang tua bersamanya.MasyaAllah bagaimana amannya bumi Palestin ini.Anak kecil bebas kesana ke mari tanpa perlu si ibu gusar.Hanya serangan bedilan laknat dari yahudi yang cukup menakutkan mereka.Tetapi dari segi lain, tiada jenayah,tiada maksiat di bumi ini.
Anak-anak Palestin cukup berbudi bahasa,lemah lembut.Dalam masjid dapat di lihat bagaimana kusyuknya mereka menghayati khutbah.Waktu itu khutbah dibaca oleh seorang Menteri sempena meraikan rombongan kami.Berkali disebut penghargaan kepada kami atas kunjungan dari jauh ini.
Selesai solat, kelihatan peniaga menjual buah, manisan dan kacang di luar masjid.Tetapi waktu aku mahu membayarnya, peniaga tersebut menolak bayaran.Katanya aku tetamu Allah.Tetamu perlu dirai, rezeki dia Allah akan beri lain.Dia memberi hasil jualan dia secara percuma kepada aku.Ya Allah, hebatnya penduduk bumi ini.Di saat mereka sendiri memerlukan belanja tetapi dia sendiri sedekah sahaja hasil jualannya kepada aku.Bukan aku seorang sahaja yang di beri percuma tetapi begitu juga dengan rakan-rakan lain.Rakan-rakan rombongan aku berkata, sebaik sahaja mendengar kami dari Malaysia terus dia membahagikan hasil jualannya.
kemudian kami dibawa ke rumah yang telah dibom oleh Israel.Aku antara orang terawal tiba di situ.Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menanti bersama rakan-rakan yang lain.Aku disambut oleh jiran kanak-kanak tersebut.Dia menangis memeluk aku.Ketika itu rombongan yang lain sibuk melawat tapak rumah yang musnah dibom.Jiran tersebut menceritakan dengan tangisan penuh esakan dalam bahasa arab kepada aku tetapi aku tak faham.Tidak lama kemudian ahli rombongan Amie Sofia dari TV Al Hijrah yang merupakan juara program Soleha tiba.Amie fasih berbahasa arab dia terjemahkan setiap butir yang keluar dari mulut wanita itu. Rupanya kanak-kanak lelaki itu telah kehilangan 14 ahli keluarga dia dalam serangan baru-baru ini. 4 adiknya meninggal di depan mata dia.Turut terkorban ibu, datuk, nenek, makcik, pakcik dan sepupu beliau.Bangunan yang menempatkan mereka sekeluarga musnah dibom.Anak kecil ini trauma hampir 4 hari tidak boleh bercakap, kerana ketika itu dia sedang bermain bersama adik-adiknya.Aku memeluk erat adik ini. Sayu yang teramat sangat. Hanya dia bersama bapanya sahaja yang tinggal.
Gambar ehsan dari Shahrina Ahmad Shakawi ahli rombongan yang turut serta. Si ibu sedang memasak untuk juadah malam ketika rumah mereka dibedil. Ya Allah..kejamnya yahudi.Anak-anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan mereka.Aku melihat pinggan kanak-kanak yang retak.Terbayang ketika itu anak kecil ini sedang makan pinggan ditangan.
Ketika itu, tiada yang mampu berkata apa.Dapat di lihat mata masing-masing berair.Baik lelaki mahupun perempuan.Semua kelu.Aku yang sempat memeluk adik Jaluo, satu-satunya anak Al-Dalou yang tinggal.Aku hulurkan sedikit wang kepada dia.Dia seboleh-bolehnya menolak pemberian aku.Aku berkata buat beli gula-gula.Dia menggelengkan kepala.Ya Allah, sekali lagi aku di uji.Anak sekecil ini menolak pemberian aku di saat orang lain sibuk mengejar wang.Aku selitkan juga di dalam poket seluar yang dipakai.Ketika ini bukan aku sahaja mengalami nasib yang serupa.Rakan lain turut mengeluh kerana ketika mereka mahu memberi sumbangan jiran-jiran yang menjaga adik ini semuanya menolak pemberian tersebut.
Mereka tidak meminta-minta.Walaupun diberi mereka menolak.Duit tidak memberi sebarang makna buat mereka.Tambahan pula apa yang mereka ada telah musnah dan mereka kehilangan segala.Syukurlah kita yang masih punya kehidupan yang sempurna di bumi bertuah ini..
bersambung...
