Wednesday, 25 April 2007

wakakkaka




tiba tiba rasa nak ketawa guling guling...tak sangka..ada juga orang yg begitu " prihatin" bersusah payah berkunjung ke " rumah " aku setiap hari semata mata nak mengikuti perkembangan aku..atas dasar " kepochi" kut makhluk ni buat sedemikian....tiba tiba tadi aku terlihat sesuatu yg buat aku rasa nak ketawa..hipokritnya..bz body ? sudah semestinya..lalu cuba membuat tafsiran sendiri melalui apa yg aku luahkan..tak cukup dengan itu..buka conf buat perbincangan ramai ramai..ahhahaha..itulah the perangai of a typical m**** *******, they have too much free time...kadang tak paham jugak aku..kata kerja hebat sangat..tapi memanjang dok depan pc mengulor..lupa..big bos..mana ada kerja..semua kuli buat..ehehhe

entahlah..itulah betina yang bila dipanggil jalang dan sundal mereka marah..tetapi gerak geri mempamerkan sang laku perbuatan..yang jantan pula..bagaikan kemaruk mengharap sesuatu di siang hari yang sepi tanpa seorang bergelar suri..di rumah menanti umpama harimau yg sedang mengaum...belum lagi berdepan dgn lembu lembu dungu yg hanya mengikut apabila ditarik hidungnya..

Tuesday, 24 April 2007

dunia...

novel yg diberi oleh kekandaku seminggu yg lalu..thx sis..

dan ini yg aku alami pada hari isnin baru ni..ni bukan sinopsis dari novel di atas..

semalam aku terpaksa menghadiri satu majlis..last minute bos aku minta aku hadir..byklah tetamu VVIP yg hadir..di satu pelusuk muncul seorang puteri raja dari negara pasir berdengung..entah kenapa bila nampak muka tuan puteri sorang ni memang aku meluat..semalam dia datang bersama 2 org maid baru dia..sampai jer dia terus menjerit kat maid dia.." awak datang sini jangan ingat nak bersembang sembang yer..awak ingat kat sini nak cari kawan "..aku tengok jer gelagat jelik dia..sebelum ni aku pernah kena dgn dia..bila dia parking kereta kancil kat parking suami bos aku..aku cakap elok elok tolong jangan parking situ nanti suami bos aku bising..sekali dia kata " awak tahu saya siapa ? awak tahu dgn siapa awak bercakap ?" aku tahulah kau tu puteri raja yg telah dihalau keluar dari istana pasir berdengung..baru pakai kancil berlagak mcm apa..mengenangkan dia ni adik ipar big bos aku jer..tu satu hal..lepas tu aku berhadapan dgn anak Tun yg lagi sekor tak sedar diri..last week dia call aku minta tolong satu benda..sekali time tu aku masih bercuti..aku ada di melaka ..aku cakaplah sorry aku ada kat melaka dan masih bercuti..tolong call PA kat opis..minah ni jawab " i tak kiralah u kat mana..i nak lepas ni u call i balik ok ?" kasar..berdesing telinga..dengar dia cakap macam tu aku terus off hp..minta maaflah..nak minta tolong tapi tak der budi bahasa..nama jer orang melayu..kononnya terkenal dgn adat lah..baru lebih sikit dah berlagak tak sedar diri..tapi betullah..ni lah typical masyarakat melayu..tak lari dari budaya riak..sombong..angkuh..dan tak tahu berbudi bahasa dengan orang kalau rasa diri tu macam bagus..kadang tu bukan tinggi mana pun tapi rasa diri dah sempurna agaknya..kalau dikalangan orang bawahan pulak tak lepas dari dengki..iri hati..perli memerli..kau kutuk aku..aku kutuk kau..duduk bersembang ramai ramai..cakap orang tu macam nilah..orang nun macam nilah..padahal diri sendiri tak betul tak sedar..topik dah basi pun ada yg masih sudi nak perhangatkan..buat santapan mengumpat ramai ramai..