Friday, 28 December 2012
Palestin Aku Datang - part 2
Setibanya di Rafah, selesai proses di Imigresen hampir 1 jam kami di bawa masuk ke bumi Palestin.menjejakkan kaki ke dalam tanah Palestin semua hampir terdiam.Rasa tidak percaya,perasaan berbaur.Hanya kalimah Alhamdulillah sahaja yang mampu di ucap.Betapa syukur kehadrat Allah kerana semuanya depermudahkan, tidak seperti yang dijangka.
Tiba di sini, kami disambut oleh warga Aman Palestin
bersama Menteri Luar Palestin dan kakitangannya di Wisma yang menempatkan pameran mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin. Di sini juga dipamerkan kereta Al Syahid Al Jabari yang terkorban pada serangan 8 Nov 2012 lalu.Kami ditontonkan tayangan video serangan selama 8 hari serangan tersebut.Keluar dari bilik tayangan semua mata merah-merah berair.Sebak menyaksikan anak kecil yang menjadi mangsa.Gambar-gambar yang tertera di dinding semuanya cukup untuk menceritakan penderitaan mereka.
MSG2012 dibawah Aman Palestin Malaysia turut mengadakan sidang media selesai sahaja seisi tayangan semua.Menteri Luar Palestin mengalu-alukan kedatangan kami.Jelas terlihat di wajah masing-masing apabila rombongan kami disambut dengan linangan airmata.Pelukan padu mereka kepada kami begitu ikhlas. Mereka terharu dengan sokongan rakyat Malaysia buat Palestin.
Selesai seisi beramah mesra, kami semua dibawa ke CommodoreGaza Hotel.Aku ditempatkan di sini bersama yang lain.Ada satu rombongan lagi berhampiran kami di Beach Hotel. Hotel kami dikawal rapi 24 jam oleh tentera bersenjata Al-Qassam.Ini kerana untuk memastikan keselamatan rombongan kami.
Kami semua ditempatkan satu bilik 2 orang.Di sini aku ditempatkan bersama seorang kakak yang tidak aku kenali.Tetapi di bumi Palestin ini persaudaraan terjalin.Rombongan kami berehat sehingga esok baru aktiviti bermula. Malam kami dijamukan syarwama kambing sebagai juadah malam.Siang tadi beriani ayam.Masa di hotel baru aku perasaan bersama rombongan aku turut serta warga keja dan selebriti Al-Hijrah seperti Farah Adeeba, budak-budak AF seperti Heliza Helmi,Maulana dan Salima. Warga TV3 pengacara Helmi Yussof bersama warga Utusan Malaysia.Juga Pengacara rancangan kanak-kanak Zoey Rahman. Tapi Alhamdulilah semuanya bagaikan satu keluarga.Akan aku ceritakan segala-galanya di blog ini.
bersambung part 3.

Palestin Aku Datang -Part 1
Aku tak tahu bagaimana aku boleh terfikir untuk menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 sebaik sahaja aku terbaca iklan dia di Facebook.Sebenarnya aku didedahkan mengenai Palestin sedari kecil.Arwah Mak selalu menceritakan jahatnya Israel terhadap bumi dan penduduk Palestin.Aku sering diberitahu bagaimana tanah Palestin dirampas oleh Israel.Masa itu usia aku masih anak-anak kecil.Terlalu mentah untuk mengetahui masalah Palestin.Tetapi melalui mak cerita-cerita Palestin kepada aku dan abang-abang membuat kami buka mata bahawa ada orang yang lebih menderita.Mak mengajar kami supaya memahami erti syukur dengan menyedarkan kami betapa kita bertuah duduk di bumi yang aman tiada peperangan.
Pada usia aku 8 tahun..aku melihat Allahyarham Zubir Ali menyanyikan lagu Balada Seorang Anak Kecil yang mengisahkan penderitaan kanak-kanak Palestin.Dari situ aku semakin berminat terhadap Palestin.Aku sentiasa mengikuti perkembangan Palestin dari semasa ke semasa.Sehingga aku tamat sekolah menengah aku mendaftar menjadi sukarelawan untuk kerja kerja amal Palestin. Sehinggalah tarikh 6 Dis 2012 aku akhirnya menjejakkan kaki di bumi Palestin.