aku boleh terima banyak perkara dalam kehidupan..tetapi bila berhadapan situasi yg remeh temeh macam ni ..aku rasa cukup buang masa..tak kisahlah orang nak kurang ajar dengan aku..tapi aku seorang pengingat yang baik..dalam bab ni aku tabik kat VVIP yg sentiasa rendah diri macam Puan Sri Akmal Salam isteri Tan Sri Salleh Sulung..kami pernah makan semeja..punyalah lembut siap offer makan kat aku..macam tu juga Toh Puan Mahani isteri Tun Daim Zainuddin..walaupun tegas masih boleh berbual perihal cucu masa di J.W Marriot dgn aku time kami buat satu bazaar charity..aku pernah berurusan dgn isteri duta Marroco suatu ketika dahulu..Madam Marrieme dahlah cun..boleh peluk cium aku time nak balik..tu baru sikit..tak masuk lagi yg lain yg bertepuk bertampar..dato' dato yg main laga laga pipi dgn aku..

ntah kenapa aku rasa jelik tengok perangai manusia yg berlagak tak kena tempat ni..tak kiralah di mana mana kita akan jumpa spesis spesis ni..tu belum part yg jenis ntah apa apa..kata " i tak boleh keluar..minggu ni hubby main golf.." padahal laki dok umah tebas rumput.. " malam ni nak clubbing" walhal dok kat kedai mamak lepak..dah lah..jadilah diri sendiri..tak usah nak berlagak dgn harta benda yg bukan hak milik kita..setakat nak cakap aku anak si polan..bla bla..boleh blah lah..

itu lah sebenarnya kita terlupa..hidup ini hanya satu persinggahan..tetapi kita masih tidak mahu untuk mempersiapkan bekalan menuju ke satu perjalanan yg kekal..masih terus alpa dgn renyah kehidupan yg sementara..

Friday, 20 April 2007

meowwwwww



alhamdulillah teep selamat melahirkan 5 baby yg sangat comel bangat..tapi sekor dah meniggal dunia tinggal 4 ekor..satu oren cair..satu kelabu..satu coklat cair n satu campur semua kaler diatas..tapi dlm byk byk ni dlm gambar tu yg paling comel..aku letak nama dia brooke..sebab muka dia paling buruk sekali..dahi jendul mengalahkan mak ET..hidung penyek tak der langsung..muka semua bulat..aku tak pasti saper bapa dorang..ni lah zuriat teep yg kedua selepas yg pertama semua mati..yg pertama anak mike..benih tak elok..mengandung benih bapa..kali ni semua sihat comel..dah 2 minggu lebih usia budak budak ni..aku rasa mesti anak teep dgn kucing siam kat rumah jiran sebelah rumah tu..sebab semua muka bulat..tak der yg hidung mancung pun..semua flat noise..bestnyaaaa meriah rumah..

Thursday, 19 April 2007

mido...




gambar ni tahun lepas mido hantar kat aku..dah agak lama aku tak dapat berhubung dgn dia..apa yg boleh aku cakap..aku doakan keadaan dia selamat..selepas berita dia diculik lepas hari raya ari tu bagaikan mati hidup semula katanya..aku hanya dapat berhubung dgn hanya tinggal mssg offline ym je kat dia..hp dia line dah lama tak dapat..sebelum ni tiap tiap malam aku berbual dgn dia..ada jer gurau senda dari dia walaupun keadaan dia tertekan di iraq..tapi semuanya berubah sekelip mata..tmpt dia sentiasa dlm keadaan perintah berkurung..tak bebas nak buat apa mcm dulu lagi..aku betul betul simpati dgn keadaan mido waktu ni..dapat rasakan bila dia lahirkan rasa menyesal pulang ke Iraq setelah lama kat dubai..balik iraq mido buka cyber cafe..tapi tiap tiap hari dia yang mengulor tak der pelanggan..sabar jer lah...bekalan elektrik tiap tiap hari kena catu..lepas pukul 8 malam mulalah tempat dia bergelap..dah berkurun aku perap resume mido..aku pun tak tahu nak tolong dia cari keja kat mana di malaysia ni..tadi bila dapat mssg offline dari dia..aku rasa tersentuh..kadang kita mengeluh di tempat sendiri..di bumi yang lain manusia merintih..

buat mido..semoga berada di dalam peliharaan Allah S.A.W.
miss u too..