5 dis 2012 aku dan rombongan berlepas dari KLIA.Rombongan kami seramai 120 orang yang terdiri dari pelbagai golongan.Yang paling muda berusia 18 tahun dan yang paling emas nenek berusia 78 tahun.
Bersama aku ada artis,peguam,arkitek,doktor,wartawan,jurutera,pelajar dan pelbagai golongan lagi.Ada juga wakil rakyat dari PKR,Pas dan Umno. Tetapi semua bersatu atas nama Palestin.Rombongan kami terbahagi kepada 2, satu menaiki Egypt Air dan satu lagi menaiki Ettihad. Aku menaiki Ettihad. Ettihad transit di Abu Dhabi manakala Egypt Air transit di Bangkok. Semua menghala ke Kaherah.
6 dis 2012 kami tiba di Kaherah lebih kurang pukul 4.30 pagi.Perbazaan waktu Malaysia 6 jam awal daripada Mesir.Waktu mesir dan Palestin adalah sama.Melalui Kaherah kami terus menuju ke Rafah yang merupakan sempadan Mesir-Palestin.Perjalanan dari Kaherah ke Rafah mengambil masa 8 jam masa datang.Selalunya kami diberitahu antara 8-14 jam.Ini kerana kita terpaksa melalui 14 check point.Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah kerana setiap check point semasa datang lebih kurang 5 minit sahaja. Biasanya sebelum ini hampir 1 ke 2 jam.Misi Solidariti Gaza 2012 (MSG2012) telah mendapat kerjasama yang baik dengan polis dan tentera Mesir.Rombongan kami melalui ke semua check point ini di iringi kereta kebal dan polis pengiring.Polis pengiring dan tentera lengkap bersenjata di atas bas kami.Betapa keselamatan kami dijaga.
Akan bersambung part 2..

Thursday, 20 September 2012
kisah Aryanie..
berlalu lah sudah syawal...dah habis raya pun...tapi kali ni aku bukan nak tulis mengenai raya ke apa...aku berminat nak share mengenai beberapa blog yang aku suka layan..
antaranya :
http://aliaharyanie.blogspot.com/
blog ini yang menjadi tajuk entry aku...aku follow blog ini agak baru...awal tahun ini...kisah aryanie cukup menyayat hati...kisah mengenai seorang ibu tunggal yang menderita sakit kanser saraf.Aryanie punya 3 orang anak..dia diceraikan dengan talak tiga diwaktu sedang terlantar sakit..Bekas suami meninggalkan dia bersama anak tanpa mempedulikan nasib dia anak beranak..tiada nafkah..tiada khabar berita.Memang kejam sang suami tersebut...Anak aryanie iaitu Alia...bob dan Aiman...melihat si kecil bersama-sama ibu yang berjuang untuk sebuah kehidupan buat aku insaf. Kadang aku rasa betapa aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada...sedangkan mereka-mereka ini lebih menderita...ketabahan aryanie dan anak-anak dia buat aku kelu lidah untuk berkata apa-apa lagi...Aku cuma berharap nasib mereka sekeluarga terbela dan keajaiban muncul buat aryanie. Kepada kita yang diberi kesihatan yang sempurna bantulah aryanie dan anak-anak dia melalui apa-apa cara sekali pun...melihat wajah lesu si ibu...melihat ketabahan anak yang sedari kecil telah memahami penderitaan si ibu buat aku sebak....
http://maikorner.blogspot.com/
aku follow blog mai korner ni dari anak dia aiyu isabella tu lahir sampai lah sekarang anak dia dah berumur 2 tahun.Memang aku suka baca cerita mengenai si aiyu anak matsalleh campur melayu ni...di samping gambar-gambar aiyu yang mencuit hati...so ok lah layan di kala bosan...melihat aiyu membesar dari sehari ke sehari memang buat aku sentiasa tertunggu cerita dari tuan tanah...aiyu sangat comel tak jemu mata memandang...nama pun mixed kannnn...of coz lh cumil bangat sehhh
http://mamakembar3.blogspot.com/
blog mama kembar 3 ni aku layan dari tahun 2010...time tu aku boring so cari-cari lah bahan bacaan yang boleh menghiburkan hati...tiba-tiba aku terjumpa blog ni..memang cukup menghiburkan baca gelagat anak kembar tiga bernama Fauzi, Fahmi dan Faris. Kadang nak tergelak pun ye bila baca cerita mama kembar tiga ni..ada je perkara yang mencuit hati si kembar ni lakukan.Aku tak dapat bayang kalau aku punya anak kembar 3..memang happy tapi dan tentu aku kurus kering melayan gelagat kembar 3.Tengok coretan nani mama kembar 3 ni pun kadang buat aku tarik nafas jugak...tapi cukup menghiburkan..wajah comel 3 kembar ni kadang buat aku hilang stress bila tension-tension kat pejabat...ehhehe
http://mawarnafastari.blogspot.com
kisah seorang ibu muda yang kematian suami bersama dua anak kecil.Kisah kehidupan mereka semasa di Pakistan..tragedi yang melanda pasangan ini membuat aku sebak. Bila masuk blog mawar ni akan jumpa link blog arwah suaminya Nafastari... http://nafastari.blogspot.com...memang tulisan-tulisan pasangan ini sentiasa buat aku beringat...hargailah kehidupan semasa hayat masih ada...pesanan dari arwah bapa buat anak memang sebak bila dibaca..
http://abnaiehayati.blogspot.com/
kisah mengenai ketabahan seorang ibu tunggal yang ditinggal suami kerana perempuan lain...dan dugaan membesarkan 3 orang anak di mana seorangn darinya merupakan anak istimewa..Iman yang sangat comel..tapi tuan punya blog ni lately ni sibuk agaknya..so blog jarang berupdate..
http://makcikkerabu.blogspot.com
dan blog yang masuk senarai dalam ni...blog makcik kerabu...baca blog makcik ni buat aku sakit hati tengok masakan-masakan dia yang sangat menyelerakan...tambah-tambah kalau baca blog makcik ni time perut lapar waktu kat office...huh...sakit jiwa raga...meronta-ronta nak terbang pergi jumpa makcik ni nak rasa masakan dia...memang sedap giler...so telan air liur je lah kalau jengah blog dia...pesanan buat makcik kerabu " kak marla...kangen bangat sama akak...boleh tak saya nak banned diri saya supaya jangan masuk blog akak...menderita jiwa raga saya kak dok tengok dari kejauhan je ni...ehehhee"
dan ada beberapa lagi blog yang aku layan...tapi 6 blog ni adalah blog wajid untuk aku singgah setiap hari...
arriza : "Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri...yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian" – Pramoedya Ananta Toer.

Thursday, 13 September 2012
CHINA..
raya ada lagi seminggu...so masih sempat nak bermaaf-maafan kepada mereka yg masih belum beraya...ahaks...
tak sangka topik tabita masih hangat diperkatakan...sampai ada kata aku ni tukang jual produk kecantikan...ekkekeke...gelak jap...baru tulis 2 entry pasal ephyra terus kena blame kata aku jual produk tak laku...jeles punya pasal..tu yg kutuk tabita....sampaikan aku terdelete comment pun kata aku macam-macam...padahal seingat aku..aku delete comment orang yang sibuk promote barang kat sini...wa talak suka...tak perasan ada delete comment lain sama...tak per lah..untuk pengetahuan tukang sibuk dalam ni...aku bukan online 24 jam guna laptop mahupun pc...banyak masa aku online guna handphone je pun...so kalau ada benda yang" ter " tu..harap maklum...nama pun guna handphone..erkkk lupa..ni blog aku..aku punya pasal lah nak tulis apa..nak delete ke nak apa ke...blog aku..bukan blog korung...lupa pulak...wakkakakaa
hello akak-akak...saya bukan meniaga yer..ephyra tu saya beli pun dari kawan...nak dapat harga murah jadi ahli...tak adanya nak promote lebih-lebih kat facebook bagai..create blog khas nak jual produk macam orang meroyan....tambah-tambah seller tabita tu...lagi lah ada yang meroyan...ok abaikan...(kikiki..ayat bagi bengkak lagi..ahaks)..aku nak delete lah entry pasal ephyra...kang kata aku nk promote pulak...ekkekeke..baik delete...
"BLOG SAYA BEROPERASI DARI TAHUN 2007...ADA KE NAMPAK SAYA NI PENIAGA PRODUK KECANTIKAN "...EHHEHEE (ayat paling kelakar yang penah aku baca setakat ni )

raya hari tu aku beraya kat beijing..menjalankan misi memanjat tembok besar china...nak panjat sampai habis tu melampaulah kan...7ribu km tu kalau tak silap....sebulan pun belum habis kalau aku lah yang panjat...so aku panjat sampai ke puncak ditokong atas sahaja...tu pun megah lah jugak...tapi ok lah..sekurang-kurangnya misi aku nak panjat tembok china time raya tercapai...ahaks
ok...sambung next time...bz...tapi bukan bz bisnis ye dik...akak belum boleh resign lagi ni...bos masih sayang akak untuk terus berkerja buat dia...ehehhee..to be continue later...bye
Arriza : ini blog saya...ikut aturan saya...ahaks ( baca gaya ala-ala big brothers )...selepas di beijing...menyusul ke egypt...daaa

Thursday, 16 August 2012
tabita oh tabita part 2 ...
sebelum cuti raya...aku nak menjawab persoalan yang ramai tanya mengenai tabita..
semasa berada dijakarta...aku bertanya dengan seorang pakar kulit..dan 2 doktor di sana mengenai tabita..ketiga-tiga mereka memberi jawapan yang sama...iaitu tabita mengandungi hydroquinone..kandungan hydroquinone agak tinggi pada toner dia..Kalau tabita ni clean..kenapa ibu mengandung dilarang sama sekali memakai tabita ? sebab kandungan hydroquinone ni boleh merosakkan janin kepada ibu-ibu yang kerap menghidu toner tabita...itu pun tak boleh ngerti-ngerti dong ??
Rata2 penjual tabita semuanya jual secara online..BBM...tiada kedai yang jual tabita secara terbuka. Ada yang tanya aku betul ke harga tabita semurah itu di Indonesia ? Ok...kalian boleh google...masuk facebook...cari sahaja nama tabita yang berada dijakarata...sebab tu aku terkejut bila di KL...rata-rata tabita dijual pada harga RM 350-500. Mendengar harga yang tinggi di KL...rata-rata penjual tabita di jakarta terkejut...lumayan sehhh...yang tak menahan tu kris dayanti pun pakai tabita...apa kelas dikk kris dayanti nak pakai tabita...dia gi cucuk sana sini tegang semua..tak payah nak sakitkan muka berpedih-pedihl nak melawa punya pasal...Mula-mula memang tegang..putih..lama-lama cuba tengok...wait and see ok...
Yang tak menahan...asal beli...tak berkesan je..terus claim benda tu tiruan...inilah mentaliti para peniaga...susah nak terima hakikat produk tu sememangnya bermasalah...walaupun tidak pada semua..
disini aku tempekkan link forum indonesia mengenai tabita yang diperbincangkan...dari 250 pages tu..85% menyatakan keburukan tabita...jadi...tepuk dada tanya selera...duit anda..wajah anda..pilihan di tangan anda...
forum ini menjawab persoalan anda...bayangkan rakyat indonesia yang ramai tu...negara indonesia yang besar tu...tabita yang berasal dari indonesia tu...takkan lah rata-rata forummer indonesia yang membeli tabita tu beli tabita palsu kok ???? kalau 85% dalam tu pakai bermasalah...ahaks....
http://femaledaily.com/showthread.php?t=1335
sekian...selamat berhari raya...maaf zahir dan batin....kepada yang muka cun tegang yang pakai tabita tu...teruskan pakai tabita...nak kirim kat aku pun boleh...sebab aku dok ulang alik jakarta...harga murah lagi dari orang KL jual aku boleh bagi...kat jakarta aku kenal baik kenal seller tabita... peggy...alin and lina....mahu order BBM sahaja dong..aahhahaha..

~SeLaMaT HaRi RaYa~
tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita...dikesempatan ini aku memohon ampun dan maaf buat semua rakan yang mengenali aku tidak dikira di alam nyata maha pun di alam maya.
untuk tahun ini..aku memilih beraya di beijing...tapi pagi raya aku masih di KL...ziarah kubur mama dan baba...ziarah siapa yang patut...terima tetamu yangdiundang dan tak diundang...ehehhe..kemudian esoknya aku terbang ke beijing sehingga 27 ogos..
sekembali dari beijing aku akan ke egypt...
akhir kata buat semua...selamat pulang berhari raya buat mereka yang punya kampung...buat anak jati KL...ayuh kita raya bersama...semoga syawal kali ini memberi keceriaan buat kalian semua...dan moga ketemu ramadhan lagi untuk tahun hadapan...
SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN...
Arriza : balik raya sambung berephyra ya !

Subscribe to:
Posts (Atom)